Tuesday, March 1, 2011

Kisah Lama : Temuduga Kerja

Saya sudah lama menulis entri ini. Cuma diletakkan di dalam draft sahaja. Sementara menunggu Ili di pejabat, saya mengeditnya dan mempostnya. Kisah mengenai satu-satunya temuduga kerja yang pernah saya hadiri. Temuduga terbuka ketika saya di tahun akhir pengajian sarjana muda. Sekitar bulan berapa, saya kurang pasti. Tahun 2008. Sebelum peperiksaan akhir semester. Iklan mengenai temuduga terbuka itu sebenarnya sudah lama tertampal di dinding-dinding fakulti kami. Cuma saya tidak merasakan hendak pergi kerana malas dan syarikatnya dengarnya macam syarikat besar. Sehinggalah, kawan saya Miera mengajak saya menemaninya kerana budak rumahnya tidak berminat. Pada mulanya, saya menolak juga. Tetapi, kerana memikirkan saya perlu menghadiri temuduga untuk mencari pekerjaan selepas habis belajar, jadi saya pergi untuk mendapatkan pengalaman. Hari temuduga, saya masih ingat betapa penuhnya jadual saya hari itu. Temuduga diadakan pada tengahari, dan malamnya kami perlu menghadiri jamuan makan malam (malam pra-graduan) di Summit Hotel. Selepas habis kelas pagi itu, saya perlu pulang ke Klang untuk mengambil baju yang akan dipakai malam itu dengan menggunakan kereta Mak Ina saya. Makcik saya telah meminjamkan keretanya kerana saya akan membawa kawan-kawan saya juga ke makan malam itu.

Berbalik kepada temuduga tadi. Selalu sahaja membuat karangan terpesong. Huhu. Saya tiba lewat sedikit. Penerangan telah dimulakan. Saya ada juga membaca mengenai syarikat ini sebelum menghadiri temuduga. Memang syarikat yang besar. Projek di Doha, India, Vietnam dan lain-lain lagi. Di Malaysia juga ada. Lebih kepada kerja-kerja tanah dan sivil. Ketika sesi penerangan, yang menarik minat saya adalah mereka menawarkan latihan kepada sesiapa yang berjaya. Latihan untuk memantapkan diri sebagai seorang pekerja. Saya suka yang itu. Kemudian ada yang bertanya, kriteria pekerja yang mereka akan pilih. Wakil dari syarikat itu menjawab, "Attitude". Saya suka lagi. Jika itulah yang diinginkan berbanding keputusan peperiksaan, saya ingin bekerja di situ. Tetapi, saya masih tidak berharap. Terlalu jauh diri saya berbanding pelajar-pelajar lain yang hadir. Tibalah masa untuk temuduga. Haha. Walaupun saya pergi hanya untuk mendapat pengalaman, saya masih cuak. Pelajar-pelajar yang pergi ke temuduga ini saya lihat pointer mereka. Memang tak boleh blah. Hebat sangat. Bila diorang keluar sahaja dari bilik, semua bertanya apa soalan yang akan ditanya. Biasa akan ditanya, kenalkan diri kamu, kenapa kamu nak bekerja di syarikat kami dan apa perancangan diri lima tahun dari sekarang. Mulalah yang belum ditemuduga ini merangka-rangka jawapan di dalam otak. Ada seorang penemuduga, siap nak tanya macammana nak buat measurement. Hehe. Cuak gila. Tibalah giliran saya. Saya ditemuduga oleh dua orang wanita. Yang memanggil saya merupakan seorang pekerja HR Sherrena, saya tahu setelah saya masuk bekerja dan yang menemuduga saya merupakan bos besar kami. General Manager. Madam Tan Dea Dy. Perbualan pertama yang menyebabkan saya merasa senang dengan temuduga ini adalah kerana TDD menegur jumlah adik beradik saya yang ramai sehingga saya perlu membuat row baru untuk mengisi kesemua nama mereka. Maka, ice pun telah pecah di situ.

(Bahasa Inggeris saya teruk. Maaf. Sekadar yang saya ingat perbualannya.)

Seperti yang dijangka, soalan yang pertama adalah :-

TDD : Tell us about yourself.
Saya : My name is Nadiah binti Zainal and i lived in Klang Selangor. I'm 23 years old. ....... Before this, i'm taking my diploma in QS at the UiTM Seri Iskandar Perak and straightly continue my study also in QS. I'm now are in the final semester of finishing my bachelor at UiTM Shah Alam
TDD : (Sambil menyemak resume saya). Are you willing to be send to oversea if you have to work there.
Me : Yes. (Tanpa teragak-agak kerana saya memang suka berjalan). I loves to travel. Last time i went to Jogjakarta to attend a program.
TDD : What program?
Me : We visit the victim (haha. waktu ni, English punya karut. Apa je yang ayat yang teringat, guna) of earthquake. Before that, we already collect a fund to donate there (haha. Walhal, saya tidak langsung terlibat untuk mengutip dana itu). At the Jogjakarta, we distribute the money. There, we found that, after the earthquake, the relationship between each villagers become strong. (Yeah, sangat teruja bercerita sebab baru balik dari Jogja. Dan saya menjadi orang yang baru selepas pulang. Macam pernah bacakan? Hehe. Terima kasih kepada semua yang terlibat menghantar saya ke sana.) They build the house together, each day they choose one house to be construct together. It's a new experience and I enjoyed it. So, if I have to travel oversea for my work, i love to.
TDD : Ok. (Senyum lagi) Can you work underpressure?
Me : (Senyum dulu. Waktu ni, teringat Alin selalu menasihatkan saya, kalau nak tension, ambil masa 5 ke 10 minit untuk rasa sedih. Lepas tu, jangan fikir lagi. Saya gunakan aplikasi ini untuk jawapan saya.) If I have to work underpressure, i will take 5 to 10 minutes to do something that i like. Such as singing or walking to other place and continue my work with good mind. For example, (ada contoh lagi tu. Haha) if i'm bored when study, i'll take a break five to ten minutes and then continue with a better brain. (Haha. Lawak gila. Direct translation memang tak agak-agak.)
TDD : If, the works can't give you break. They want it as soon as possible. How?
Me : Ok. I'll do my very best to finish that work on time and after that, i'll reward myself if i can finish it. (Ni yang tak boleh lupa jawapan, mana entah dapat idea waktu tu. Haha.)
TDD : Can you work under fierce boss?(Senyum dan dia memang selalu senyum)
Me : (Saya senyum juga) I'll be depressed in one month. (TDD pun senyum juga). But then, I'll learn from my boss and try to be a better person everyday. I know that all bosses want the best from his staff. So, he want me to be a better workers. I'll learn from him.(Haha..masa tengah jawab ni, dah gelak-gelak dah dalam hati. Selalu bersama orang-orang yang bermotivasi seperti Alin, menyebabkan saya berjaya menjawab sebegitu).
TDD : (Senyum lagi) Can you cook?
Me : (Pelik juga soalan ni. Saya senyum je) I can cook a little bit. For myself and my family.
TDD : Because if we sent you to oversea, you have to cook by yourself. It's easy for you because you need halal food. But, normally we seldom sent muslim workers to place where difficult to find halal food.
Me : Oh. Ok.
TDD : Ok. Is there anything you want to ask?
Me : (Saya ada bertanya soalan, tetapi saya lupa apakah soalannya dan setelah TDD menjawabnya. Saya pun akhirkan temuduga saya ini dengan perkataan ini) I hope to work under your company and improve myself.
TDD : Ok.

Begitulah kisah temuduga pertama saya dan masih menjadi yang pertama. Saya diterima bekerja di Gamuda. Alhamdulillah. Rezeki mak dan ayah saya. Rezeki mak saya mendapat peti sejuk yang baru. Hehe. (Walaupun, banyak nama peti sejuk itu). Saya sangat gembira dengan temuduga ini. Saya bercerita mengenai benda yang saya suka. Allah mengilhamkan saya dengan jawapan yang saya rasa agak selamat ketika temuduga. Selain itu, saya dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa bermotivasi tinggi. Benarlah kita perlu berkawan dengan ramai orang untuk membantu kita dalam kehidupan seharian. Membantu dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam meneruskan perjuangan dan kehidupan. Selalu belajar dan belajar dari orang sekeliling.

Baru-baru ini saya terdengar ceramah cara-cara untuk menjadi kreatif dan produktif iaitu kita perlu berkawan dengan orang baru, pergi ke tempat baru dan banyakkan membaca. Juga saya pernah membaca, kreatif itu adalah apabila kita memudahkan membuat sesuatu kerja. Kita sebenarnya kreatif. Dahulu, saya selalu menafikan jikalau orang mengatakan sesiapa yang menulis menggunakan tangan kiri adalah seorang yang kreatif. Kerana saya sangat tidak kreatif dalam hal-hal seni. Sekarang, jika saya berjaya memudahkan kerja saya, saya sudah merasakan saya kreatif. Satu lagi pelajaran adalah selalu membuat keputusan. Mulakan dengan yang kecil dan kemudian dia akan melatih kita membuat keputusan yang besar.

p/s: Saya memang suka menulis entri panjang-panjang. Hehe.

Love..