Monday, December 21, 2015

Manual Membuat Passport untuk Orang Bankrap

Kepada semua warga yang bankrap di luar sana, jangan risau jika anda mahu mengerjakan umrah setelah berabad lama menuggu untuk panggilan haji. Anda diberikan kebenaran untuk keluar negara sebanyak dua kali iaitu menunaikan Haji dan Umrah. Mahu menunggu panggilan haji lambat sangat, maka jangan segan-segan untuk merayu untuk mengerjakan umrah terdahulu. Kerajaan ini tidaklah begitu zalim ya kawan-kawan.

Apa yang kita perlu buat sebelum mahu membuat rayuan adalah :-
  1. Daftar untuk membuat umrah di agensi-agensi yang anda pilih.
  2. Bawa bukti pendaftaran dan surat rayuan meminta izin keluar negara untuk menunaikan umrah dan hantar ke Jabatan Insolvensi.
  3. Jabatan insolvensi akan menyuruh anda melangsaikan semua baki sehingga tarikh anda memohon. Contohnya:  Anda berjanji untuk memberikan komitmen RM100 setiap bulan. Maka sehingga tarikh anda memohon, jika ada yang tertangguh bulan anda membayar, anda perlu melangsaikannya dahulu. 
  4. Isi borang yang diberikan bersama penyata gaji 3 bulan penjamin selain keperluan yang diperlukan.
  5. Setelah itu, hantarkan borang ke Jabatan Insolvensi untuk diproses.
  6. Setelah seminggu, digalakkan untuk menelefon bertanyakan status permohonan. 
  7. Jika sudah siap, maka datanglah di Jabatan Insolvensi bersama penjamin dan draf bank sebanyak RM1000 (untuk bayaran cagaran penjamin, setelah pulang dari umrah kita boleh menuntut kembali wang itu) dan RM1500 (akan dikira sebagai bayaran pinjaman setelah kita pulang dari mengerjakan umrah).
  8. Nota : Membuat bank draf di Maybank lebih mahal chargenya (lebih kurang RM5 satu draf bank berbanding RM3 di bank Islam. Tetapi, bank Islam lebih leceh. Jika anda sudah mempunyai akaun di Bank Islam, mereka menyuruh anda mendepositkan duit ke akaun anda dan akan ditolak dari akaun sahaja. Bertambah leceh jika masa itu kad pengenalan anda tidak boleh dibaca.)
  9. Bawa bank draf di kaunter pembayaran di Jabatan Insolvensi dan mereka akan keluarkan dua resit. Satu untuk penjamin yang boleh dituntut semula setelah pulang dari umrah dan satu untuk peminjam yang akan menjadi bayaran setelah pulang dari umrah kelak. 
  10. Bawa kedua-dua resit bersama dengan setem hasil sekeping ke kaunter semakan dan serahkan kepada kerani yang bertugas. Kerani yang bertugas akan menyediakan borang aku-janji, surat akuan peminjam dan surat akuan penjamin untuk ditandatangani.
  11. Selesai, dan Jabatan Insolvensi akan membuka nama peminjam untuk membuat passport di Pejabat Imegresen Putrajaya sahaja. Katanya, selepas dua jam nama sudah clear dan boleh membuat passport.
  12. Pergilah membuat passport di Putrajaya. Boleh menyemak dahulu status sebelum membuat passport terus. Anda akan diberi satu surat yang menyatakan anda hanya dibenarkan keluar negara sekali dan passport anda hanya boleh digunakan pada bulan anda mengerjakan umrah sahaja. Tidak mengapa. Janji boleh keluar. 
  13. Buatlah passport seperti biasa.  
Kami sedang memikirkan cara untuk menghilangkan black-listed pula. Jika berjaya, akan dikongsikan bersama. Selamat menunaikan umrah. :)

Love..

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Arntmr said...

Hi nadiah, kalau nak balik kampung belah isteri kat sabah pulak macammana ye bg yg bangkrap?