Wednesday, January 25, 2017

Tales of A City by The Sea

Sebelum menonton teater ini, saya sempat menggooglenya. Hasil carian, pernah menang award dan teater berkisar perempuan Palestin. Setakat itu sahaja. Kemudian menyambung kesibukan di pejabat. Steven mengajak kami (geng ketika Treasure Hunt Gamuda dahulu) mononton teater ini. Saya tidak pasti sama ada dia tahu teater ini mengenai Palestin atau tidak, tetapi kami bertiga (Faezah, Arsyaf dan saya) bersetuju.

Semasa persembahan, saya terpukau dengan kesimplean pementasan ini. Setiap babak hanya menggunakan langsir sebagai pemisah babak dan lokasi babak, tetapi ceritanya sangat mendebarkan. Saya juga mendengar bunyi tangisan penonton semasa pementasan. Cerita yang bagus, pementasan yang mantap, lakonan yang menghayati dan jalan cerita yang sangat realiti. Sinopsis terdekat boleh di baca di sini

Apa yang saya dapat daripada pementasan cerita ini ;-
  1. Percintaan - Susahnya bercinta bagi orang Palestin (Jomana) jika bercinta dengan orang asing (Rami). Jomana tidak mahu keluar dari tanah air tercinta, manakala Rami adalah dari Amerika berketurunan Palestin juga susah untuk tinggal di situ kerana tidak dapat memandang masa hadapan keluarga jika berkeluarga di situ. 
  2. Realiti - Rakyat Palestin sedang disekat kebebasan mereka di sana. Kebajikan mereka sedang diperkotak-katikan oleh orang Israel. Mereka membunuh rakyat sesuka hati mereka dan menyekat rezeki rakyat Palestin. Bantulah mereka seadanya. Mereka memerlukan bantuan kita, jika tidak pun doakan ketabahan dan kemenangan mereka. 
  3. Harapan - Watak Lama ditunjukkan sebagai sebuah harapan di Palestin. Selepas kematian ahli keluarganya, dia menikahi teman lelakinya Ali, dan kemudian mengandung. Anda masih boleh gembira walau di mana sahaja anda. Anda yang memilihnya.
  4. Keluarga - Emak Rami sangat prihatin dengan keputusan anaknya yang mahu bercinta dan berkahwin dengan orang Palestin. Begitu juga ayah kepada Jomana juga menasihati mengenai keputusan bercinta dengan doktor yang tidak berasal dari Palestin.

Before the show




Simple yet meaningful

Geng Tresure Hunt

Joshua, where is our next trip? 

Bersama pelakon-pelakon hebat

Salah seorang pelakon


Alhamdulillah untuk kehadiran saya menonton pementasan ini. Ia begitu membuka minda. Itu juga kerana diajak oleh Steven. Kerisauan saya sedikit, kedatangan ke teater ini lebih ramai daripadanya merupakan orang Cina. Arsyaf berkata, hanya dia seorang Melayu lelaki dari Gamuda yang hadir. Harga sebenar tiket adalah RM39. Tetapi Gamuda memberikan kami peluang menontonnya secara percuma. Kita hanya perlu menghadirkan diri sahaja. Tetapi, kami masih tidak mahu menurut serta. Kepedulian orang Melayu terhadap isu-isu kemanusiaan yang berlaku di sekeliling ini merisaukan saya sedikit. Saya juga adalah salah seorang di antaranya.

Begitu juga ketika satu program Toastmaster di Gamuda di mana kami dilatih untuk memberikan presentation kepada umum. Kami perlu berlatih dengan menyampaikan presentation di hadapan. Seorang lelaki Cina telah menyampaikan presentation mengenai krisis yang sedang berlaku di Syria. Terkedu saya mendengarnya. Betapa sikap kepedulian mereka sangat tinggi. 
Katakanlan lagi kepadanya : "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. ( Az-Zumar: 9)

Banyak lagi yang perlu saya baca dan lakukan. Mari kita.

Love..

No comments: