Thursday, June 2, 2016

Ziarah saudara - Kedah

Ayah saya memang terkenal dengan perangai malas nak ke rumah orang untuk beramah-mesra di hari raya atau melawat kawannya yang sakit. Jika diberi peluang untuk dia tidak perlu pergi, gembiralah di hati. Tetapi,  sedikit paksaan (atau pun banyak) kadang-kadang ayah ikut juga. 

Tetapi, kelebihan ayah di tempat lain pula. Jika kami ke mana-mana atas urusan yang tidak dapat dielakkan, ayah akan menyinggah di rumah saudara-mara atau kawan yang berhampiran dengan kawasan yang kami pergi. Sepertinya semasa menghantar Daus di Kedah, ayah menyinggah tidur di rumah kawan lamanya ketika di Goodyear dahulu. Zaman bujang-bujang dulu. Isteri kawan ayah sangat gembira kami datang sehingga memberi kami adik beradik tudung dan emak kain batik. Saya terlupa nama kawan ayah itu. Dahulu ikut sahaja tanpa mahu mengenal dengan lebih dekat. Begitu juga ketika mengambil saya di Sri Iskandar Perak, ayah sekeluarga menumpang tidur di rumah Cik Jamaliah semalamnya. Jika bercerita bersama Cik Jamaliah, kadang-kadang terkeluar juga cerita mengenai ayah menyinggah di rumahnya yang dulu. 

Instead of (tak jumpa perkataan ni dalam Melayu) kami menyewa hotel, ayah akan cuba mencari keluarga atau kenalan untuk menumpang tidur. Bukan mahu menyusahkan, tetapi lebih kepada merapatkan lagi silaturahim. Begitu juga setiap kali selepas raya, kami akan singgau di rumah Busu di Lui sebelum ke Pahang. Makan free dan sedap. Masak lemak pasti ada. 

Saya kira perangai ayah ini perlu dicontohi. Kenapa post ini terkeluar? Taqi, suami sepupu saya menghantar gambar ayah dan emak yang menghantar abang kesayangan Kak Mina, Kak Fisha, Kak Cik dan adik tanpa pilihan ke Kedah dan menyinggah di rumah keluarga Taqi. Gambar di bawah ini. :)


Ini pula, gambar Kak Long yang hantar pagi semalam. Ayah dan emak yang mahu menghantar anaknya masuk ke asrama. Hehe. Penuh bonet woi. :p





Selamat menjadi orang Kedah la Daus oi. Semoga sangkutlah sorang na. Hehe. 

Love..

No comments: