Thursday, January 28, 2016

Majlis Perkahwinan Lily

Perkahwinan yang berbaki kawan-kawan baik saya yang perlu dihadiri adalah Deekay, Miera, dan Lyza. Untuk peringkat universiti dahulu. Yang lain, InsyaALLAH ada rezeki pergi. Tiada paksaan. Juga tiada dalam senarai untuk hadir ke perkahwinan adik kepada Deekay. Tetapi, memandangkan telah menyinggah tiga minggu sebelum majlis Lily (adik Deekay) dan ayahnya beria-ia menjemput datang ke rumah sambil memberikan kad jemputan. Walhal, Deekay pun tidak memberi kad kepada saya dan Miera. Pakcik Isa teringat saya, katanya pernah makan tengahari di rumah kami. Ya, saya memang mengingati detik itu. Ketika kami diploma, Deekay dan saya menjalani latihan Industri bersama-sama di Shah Alam. Maka, emak dan ayahnya datang ke Klang menghantar barang keperluan. Mungkin jika tiada peristiwa, saya juga sudah melupakan kisah itu. Tetapi kerana mempunyai peristiwa yang lucu, teringatlah kejadian itu.

Semasa itu, kami tinggal di tepi sungai dan dalam proses kerajaan mengambil tanah kami, katanya untuk pembesaran sungai. Sedang kami makan dan berborak-borak, ayah saya dengan rancaknya mengutuk kerajaan waktu itu. Memang sedia pembangkang, bertambah lagi kes kami perlu berpindah, ayah bercerita dengan semangatnya. (Tanya ayah, dia dah terlupa masa itu) Saya hanya mendengar sahaja sambil mengucap dalam hati. Ayah Deekay dan seluruh keluarganya adalah orang kuat kerajaan, lagi pula ketua kampung di Kampung Dada Kering. Haha. Sekembali mereka dari rumah kami, saya terus memberitahu ayah. Ayah hanya tergelak. Sudah agak dah. Itu sahaja reaksi ayah saya. Siap ayah saya berkata, biar dia tahu cerita sebenar pembangkang. Haha. Ayah, pakcik itu masih UMNO tegar sehingga sekarang.  

Tidak sangka, ayah Deekay masih mengingati saya. Maka, apabila Miera mengajak saya pergi ke rumah Deekay, saya pun mengiakan. Boleh sahaja. Cadang mahu balik hari, tetapi kami memutuskan untuk tidur sahaja di sana. Pernah pergi menemani Naziha membuat fisio di sana dan tidur di hotel berharga RM100, maka kami membuat keputusan untuk tidak memenatkan diri membalik hari. Yang menariknya, kami dapat hotel yang lagi murah iaitu RM58 semalam juga di sana. Alhamdulillah.

Peneman berborak

Baru selesai majlis akad nikah


Rahsia

Tara! 

Pengantin membunuh lipan. Rare kan? 

Ni hotelnya Kak Cik.

Sarapan di Bandar Lipis

Tahniah Kok Lily

Tahniah juga Kak Nurul

Saya meminta gambar ibu dan ayah Deekay kerana kami langsung tidak bergambar bersama mereka. Masing-masing kesibukan melayan tetamu. Tetapi, Deekay juga tidak mempunyai gambar bersama ibu dan ayahnya. Lagi kahsian.

Untuk Lily dan pasangan, Barakallah. Semoga Allah merahmati perkahwinan dan dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmat sehingga hujung syurga. 

Love..

No comments: