Ada masa yang kita mahu berehat dari semua kerja-kerja yang biasa kita lakukan. Dahulu, pernah juga sekali saya hanya mengambil MC di tengah-tengah minggu kerana sudah terlalu letih dengan pekerjaan sendiri apabila selalu pulang lewat malam. Jadi, sehari saya mengambil MC. Keesokan harinya lebih semangat bekerja.
Kali ini, saya melakukannya sekali lagi. Saya mengikut Naziha pulang ke kampung beberapa minggu lalu. Pada hari Jumaat, baru saya memberitahu kepada Ai Tee mahu cuti pada hari Isnin. Disebabkan tiada kerja urgent, Ai Tee bersetuju.
Saya dan Naziha pulang pada hari Sabtu selepas bermalas-malasan dengan dahsyatnya. Penangan tiada perancangan dan tidak mengikut siapa-siapa. Dari selepas zuhur, membawa ke selepas asar dan kemudian berjaya bergerak ke kampung jam 6 petang. Hehe. Itupun Naziha mahu menelefon nenek, tetapi saya melarang kerana mahu memberi baju kepada En Anuar dahulu. Makanya, kami bertolak akhirnya jam 8 malam dari Subang. Dan waktu itulah kami menelefon nenek bari bertolak. Hehe.
Sesampai di rumah nenek, Pak Busu dan Acik sekeluarga sedang makan KFC bersama nenek. Pak Busu dan Mak Usu memang pantang apabila mengetahui kami mahu pulang ke kampung, pasti dia akan ke rumah nenek meraikan kami. Apa lagi, sesi berboraklah. Pak Busu tanya kenapa saya bercuti. Saja. Semua macam pelik. Memang pelik cuti tanpa alasan. Benda yang jarang buat, Lepas ni buat lagi, sudah tidak peliklah.
Hari Ahadnya Naziha meneman kawannya ke Kluang. Mahu mengambil ujian PTD. Saya keluar bersama Alin. Hidup tiada perancangan, maka ketika Alin mengajak ke Jasin kerana mahu membeli stereng lock kereta barunya, saya mengiyakan sahaja. Sampai ke petang juga kami keluar. Balik rumah makan bersama nenek Saabah. Berborak dan tidur.
Besoknya nenek ke pasar membeli barang dapur bersama saya dan Aishah. Nenek kata,
"Agaknya, nenek ni nak ke pasar kena tunggu orang Klang balik yer. Masa tu ayah awak balik, bawa nenek pergi pasar."
"Ala ni, siapa-siapa jelah dapat tolong nenek."
Selepas menghantar Aishah ke sekolah jahitan, saya menghantar nenek pulang ke rumah dan terus ke rumah Pak Busu. Mahu menyibuk menemani Busu Bani membuat radioterapi di Hospital Pantai. Sekejap sahaja radioterapinya. Tidak sampai lima belas minit. Busu perlu membuat setiap 5 kali seminggu sebanyak 30 kali. Selepas pembedahan membuang ketumbuhan di dalam otak Alhamdulillah berjaya, dan ujian terhadap ketumbuhan itu merupakan kanser, maka Busu perlu membuat radioterapi. Alhamdulillah juga boleh dilakukan di Hospital Pantai Melaka sahaja, Busu membawa diri sendiri biasanya. Saya mendoakan kesihatan Busu dan ketabahan Mak Usu menerima ujian dan kasih sayang Allah ini.
Selepas pulang menghantar Busu, saya singgah ke rumah nenek Rammelah. Nenek sedang tidur kerana berpuasa hari itu. Nenek masih kurang sihat semenjak majlis kenduri Muiz. Semoga nenek sembuh saya doakan. Bagaimanalah agaknya saya ketika tua nanti? Jauh sangat fikir tu Nadiah. Semoga yang baik-baik sahaja.
Saya pulang ke Klang seorang diri. Kak Cik meminjamkan keretanya. Nanti dia akan pulang menaiki bas ke Klang. Cuti on-callnya perlu dihabiskan. Saya hanya cuti untuk keluar dari rutin yang biasa. Masa untuk menginsafi diri dan bersyukur atas kurniaan kesenangan, kesihatan, kereta, duit, kasih sayang, keluarga dan semua perkara-perkara yang terjadi kepada diri saya. Semoga menjadi Muslim yang lebih bertaqwa dan bermanfaat untuk orang lain.
"Hendaklah kita memberi sebanyak-banyaknya. Dan janganlah kita menerima sebanyak-banyaknya." - Laskar Pelangi.
Love..
No comments:
Post a Comment