Saturday, August 29, 2015

Menuju Malaysia yang Lebih BERSIH

Saya terkesan dengan puisi yang dinyanyikan oleh The BangsArt semasa menghadiri majlis peluncuran buku Nurul Hana 'My Dear Papa' atau 'Sayang Papa' semalam. Terkesan sehingga mahu menjadikan sebahagian dari kasih sayang saya di sini.

BURHANUDDIN AL-HELMY 
oleh Black

Ku ciptakan lagu untukmu 
Ku nyanyikan syair buatmu 
Tentang perjuangan 
Tentang pengorbanan

Kau yang bertubuh kecil 
Tetapi berjiwa besar 
Tegas pendirian 
Dan berhati mulia

Dari utara hingga selatan 
Lantang suaramu 
Menentang penjajahan 
Melawan penindasan

Demi untuk negara 
Demi untuk merdeka 
Kau sering terpenjara 
Kebebasanmu dirampas 
Tapi, jiwamu tetap merdeka

Di atas robohan kota Melaka 
Kita dirikan jiwa merdeka 
Kata-kata azimat darimu 
Tak pernah kami lupa

Walaupun kini jasadmu telah tiada 
Namun semangatmu membakar jiwa 
Rakyat Malaysia yang tak pernah melupakan 
Pengorbananmu

Rakyat Malaysia yang cintakan
Perjuanganmu






Buat semua yang akan turun menyertai Bersih 4.0 esok dan lusa, saya mendoakan semuanya dipermudahkan urusan. Marilah menyatakan sikap kita yang mahu menolak pemimpin yang korup untuk kesejahteraan Malaysia. Perjuangan itu memang payah. Semoga usaha kecil kita esok menjadi antara penyebab perubahan di Malaysia. Masih ada harapan InsyaAllah. Kerana kita semua adalah pejuang. Semoga Allah melindungi Malaysia dan semua isinya. Amin.  

Love..

No comments: