Tajuk English, harap maklum baru balik London. Hehe. Tapi, post masih dalam Bahasa Melayu. Antara wishlist aku adalah buat entri dalam English. Masih tak tercapai. Naziha pun dah ada entri dalam English. Satu hari nanti InsyaALLAH.
Seperti sedia maklum, pada 1 Feb hingga 15 Februari 2019, Alin, Mak Ngah dan aku telah selamat melawat ke Eropah iaitu ke London, Brussels dan Amsterdam. Tetapi, cerita berjalan-jalan entri lain. Kalau aku rajin. Haha. Ni entri untuk penghargaan sebab dapat berjalan dengan gembira di sana. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah s.w.t. yang membenarkan semua ini terjadi.
Seperti sedia maklum, pada 1 Feb hingga 15 Februari 2019, Alin, Mak Ngah dan aku telah selamat melawat ke Eropah iaitu ke London, Brussels dan Amsterdam. Tetapi, cerita berjalan-jalan entri lain. Kalau aku rajin. Haha. Ni entri untuk penghargaan sebab dapat berjalan dengan gembira di sana. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah s.w.t. yang membenarkan semua ini terjadi.
Yang kedua, untuk teman seperjalanan, Mak Ngah. Yang memasak untuk semua permintaaan. Masak kari telur, kari sardin, nasi lemaklah. You name it. Semua boleh. Bangun-bangun pagi, Mak Ngah dah masuk dapur masak. Aku tolong kemas lepas makan biasanya. Basuh pinggan mangkuk. Akukan ada kepakaran membantu di dapur. Mak Ngah juga yang banyak meneutralkan aku dengan Alin di sana. Yelah, akukan kadang-kadang tak pandai defend diri sendiri, so Allah biasanya akan hantar orang untuk tolong defend. Hehe. Terima kasih Mak Ngah.
Yang ketiga, untuk Nina sebab supplier baju aku kat sana. Outfit aku memang banyak dari Nina. Memang untuk perjalanan musim sejuk. Satu set heattech je aku beli. Yang lain semua pinjam Nina. Dan juga Ili. Walaupun baju Nina lagi banyak pinjam dari Ili, tapi Ili punya item lagi selalu nampak dalam gambar. Sebab baju sejuk Ili. Nina ada bagi baju sejuk juga (nampak tak pakej dia bagi pinjam? Semua sekali. Terima kasih Na!) tapi, pendek. Aku takut sejuk kaki, tu yang pinjam Ili. Ili juga bagi pinjam Oyster Card dan heattech. Oyster Card ni macam Touch n Go kitalah. Guna masa nak naik public transport dekat London. Terima kasih Nina dan Ili.
Item keempat adalah beg troli. Naziha punya. Walaupun pulangkan dah rosak sikit, terima kasih sayang untuk beg tu.
Yang seterusnya untuk Nic dan Nina yang tolong cover masa aku huhahuha bercuti, diorang tolong cover kerja untuk Chan Sow Lin. Juga untuk semua yang mendoakan perjalanan kami dipermudahkan. Terima kasih
Dan pastinya untuk kedua orang tua aku yang merestui perjalanan ni. Tanpa restu diorang, mana mungkin aku dapat berjalan setenang ini. Sepanjang kat sana, tak telefon langsung mak ayah. Beberapa kali dah Alin ingatkan. Hehe. Keluarga kami ni, tak telefon maknanya okay. Tapi, InsyaAllah, nanti sampai masa, kita akan selalu telefon mak ayah. Harap-harap sementara mereka masih ada ni Nadiah. Sebab diorang redha je anak diorang ni pergi, memang takde masalah sangat kat sana. Tenang-tenang je Nadiah bercuti. InsyaAllah, nanti orang bawa mak pergi Acheh yer. Masa Salam nak balik PJ, minta maaf dengan mak ayah dan kata terima kasih sebab redha dengan anak dia yang sorang ni. Kerja berjalan banyak dengan orang lain je. Semoga aku menjadi lebih baik, lebih itqan dan lebih bertaqwa sebagai hadiah atas pembesaran emak dan ayah.
Entri seterusnya pasal perjalanan ni nanti. Tak sure macammana nak mula. Dapat idea nanti, aku tulis. Doakan kerajinan singgah ke jari. :)
Love..
No comments:
Post a Comment