Jika anda mendapat seorang rakan yang tidak memerlukan perancangan yang teliti dan suka berjalan dan anda juga seorang yang tidak kisah, maka dapatlah satu percutian yang cepat seperti percutian kami. Cepat sangat. Haha.
Miera teringin ke Fraser Hills selepas menonton cerita Kau Aku Kita. Cameron Highlands sudah pergi, Bukit Tinggi juga sudah kami pergi. Ok, Fraser Hills belum lagi sampai kami berdua. Alang-alang dah di Pahang, mari kita singgah. Maka, sekembali kami dari Kuala Lipis, wuuu melencong ke Fraser Hills.
Miera teringin ke Fraser Hills selepas menonton cerita Kau Aku Kita. Cameron Highlands sudah pergi, Bukit Tinggi juga sudah kami pergi. Ok, Fraser Hills belum lagi sampai kami berdua. Alang-alang dah di Pahang, mari kita singgah. Maka, sekembali kami dari Kuala Lipis, wuuu melencong ke Fraser Hills.
Miera memandu pergi, boleh tahan juga jalannya. Lagi dahsyat saya rasa kalau kita menaiki dari Bentong. Kalah jalan ke Cameron Highlands dari Tapah. Saya memandu turun yang akan tembus di Kuala Kubu Baru, jalannya sudah besar dan lebih elok berbanding dari Bentong. Terjumpa papan tanda tanah runtuh untuk jalan dari Bentong dan tidak dibenarkan melalui jalan itu di malam hari. Bahaya saya kira. Dari Lipis, perjalanan ke Fraser Hills mengambil masa 2 jam. Dari Fraser Hills ke Petaling Jaya juga mengambil masa 2 jam. Kami sampai di atas lebih kurang jam 4.30 petang. Selepas bergambar sekejap dan bertanya harga semalam di hotel (Park Inn Hotel) yang berharga RM180 semalam, kami menunaikan solat Asar di masjid. Berkira-kira untuk tidur di atas kerana sayangnya, esok saya mahu bersarapan bersama Mak Ina dan Encik Anuar. Boleh dapat tidur tiga malam di Lipis dengan harga itu.
Selepas solat, kami berbincang untuk tidur atau tidak. Miera mengatakan kalau tidur, kita perlu sekurang-kurangnya pulang tengahari, barulah berbaloi. Alamak, macam tidak boleh. Tidak mengapa, mari kita berjalan sambil mengambil gambar dahulu. Kami membawa kereta untuk melihat di sekitar kawasan Fraser Hills dan singgah di kedai cenderamata. Saya bertanya kepada pekedai jika terdapat hotel selain dari Park Inn Hotel. Katanya ada lagi satu hotel lagi. Yang lain semua rumah banglo. Memang terdapat ramai keluarga di sana. Percutian untuk keluarga memang seronoklah. Tetapi, untuk couple seperti saya dan Miera memang kurang berbaloi. Selepas berjalan-jalan, hai, dah habis dah tempat yang kami boleh pergi. Kerana jalannya sehala, ada beberapa tempat yang kami tidak lalu. Tetapi, memang kecillah tempat itu. Sekejap pusing sudah habis.
Tiba-tiba emak saya menelefon saya. Haha. Sudahlah tidak memberitahu saya mahu ke sana. Kantoi di situ. Emak bertanya, adakah saya sudah sampai Gombak? Tergelak saya sambil memberitahu saya di Fraser Hills. Cuma tidak tahu mahu bermalam atau tidak. Jam sudah menunjukkan jam 6.15 petang. Kata emak, turun sahaja jika tiada apa-apa lagi mahu dilawat. Esokkan mahu bersarapan bersama Mak Ina. Memang jika saya memberitahu emak saya jadual kehidupan, memang dia ingatlah. Saya pun meng'okay'kan sahaja. Berbincang dengan Miera, kami mengambil keputusan untuk turun selepas membeli aiskrim dan jagung rebus di atas Fraser Hills. Kurang dari tiga jam kami di atas sana.
..................................................
Saya : Okay, cerita melayu lain pergi mana pula? Kita boleh buat trip pergi sana.
Miera : Haha. Orang pernah terbaca status fb seorang ni. Katanya, orang perempuan yang single ni, kerja dia melancong sahaja.
Saya : Sukahatilah. Macammana nak habiskan masa masing-masing. Hehe.
.....................................................
Semasa perjalanan ini juga, sepupu saya telah selamat bertunang. Barakallah Muiz. Didoakan semoga urusan awak dipermudahkan semuanya. Doa banyak-banyak supaya jodoh saya juga dipermudahkan Allah kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad)
No comments:
Post a Comment