Tuesday, December 29, 2015

Muhasabah 2015

Hampir habis tahun 2015. Ada dalam dua hari sahaja. Mengimbau kenangan saya ketika tahun ini mungkin agak bervariasi. Kehidupan sememangnya haruslah begitu. Ada kala gembira, ada kala sedih, ada kala terpinga-pinga dan tertanya-tanya. Benarkah ini jalannya? Betulkah cara perbuatannya? Haruskah begini? Atau teruskan begitu? Tertanya-tanya saya dalam mencari arah kehidupan. Mencari dan terus mencari tujuan kehidupan. Kerjayakah? Keluargakah? Jika ya, gembirakah? Atau sekadar berpuas hati? Redha lain ertinya dengan terima. Jika kita terima keadaan kita, belum tentu kita redha. Jika kita redha, InsyaAllah kita terima. 

Fikir punya fikir, semua persoalan ini Allah dah bagi jawapan dalam surat cintaNya. Dan saya masih mencari di luar. 

Firman Allah :-
  • "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Aku" Ad-Dzaariyat (51:56)

  • "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Al Ankabut (2)

  • "Allah tidak membebani hambaNya diluar kemampuannya." Al-Baqarah (286)

  • "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka. ” Ar-Rad (11)

  • "Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." Al-Asr (2-3)

  • "Al-Quran ini menjadi panduan manusia, hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi yang meyakini (kebenarannya)." Al-Jathiyah (20)

  • "Maka, nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman (16)

Saya berdoa supaya kita semua menjadi lebih baik pada tahun 2016. Sebagai hamba, anak, kakak, adik, isteri, sahabat, saudara, jiran, teman sekerja dan yang lain juga. Lebih dari #2kerja. Hidup di dalam iman, mati di dalam iman dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman adalah cita-cita kita. Semoga menjadi lebih baik sahabat semua. Sayang kamu semua kerana Allah. 

p/s : Perlu membuat senarai benda yang saya mahu dalam tahun 2016. Sebagai panduan kelak dan ia adalah sesuatu yang menarik rupanya. Ada beberapa benda yang saya inginkan telah tercapai. Setelah melihat keingina saya telah tercapai, gembiranya! Dan saya sedikit menyesal kerana tidak mempunyai keinginan yang banyak. Mari kita. 


Love..

Monday, December 21, 2015

Manual Membuat Passport untuk Orang Bankrap

Kepada semua warga yang bankrap di luar sana, jangan risau jika anda mahu mengerjakan umrah setelah berabad lama menuggu untuk panggilan haji. Anda diberikan kebenaran untuk keluar negara sebanyak dua kali iaitu menunaikan Haji dan Umrah. Mahu menunggu panggilan haji lambat sangat, maka jangan segan-segan untuk merayu untuk mengerjakan umrah terdahulu. Kerajaan ini tidaklah begitu zalim ya kawan-kawan.

Apa yang kita perlu buat sebelum mahu membuat rayuan adalah :-
  1. Daftar untuk membuat umrah di agensi-agensi yang anda pilih.
  2. Bawa bukti pendaftaran dan surat rayuan meminta izin keluar negara untuk menunaikan umrah dan hantar ke Jabatan Insolvensi.
  3. Jabatan insolvensi akan menyuruh anda melangsaikan semua baki sehingga tarikh anda memohon. Contohnya:  Anda berjanji untuk memberikan komitmen RM100 setiap bulan. Maka sehingga tarikh anda memohon, jika ada yang tertangguh bulan anda membayar, anda perlu melangsaikannya dahulu. 
  4. Isi borang yang diberikan bersama penyata gaji 3 bulan penjamin selain keperluan yang diperlukan.
  5. Setelah itu, hantarkan borang ke Jabatan Insolvensi untuk diproses.
  6. Setelah seminggu, digalakkan untuk menelefon bertanyakan status permohonan. 
  7. Jika sudah siap, maka datanglah di Jabatan Insolvensi bersama penjamin dan draf bank sebanyak RM1000 (untuk bayaran cagaran penjamin, setelah pulang dari umrah kita boleh menuntut kembali wang itu) dan RM1500 (akan dikira sebagai bayaran pinjaman setelah kita pulang dari mengerjakan umrah).
  8. Nota : Membuat bank draf di Maybank lebih mahal chargenya (lebih kurang RM5 satu draf bank berbanding RM3 di bank Islam. Tetapi, bank Islam lebih leceh. Jika anda sudah mempunyai akaun di Bank Islam, mereka menyuruh anda mendepositkan duit ke akaun anda dan akan ditolak dari akaun sahaja. Bertambah leceh jika masa itu kad pengenalan anda tidak boleh dibaca.)
  9. Bawa bank draf di kaunter pembayaran di Jabatan Insolvensi dan mereka akan keluarkan dua resit. Satu untuk penjamin yang boleh dituntut semula setelah pulang dari umrah dan satu untuk peminjam yang akan menjadi bayaran setelah pulang dari umrah kelak. 
  10. Bawa kedua-dua resit bersama dengan setem hasil sekeping ke kaunter semakan dan serahkan kepada kerani yang bertugas. Kerani yang bertugas akan menyediakan borang aku-janji, surat akuan peminjam dan surat akuan penjamin untuk ditandatangani.
  11. Selesai, dan Jabatan Insolvensi akan membuka nama peminjam untuk membuat passport di Pejabat Imegresen Putrajaya sahaja. Katanya, selepas dua jam nama sudah clear dan boleh membuat passport.
  12. Pergilah membuat passport di Putrajaya. Boleh menyemak dahulu status sebelum membuat passport terus. Anda akan diberi satu surat yang menyatakan anda hanya dibenarkan keluar negara sekali dan passport anda hanya boleh digunakan pada bulan anda mengerjakan umrah sahaja. Tidak mengapa. Janji boleh keluar. 
  13. Buatlah passport seperti biasa.  
Kami sedang memikirkan cara untuk menghilangkan black-listed pula. Jika berjaya, akan dikongsikan bersama. Selamat menunaikan umrah. :)

Love..

Sunday, December 20, 2015

Membebel

Sesampai saya dari PJ di Klang, Kak Mi sedang melipat baju yang banyak di rumah. Antara contoh yang saya mahu ikut dari Nenek Sa'abah adalah, dia akan turut sama membantu jika kami sedang membuat sesuatu kerja. Selalu perasaannya adalah gembira jika sedang membuat kerja dan ada orang membantu. Sedang melipat, Kak Mi menceritakan (baca : membebel) perihal anaknya yang tinggal bersama Cik Lia sementara emak dan ayah di Makkah, adik kami Daus yang tidak dapat bercuti untuk mengambil ayah nanti dan orang sekeliling kami. Sambil lipat, sambil mendengar dia membebel dan berkongsi rasa. Bukan hendak merungut, tetapi mengadu sahaja dengan kerja rumah yang banyak itu. Saya hanya mendengar dan mengambil ibrah dari penceritaan tersebut. 

Bebelan ini pada saya adalah satu nikmat. Memang jika selalu orang akan satu kebosanan, tetapi, percayalah jika orang sudah tidak membebel pada kita, ia adalah satu kehilangan. Nenek Sa'abah dahulu selalu bertanya mengenai jodoh saya dahulu sehingga saya berasa bosan. Pernah satu masa, kebanyakan sepupu saya mahu berkahwin, jadi hala tuju kepada saya makin berkurang dan hampir tiada. Tiada orang bertanya perihal jodoh kepada saya sehingga menyebabkan  saya terfikir, adakah mereka sudah tidak sayangkan saya lagi? Mahu menangis juga saya pada waktu itu. Lawak sangat. Jadi, pada saya yang selalu bertanya mengenai jodoh saya sekarang, InsyaALLAH saya tiada terkesan. Ia adalah kerana mereka masih mengambil berat perihal saya. 

Adik saya yang di Makkah juga adalah pembebel tegar saya. Kak Fisha dan Kak Cik, saya tahu mereka sayang kakak yang seorang ini. Nanti kita kahwin sama-sama ya. Haha. Selalu mempertikaikan cara hidup saya yang memang sangat hampeh di mata mereka. Ya, anda hanya perlu menjadi diri sendiri kepada adik-beradik sendiri. Seteruk mana pun kamu dan seteruk mana pun kutukan adik beradik terhadap kamu, ia tidak akan pernah memutuskan tali silaturrahim. InsyaAllah. Bak kata Cik Jamaliah, adik beradik memang perlu bergaduh, kalau baik-baik sahaja tu kawan. Hehe. Berbahagialah adik-adikku kerana aku akan membebel dan terus membebel kepada kamu. Sebab sayang. Sayang sangat. Nak jadi sama-sama baik.

My pembebel tegar. I love them so much!

Gambar kedua dan terakhir sebelum mereka mengerjakan umrah. Moga Allah permudahkan urusan di sana. Terima kasih Along bersusah-payah menguruskan urusan umrah dari mencari agensi dan mendaftar sehingga pengesahan tiket. Moga Allah permudahkan urusan awak juga. 

Love.

Friday, December 18, 2015

Ular-ular dengan kebenaran

Sepetang yang tenang kerana awal bulan, claim masih ada masa sebelum perlu dihantar hujung bulan nanti. Jadi, santai-santai sahaja hari ini. Tambahan pula senior manager yang duduk di sebelah saya cuti. Bertambah ketenangan. Datang senior saya bertanya sesuatu. 

Ai Tee : Nadiah, you dah beli hadiah untuk exchange gift tu? 
Saya : Belum.
Ai Tee : Bila you nak beli?
Saya : It's either tonight or tommorow night.
Ai Tee : Go lah, pergi beli dekat JJ Maluri.
Saya : You dah beli? 
Ai Tee : Sudah. You pergi dengan Nina. Ajak dia.
Saya : Ha. Ok.

Haha. Ajak Nina pergi Jaya Jusco untuk mencari hadiah. Mana nak cari bos macam ni wei? Ada masa memang nak kena fokus kerja, ada masa memang boleh huhahuha. Tidak ke kau rasa nak jadi pekerja yang lebih baik sebab bos kau baik? Bila kau jadi bos pula, take this into your consideration. Hehe. Moga Allah permudahkan dan jauhkan dari setannirajim dan sifat malas. Amin.

Haha. Berjaya. 

Love..

Thursday, December 17, 2015

Rindu

Di waktu sekarang, Alhamdulillah Emak, Ayah, Kak Fisha dan Kak Cik sedang berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah. Umrah yang pertama pesan Acik Oya, harus dibuat dengan teliti. Kira umrah wajib. Jangan main buat sahaja. Pesan Acik ketika dia datang secara mengejut ke rumah kami Isnin yang lepas. Fikir saya, sudah berjumpa seminggu yang lalu, tidak perlu datang untuk menghantar lagi. Tetapi, mungkin berat ke nenek Sa'abah yang mahu menghantar sama. Maka, Acik layankan juga. Abang Long kot. Hehe. Tetapi, ayah nampak gembira bila nenek sampai. Benda nampak kecik, tapi besar untuk orang lain. Emak juga, emaknya memang sudah berada di sini sejak Jumaat. Nenek Rammelah tinggal di rumah Pak Busu semenjak datang Jumaat lalu.

Pak lang tolong azan
Kawan ayah membaca doa
On your command sir. :)
Dulu permainan kami. Sekarang kamu. 
M.Y. L.O.V.E!!
Sesi mengenal kapal terbang
Wajah kesayangan hamba
Gembira!! Gembira!!
Semoga menjadi lebih baik sayang

Semalam, Naziha mendapat line internet dan menghantar gambar ini. 

Rinduuuuuu...
Adik menulis rindu di whatsapp keluarga kami. Saya teringat adik menangis ketika emak dan ayah mahu pergi di airport. Sentimental juga adik saya. Sedihlah katanya. Hehe. Takde masalah sayang. Jangan bajet hero sangat tak menangis. Cuma Firdaus tiada hari itu, dia akan bertugas mengambil nanti. Kerja sungguh-sungguh ya. Company kedekut, tak bagi cuti walhal selangor menang bola masa tu. Aminah datang dari Nilai. Keluar awal dari pejabat. 

Lain benar perasaan melambai-lambai sehingga ahli keluarga itu saya hilang dari pandangan mata tempohari. Ini antara tangisan kegembiraan. Perasaan ini juga saya lihat ketika majlis perkahwinan dan kemenangan bola sepak pasukan Selangor yang lepas. Menangis kegembiraan. Perasaan saya gembira. SANGAT gembira. Semoga Kak Cik dan Kak Fisha merebut peluang beramal ibadah kepada orang tua di sana. Dan buat emak dan ayah, semoga tenang dan gembira di sana. InsyaALLAH, nanti kita ikhtiar Haji pula ya.  

Buat semua saudara-mara yang turut mendoakan dan meraikan keberangkatan ayah dan emak saya ke sana, jutaan terima kasih saya ucapkan. Mohon doa pulang dengan selamat dan menjadi muslim yang lebih baik. Bukan sahaja kepada diri sendiri dan ahli keluarga, malah kepada orang sekeliling juga. Terima kasih banyak-banyak. Moga doa dan kebaikan kalian, Allah balas dengan rahmat dan kasih sayang yang melimpah ruah. 

Kerana mereka adalah tempat berkasih-sayang. Segala puji hanya untukMu. Yang Maha Penyayang. SubhanAllah. Alhamdulillah. AllahuAkbar. 

#rindu

Love..

Thursday, December 10, 2015

Siri Bersama Ai Tee 2

Kerja dengan senior saya memang semua benda perlu cepat dan kepastian. Saya perlu mendapatkan tandatangan Construction Manager (CM) untuk satu dokumen yang penting. Saya telah memwhatsapp beliau untuk singgah ke department kami jika dia datang ke Southgate. Biasanya, tidak menghampakan. Dia pasti datang. Semasa menghantar kerja kepada Ai Tee ;

Ai Tee : Mr. On ada datang untuk sign ATA road and drainage?

Saya : Not yet. But I have sent message to him.

Ai Tee : Kenapa you tak call? Macammana you tahu dia dah baca mesej tu?

Saya : Dia dah bagi I bluetick.

Ai Tee : Bluetick. Haha. Ok.

CM saya memang comel dan rajin. Ada QS lain, perlu turun ke site untuk mendapatkan tandatangan CM. Tetapi untuk stesen Pasar Seni kami, CM yang datang mencari kami. Pernah saya mahu ke site mengambil tandatangannya untuk satu dokumen, tetapi dia menghalang. Katanya, tidak mengapa dia akan ke sana juga. Boleh tunggu. Hehe. Memang terbaik. Terima kasih Mr. On kerana menyenangkan kerja kami.

Selalu bagi saya bluetick je. :p

Love..

Surat untuk Mat

Post ini saya karang sebelum mengetahui tentang perkahwinan Anwar Hadi. Walaupun tiada kaitan, saya mendoakan juga kebahagian dan ketenangan untuk Anwar Hadi dan pasangan. Dah melepas lelaki-lelaki yang baik dan bijak. Semoga ada bahagian untuk kami juga. Hehe.

.........................................................................................................................................................

Kehadapan saudara yang disayangi kerana Allah, Mat Lutfhi. Didoakan sentiasa sihat dan gembira menjalani kehidupan seharian. 

Terlebih dahulu, tahniah saya ucapkan di atas pertunangan awak. Semoga dipermudahkan semua urusan ke majlis perkahwinan nanti. Tetapi, bukan itu tujuan utama saya menulis surat ini. Sebelum itu, izinkan saya melahirkan rasa simpati terhadap penyebaran gambar tunang awak di sosial media. Saya merasa sedikit terkesan dengan penyebaran gambar tersebut. Sedih sebenarnya. Tertanya saya, siapakah yang memberikan hak kepada seseorang itu untuk menyebarkan gambar tanpa mendapat kebenaran tambahan lagi gambar orang itu tiada di dalam (kata adik saya, sepupu doktor itu yang menyebarkan gambar tersebut. Malas saya mahu mengkaji kesahihannya. Dan saya percayakan adik saya). Itulah tujuan utama saya menulis surat ini. 

Perasaan yang sama juga saya rasai ketika penyebaran gambar Stacy memeluk Islam. Begitu menyibuknya orang kita dengan berita sensasi yang melibatkan orang lain. Walaupun ianya berita gembira, tetapi saya rasa kita perlulah menghormati hak seseorang individu. Ada sebab kenapa sesuatu benda itu perlu dirahsiakan atau disimpan dahulu sebelum diberitahu umum. Ada hati-hati ahli keluarga yang perlu dijaga. Terfikirkah kita? Sepertinya tidak.  Kita sebagai seorang yang merasa bangga kerana mempunyai berita itu, laju-laju sahaja mempostkannya. Pernahkah kita terfikir perasaan ahli keluarga tunang/Stacy ketika itu? Tidak bukan. Yang kita suka apabila ada orang like, share atau memberi komen untuk post tersebut. Gembiranya rasa di dalam hati. Ada orang perasan kewujudan aku di muka bumi ini. Pasti orang akan berkata, siapa suruh jadi terkenal. Mestilah orang nak ambil tahu. Orang-orang yang komen sebegini pastilah seorang yang tidak terkenal, tidak bijak malahan tidak pula pandai bergaul dan berhati busuk seperti kata adik kesayangan saya. Sudah terlalu ramai orang yang kurang diberi perhatian di alam realiti sehingga terpaksa mencarinya di alam maya. Semoga kita semua terhindar dari perasaan itu. 

Buat awak, terima kasih untuk semua vlog, status fb, buku dan nasihat yang menghiburkan dan berilmiah itu. Semoga dapat terus berkarya selepas ini. Buat tunang  awak, saya yakin awak seorang yang tidak kurang hebatnya, bertabahlah melayan karenah bakal imam awak itu. Didoakan semoga mendapat keluarga yang sakinah, mawaddah dan sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Lahirkan generasi yang bijak dan lebih bermanfaat untuk orang lain. Kita perlukannya untuk Malaysia yang lebih baik di masa hadapan. Ibu bapa adalah pembentuk generasi akan datang. Jika hebat, InsyaAllah akan hebatlah generasi itu. Tiada pertikaian kehebatan untuk kamu berdua. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca (bajet dia baca? Haha).


#throwback Dapur Jalanan Feb14

Love, 
Peminat no 15,326 awak.

Tuesday, December 8, 2015

Siri bersama Ai Tee - 1

Di pejabat yang sibuk seperti biasa. Aku ke tempat Ai Tee menghantar kerja.

Sambil menunjukkan claim yang telah siap dan menerangkan serba sedikit benda yang aku bayar untuk bulan ini. Dia mengangguk dan bertanya beberapa soalan. Senior saya ini, soalan dia memang kamu kena tahu hujung pangkal cerita. Dia tanya dari atas, bawah semua tak boleh nak agak. 

Aku : Ai Tee, nanti you tolong approve i-core CASES ni.
Sambil dia terus membuka i-core-menyebabkan aku terpaksa tunggu dia approve, tetapi nanti sudah boleh terus print.

Ai Tee : I see ar, you ni tak independentlah.

Aku : (gelak sahaja. Dia ni out of nowhere punya soalan)

Ai Tee : Jangan gelak ya, I serius. 
Dalam fikiran aku, memang rasa kurang pun buat keputusan sendiri. Even nak bagi e-mel kepada sub-contractor pun kena rujuk dia dulu takut salah. Selalu kerja, memang bagi dekat dia sebelum keluar ke sub-con ke, ke engineer ke, CM ke, siapa-siapalah. Memang boleh rasalah kurang independent tu.

Aku : I dulu dengan senior I, pernah buat salah bagi e-mel dekat sub-con, terus dia marah I sampai semua benda kena go through dia dulu. So, kurang confident sikit. Lepas tu, takut sikitlah I nak buat keputusan apa-apa sekarang.

Ai Tee : Apa yang you takut? I kan ada. Sure I back-up you. (Sambil mencari-cari benda yang perlu diapprove dalam computer)
Aku dah rasa dah, dia maksudkan semua kerja aku memang akan refer ke dia. Biasanya, dia akan selesaikan kalau aku sangkut tak reti buat. Kalau aku buat sendiri benda tu, mesti ambil masa yang agak lama juga nak siap. Kalau pergi ke dia, cepat je. Sebab tu aku suka tanya dia. Haha.

Aku : You trust me that much ma? 

Dia : Kenapa you nak takut? You tengok Nina. I suka dia. (Dah selesai kerja dia nak approve tu)

Nina punya skill nak lawan sub-con memang aku kagum. Selamba dia marah QS tak datang Joint Measurement dengan dia dan tak ugut sub-con taknak bayar payment dia. Kagum betul. Aku? Huhu.

Aku : I pun suka tengok dia. (Tapi dalam hati, nak jadi macam dia macam susah je. Bestnya kalau ada keberanian macam tu.)

Ai Tee : You should learn from her.

Aku : Ok. I will.

Aku ambil benda yang dia dah sign dan balik tempat kerja aku. Lepas tu fikir panjang. Dan sangat panjang sampai stress. Dalam hati kira rasa macam dah bagus dah buat kerja, sebab boleh buat. Ada seorang lagi team aku ni, dia tak berapa pandai buat kerja. Asyik silap sahaja. Masa itu rasa diri dah hebatlah. Lepas tu, ada orang lain masuk team dan lagi hebat dari kau. Ha, ambil perasaan tu.  

Bila cakap dengan budak bilik, dia pun setuju yang senior suka kalau kita boleh buat kerja sendiri. Ya, aku pun memang suka kalau anak buah boleh buat kerja sendiri. Dah lama kot kerja. Tapi, aku dapat satu senior je dulu. Tak banyak pengalaman. Nadiah, kau boleh salahkan senior kau, atau persekitaran atau cari sahaja 1001 alasan, tetapi kalau kau tak nak berubah untuk jadi yang lebih baik. Memang tak boleh nak buat apa-apalah.  Do something. Choose to be good. Choose to be better. Bersyukur ada orang beritahu kekurangan kau, dan kau boleh perbaiki. Peringatan untuk diri sendiri. 

"Sesungguhnya ALLAH tidak akan merubah nasib sesebuah kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubahnya" - Surah Ar-Rad (13:11)

Bos besar belanja. 

Ai Tee belanja chatime
Bila balik rumah petang tu, aku ternampak status instagram Vivy Yusof. Antara sebab aku kena kekalkan Ai Tee dalam hidup aku sekarang ni. Dia boleh korek kelemahan aku untuk aku perbaiki dan jadi lebih baik. Semoga aku ambil pusing sikit dan berubah. Minta doakan semuanya. Terima kasih. 




Love..

Saturday, December 5, 2015

Ibu ayah

Di teratak Zainal

Saya:  Ayah, nak pergi Selayang tak?
Ayah:  Ayah ingat ada program malam ini. Rupa-rupanya malam minggu depan.
Saya:  Oklah. Jom.
Ayah:  Okay. Okay.
Saya: Mak, jom sekali.
Mak:  Takpelah. Asyraf tiada orang nak jaga.
Saya:  Orang telefon Ami minta dia balik cepat. Mak ikutlah.
Mak:  Okaylah.

Mak dan ayah sekarang lebih melakukan aktiviti luar bersama. Walaupun di rumah biasanya ayah akan menghabiskan masa di telefon (hehe. Salahkan anak dia yang memasang internet tanpa batas), jika ada aktiviti luar ia adalah masa berdua. Sudah selesa mungkin. Anak-anak sudah membesar. Jika tidak dahulu masing-masing sibuk memikirkan membesarkan kami semua. Mana ada masa keluar berdua. Teringat kata sepupu saya Muiz ketika ayah dengan gigihnya menghadiri majlis pembukaan pusat tuisyen sepupu saya di Ampang walaupun baru lepas menghadiri majlis perkahwinan di Seremban. Kata Muiz,  "Makin sweet pula tengok Mak Lang dan Pak Lang tu dah tua-tua ni".

Ayah pula sekarang gemar mengikuti aktiviti luar. Terutamanya yang melibatkan Parti Amanah. Orang kuat Amanah. Siap gantung bendera Amanah dekat bengkel lagi. Emak pula, menjadi penyokong kuat di belakang ayah.

Emak ayah, semoga anak-anak ini menjadi anak penyambung pahala bila emak ayah nanti. Terima kasih untuk semua pengorbanan dan kasih sayang. Bersama kita di syurga kelak. InsyaAllah. Sekitar majlis bersama pemimpin di Wisma Amanah Selayang. Memberi sokongan kepada Setiausaha Agong Parti Amanah Encik Anuar Tahir. Semoga diberikan kesihatan yang baik.






Ini untuk Aiman. :)

Love..