Aku menceritakan cita-cita tahun depan aku kepada Nafisah dan Naziha. Sebab macam dah lama sangat dekat Gamuda, aku perlukan sesuatu yang baru. Aku perlukan perkembangan diri sendiri. Thanks to Ai Tee. Dialah antara pembuka kepada cita-cita yang lebih besar. Sebab she so trust in me. Trust sangat sampai kuantiti untuk final, present gitu-gitu sikit, dia kata okay. Proceed. Hantar dekat Wai Fong. Aku, what?! Haha. Sebegitu sekali percaya, sampai aku rasa dah tak sanggup dah nak susahkan dia bila aku buat kerja QS ni. Membuat Wai Fong menyebabkan aku menyedari yang QS is so not me. Aku dah cuba sehabis baik untuk Wai Fong, but maybe not enough sebab aku tak minat. Ai Tee is being so helpful. Dia clearkan semua kerja aku dan bagi dekat staf lain. Cheahlah mangsa kali ini. Ai Tee adalah jenis bos idaman. Bos yang buat kerja, yang smart, walk the talk, knowledgeable, rajin, backup staf bawah dia dan banyak lagilah. Ciri yang aku nak cuba jadi, tetapi susah sangat sampai aku terfikir yang QS ni bukan benda aku mungkin . Hehe. Jadi, aku nak resign tahun depan. Aku nak buat benda yang aku suka. Aku nak cari benda yang aku suka sebenarnya.
Jadi, perancangannya untuk aku pergi oversea tahun depan lepas ambil bonus dari Gamuda. Kak Fareen mungkin akan ada kursus lagi dekat UK dalam dua bulan. Kalau sempat selepas aku bagi surat, dia masih ada dekat sana, aku cadang nak pergi huhahuha dekat sana dengan Miera. Miera ni jenis tak payah perancangan sangat, so aku nak redah je jalan-jalan UK dengan dia nanti. Dapat dalam sebulan dekat sana, kami pergilah cari kerja dekat Dubai lepas itu. Kerja dalam setahun dua ke. Balik Malaysia baliklah. Menarik tak? Nampak macam senang saja perancangan. Mestilah tidak semudah itu sahaja. Takpe, fikir macam ni pun dah gembira. Nanti kita fikir khusus-khusus tau. Haha.
Aku pernah cerita dekat Deekay plan aku ni. Dia balas, "Sebab sekarang tengah stress buat Wai Fongkan? Lepas dah okay ni, sure tak rasa nak resign punya". Aku gelak saja.
Aku cerita pula dekat adik-adik aku minggu lepas. Lepas cerita dekat diorang, Naziha bertanya kepada saya,"Suami mana? Suami tu nak masuk dekat mana dalam perancangan tu?" Haha. Adik-adik aku ni, memang risau dekat jodoh kakak kesayangan dia ni. Mana tidak, setiap kali balik kampung, nenek mesti tanya perihal aku dekat diorang. Bertabahlah sayang. InsyaAllah ada jodoh untuk akak ni. Doa banyak-banyak untuk selesaikan Wai Fong sebelum raya dan jodoh bila masa yang sesuai nanti. Doa dalam bulan ramadhan ni banyak-banyak.
Update benda ni supaya aku tak lupa perasaan bercampur-baur ini. Aku pun tak tahu apa akan jadi tahun depan. Ada lagi ke tak. Jadi ke tak. Tapi, benda pelik dalam hidup ni perlu di blogkan. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan kasih sayang Allah. Pengakhiran kita bukan di sini. Semoga pengakhiran yamg baik untuk semua. InsyaAllah.
Lift zelfie on Sunday! What a life. |
Sensorang di ofis. |
Love..
No comments:
Post a Comment