Monday, February 25, 2019

Kembara Dunia

London, Brussels dan Amsterdam
Tiga kota penuh citra
Tiga kota penuh cinta
Tiga kota penuh cerita

Mengembaralah jiwa
Di dalam besarnya dunia
Jika punya kelebihan tenaga
Wang dan juga masa

Melihat ciptaan yang Maha Esa
Belajar dari penglihatan mata
Merasai dengan jiwa
Menafsir perlakuan dengan bijaksana

Alhamdulillah untuk kesempatan
Peluang meluaskan pengetahuan
Meningkatkan kefahaman
Menambahkan pengalaman

Pengalaman yang mematangkan diri
Untuk menjadi lebih berani
Berusaha memperbaiki situasi
Menjadi hamba lebih bervisi

Hati semakin percaya
Dunia ini tidak berkisar kita sahaja
Banyak benda perlu dikira
Janganlah kita kita sahaja

Terasa kerdilnya ketika di udara
Kita ini ibarat hama
Jika dibanding semua ciptaanNya
Lagi mahu sombong sesama

Mengembaralah saudara
Membaca alam semesta
Agar kita tidak percaya
Bumi ini berbentuk rata

240219
Petaling Jaya



Love..

Thursday, February 21, 2019

Appreciation Post - Post UK Vacay

Tajuk English, harap maklum baru balik London. Hehe. Tapi, post masih dalam Bahasa Melayu. Antara wishlist aku adalah buat entri dalam English. Masih tak tercapai. Naziha pun dah ada entri dalam English. Satu hari nanti InsyaALLAH.



Seperti sedia maklum, pada 1 Feb hingga 15 Februari 2019, Alin, Mak Ngah dan aku telah selamat melawat ke Eropah iaitu ke London, Brussels dan Amsterdam. Tetapi, cerita berjalan-jalan entri lain. Kalau aku rajin. Haha. Ni entri untuk penghargaan sebab dapat berjalan dengan gembira di sana. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah s.w.t. yang membenarkan semua ini terjadi.


Mula-mula haruslah terima kasih kepada Alin. Sebab utama dia nak bawa emak dia jalan-jalan tersangkutlah aku sekali dalam trip ni. Mudahnya aku ni, senang ikut orang. Lecehnya aku  ni, sebab aku ni a good follower not a good leader. So, dari A to Z Alin yang settle semua. Tiket flight, transportation, list barang, itineraries (tiga negara okay, pening kepala kawan tu) sampai pening-pening masa kat London, list tempat nak pergi, internet nak beli. Dua tiga hari lepas sampai pun masih kurang sihat Alin, tapi masih gagahkan diri juga mengetuai rombongan. Terima kasih Alin. Moga Allah balas syurga tertinggi untuk kepayahan membawa kami melihat ciptaan Allah di muka bumi ini. Untuk semua peralatan yang dibawa, periuk nasi, kuali tefal, garam, sambal dan macam-macam lagilah. Maaf juga tidak dapat membawa balik barang-barang itu di dalam beg semasa pulang. Barang saya sendiri sudah penuh. Haha. Terima kasih sekali lagi.


Yang kedua, untuk teman seperjalanan, Mak Ngah. Yang memasak untuk semua permintaaan. Masak kari telur, kari sardin, nasi lemaklah. You name it. Semua boleh. Bangun-bangun pagi, Mak Ngah dah masuk dapur masak. Aku tolong kemas lepas makan biasanya. Basuh pinggan mangkuk. Akukan ada kepakaran membantu di dapur. Mak Ngah juga yang banyak meneutralkan aku dengan Alin di sana. Yelah, akukan kadang-kadang tak pandai defend diri sendiri, so Allah biasanya akan hantar orang untuk tolong defend. Hehe. Terima kasih Mak Ngah.



Yang ketiga, untuk Nina sebab supplier baju aku kat sana. Outfit aku memang banyak dari Nina. Memang untuk perjalanan musim sejuk. Satu set heattech je aku beli. Yang lain semua pinjam Nina. Dan juga Ili. Walaupun baju Nina lagi banyak pinjam dari Ili, tapi Ili punya item lagi selalu nampak dalam gambar. Sebab baju sejuk Ili. Nina ada bagi baju sejuk juga (nampak tak pakej dia bagi pinjam? Semua sekali. Terima kasih Na!) tapi, pendek. Aku takut sejuk kaki, tu yang pinjam Ili. Ili juga bagi pinjam Oyster Card dan heattech. Oyster Card ni  macam Touch n Go kitalah. Guna masa nak naik public transport dekat London. Terima kasih Nina dan Ili.




Item keempat adalah beg troli. Naziha punya. Walaupun pulangkan dah rosak sikit, terima kasih sayang untuk beg tu.


Yang seterusnya untuk Nic dan Nina yang tolong cover masa aku huhahuha bercuti, diorang tolong cover kerja untuk Chan Sow Lin. Juga untuk semua yang mendoakan perjalanan kami dipermudahkan. Terima kasih

Dan pastinya untuk kedua orang tua aku yang merestui perjalanan ni. Tanpa restu diorang, mana mungkin  aku dapat berjalan setenang ini. Sepanjang kat sana, tak telefon langsung mak ayah. Beberapa kali dah Alin ingatkan. Hehe. Keluarga kami ni, tak telefon maknanya okay. Tapi, InsyaAllah, nanti sampai masa, kita akan selalu telefon mak ayah. Harap-harap sementara mereka masih ada ni Nadiah. Sebab diorang redha je anak diorang ni pergi, memang takde masalah sangat kat sana. Tenang-tenang je Nadiah bercuti. InsyaAllah, nanti orang bawa mak pergi Acheh yer. Masa Salam nak balik PJ, minta maaf dengan mak ayah dan kata terima kasih sebab redha dengan anak dia yang sorang ni. Kerja berjalan banyak dengan orang lain je. Semoga aku menjadi lebih baik, lebih itqan dan lebih bertaqwa sebagai hadiah atas pembesaran emak dan ayah. 


Entri seterusnya pasal perjalanan ni nanti. Tak sure macammana nak mula. Dapat idea nanti, aku tulis. Doakan kerajinan singgah ke jari. :) 

Love..