Post ini saya karang sebelum mengetahui tentang perkahwinan Anwar Hadi. Walaupun tiada kaitan, saya mendoakan juga kebahagian dan ketenangan untuk Anwar Hadi dan pasangan. Dah melepas lelaki-lelaki yang baik dan bijak. Semoga ada bahagian untuk kami juga. Hehe.
.........................................................................................................................................................
Kehadapan saudara yang disayangi kerana Allah, Mat Lutfhi. Didoakan sentiasa sihat dan gembira menjalani kehidupan seharian.
.........................................................................................................................................................
Kehadapan saudara yang disayangi kerana Allah, Mat Lutfhi. Didoakan sentiasa sihat dan gembira menjalani kehidupan seharian.
Terlebih dahulu, tahniah saya ucapkan di atas pertunangan awak. Semoga dipermudahkan semua urusan ke majlis perkahwinan nanti. Tetapi, bukan itu tujuan utama saya menulis surat ini. Sebelum itu, izinkan saya melahirkan rasa simpati terhadap penyebaran gambar tunang awak di sosial media. Saya merasa sedikit terkesan dengan penyebaran gambar tersebut. Sedih sebenarnya. Tertanya saya, siapakah yang memberikan hak kepada seseorang itu untuk menyebarkan gambar tanpa mendapat kebenaran tambahan lagi gambar orang itu tiada di dalam (kata adik saya, sepupu doktor itu yang menyebarkan gambar tersebut. Malas saya mahu mengkaji kesahihannya. Dan saya percayakan adik saya). Itulah tujuan utama saya menulis surat ini.
Perasaan yang sama juga saya rasai ketika penyebaran gambar Stacy memeluk Islam. Begitu menyibuknya orang kita dengan berita sensasi yang melibatkan orang lain. Walaupun ianya berita gembira, tetapi saya rasa kita perlulah menghormati hak seseorang individu. Ada sebab kenapa sesuatu benda itu perlu dirahsiakan atau disimpan dahulu sebelum diberitahu umum. Ada hati-hati ahli keluarga yang perlu dijaga. Terfikirkah kita? Sepertinya tidak. Kita sebagai seorang yang merasa bangga kerana mempunyai berita itu, laju-laju sahaja mempostkannya. Pernahkah kita terfikir perasaan ahli keluarga tunang/Stacy ketika itu? Tidak bukan. Yang kita suka apabila ada orang like, share atau memberi komen untuk post tersebut. Gembiranya rasa di dalam hati. Ada orang perasan kewujudan aku di muka bumi ini. Pasti orang akan berkata, siapa suruh jadi terkenal. Mestilah orang nak ambil tahu. Orang-orang yang komen sebegini pastilah seorang yang tidak terkenal, tidak bijak malahan tidak pula pandai bergaul dan berhati busuk seperti kata adik kesayangan saya. Sudah terlalu ramai orang yang kurang diberi perhatian di alam realiti sehingga terpaksa mencarinya di alam maya. Semoga kita semua terhindar dari perasaan itu.
Buat awak, terima kasih untuk semua vlog, status fb, buku dan nasihat yang menghiburkan dan berilmiah itu. Semoga dapat terus berkarya selepas ini. Buat tunang awak, saya yakin awak seorang yang tidak kurang hebatnya, bertabahlah melayan karenah bakal imam awak itu. Didoakan semoga mendapat keluarga yang sakinah, mawaddah dan sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Lahirkan generasi yang bijak dan lebih bermanfaat untuk orang lain. Kita perlukannya untuk Malaysia yang lebih baik di masa hadapan. Ibu bapa adalah pembentuk generasi akan datang. Jika hebat, InsyaAllah akan hebatlah generasi itu. Tiada pertikaian kehebatan untuk kamu berdua. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca (bajet dia baca? Haha).
Love,
#throwback Dapur Jalanan Feb14
Love,
Peminat no 15,326 awak.
No comments:
Post a Comment