Pernah tak rasa kosong sahaja sebab dah biasa buat benda yang sama sahaja. Hidup untuk makan, tidur, bangun tidur, pergi kerja, balik tidur, mandi, tidur balik dan ulang benda yang sama setiap minggu? Rasa, apa benda yang kau nak buat dengan diri ni?
Cara nak hilangkan rasa tu adalah dengan keluar dengan orang yang jarang jumpa dan dia akan jadi lagi best kalau dia adalah kawan baik kamu. Set tarikh, keluar makan or jalan-jalan dekat shopping complex adalah idea yang menarik. Menonton wayang pula adalah jika kamu mempunyai masa yang lebih. Jika tidak, cukuplah sekadar keluar makan dan borakkkkkk. Malam Jumaat yang lepas, berjaya mengurangkan kebosanan hidup apabila keluar dengan sepupu kesayangan merangkap partner in crime saya. Sebab dah jarang jumpa, perjumpaan macam ini adalah sesuatu yang menarik.
Sepupu saya ini sangat banyak mempengaruhi hidup saya dari sekolah sehingga sekarang. Sebab dialah saya tolak seorang budak yang mahu mengajak saya menjadi girlfriend dia masa Tingkatan 1. Haha. (Aku tahu kau akan baca, sila tidak menjerit. :p) Tiada jodoh namanya tu. Dia jugalah yang ajar saya dengar lagu Backstreet Boyslah, 911, Spice Girls dan beberapa boyband zaman dulu-dululah. Album Max menjadi hawa telinga saya ketika kakak saya menyukai Spoon, Spin dan Spun tu. Kira saya terselamatlah. Dia jugalah yang mengajar saya membaca novel-novel omputih yang kalau faham semua makna, ada part-part yang menjeritlah mak saya kalau tahu saya baca buku macam tu. Mujur tak faham sangat masa tu. Hehe. Habiskan buku inilah, buku itulah. Maka, kenallah saya dengan Julia Quinn, Judith McNaught dan Susan Elizabeth Phillips. Sampai saya pernah ada skill baca novel omputih habis dalam seminggu ke dua minggu sahaja masa di Sri Iskandar dulu. Sekarang, hehe. Gelak dulu.
Dia jugalah yang membebel kalau saya tengok cerita melayu dekat TV. Walaupun, kadang-kadang terlepas tengok satu dua drama bersiri, tapi masih terselamat sebab tak tengok semua drama. Kalau tak, semua dalam hidup ni penuh dengan drama. Tak berpijak di bumi yang nyata. Oh, dia pun tak galakkan saya membaca novel melayu dari dulu lagi. Justifikasi dia memang tepat, watak lelaki kaya gila, perempuan cantik gila dan kesian, orang kampung susah. Tapi, pandai masak, pandai buat semua benda. Dan kena kahwin paksa. Nampak tak drama-drama adaptasi novel sekarang? Alin dah nasihat saya dari saya belajar sekolah menengah lagi. Sampai sekarang, jalan cerita dia masih sama.
Dia pun tak bagi saya tengok Melodi, katanya jatuh IQ 2 mata. Dulu selalu juga, kalau pergi rumah dia, tukar TV3, dia membebel-bebel. Nasib baik saya jenis yang mendengar kata. Jadi sekarang saya memang jarang tengok melodi tu dan kalau buka sekejap, 2 minit lepas tu terus tukar channel. Memang kena selamatkan IQ sendiri dan IQ keluarga. Tak boleh terimalah nak cari kesalahan artis sahaja. Walhal slogan kurangkan kontrovesi, tetapi mereka jugalah yang mencari kontrovesi itu.
Alin ini seorang yang sangat banyak baca buku. Pernah sekali, saya duduk mengelamun seorang, tiba-tiba terfikir yang Alin ni sangat banyak ilmu dia berbanding saya sebab dia banyak membaca. Walhal umur dia dan saya beza setahun sahaja. Rasa down sekejap. Macam tak terjangkau sahaja ilmu yang dia ada. Tetapi tidak mengapa, itu apa yang dia dapat sebab dia membaca. Siapa suruh diri sendiri tak rajin? Haha. Nampak tak senang sangat nak gembirakan hati sendiri. Oleh sebab dengan dia, dia rajinlah ajak pergi dengar talk dari orang yang memang sebelum ni tak pernah kenal, terus kenal. Biasa yang dia dengar lecture mat salleh. Akibatnya, saya boleh mendengar lecture dari ramai speaker luar negara seperti Tariq Ramadan, Sheik Yasir Qadhi atau Brother Nourman Khan. Memang sangat membantu pembentukan diri. Alhamdulillah.
Jangan ingat perhubungan kami setenang sahaja. Bergaduh zaman dulu adalah sunat. Seperti dapat pahala bila bergaduh. Kalau dah kenduri di rumah nenek, seorang di Utara, seorang di Selatan, memang namanya bergaduhlah. Haha. Dia mana boleh orang tak punctual ni. Memang habislah kau, Dan kau pula, tak reti-reti orang tak suka tak punctual ni? Haha. Apa lagi, gaduhlah. Tapi, the loves getting stronger lepas tu. Chewah. Tu zaman dulu je kot. Sekarang sudah tidak lagi. Masing-masing dah boleh terima kekurangan dan kelebihan masing-masing. seorang
Macammana nak tahu sesuatu/seseorang itu baik untuk kamu? Jika kamu berubah menjadi insan yang lebih baik. Maka, kamu patut bersama orang/benda itu. Aplikasi kepada pasangan/tempat kerja/hobi dan lain-lain. Bersama Alin, saya menjadi seseorang yang lebih baik. Ia adalah struggle, tapi bersama orang-orang yang mempunyai matlamat dan nilai yang sama, InsyaAllah ia tidak akan tersasar. Maka, haruslah perhubungan ini dikekalkan malah dirapatkan lagi.
Macammana nak tahu sesuatu/seseorang itu baik untuk kamu? Jika kamu berubah menjadi insan yang lebih baik. Maka, kamu patut bersama orang/benda itu. Aplikasi kepada pasangan/tempat kerja/hobi dan lain-lain. Bersama Alin, saya menjadi seseorang yang lebih baik. Ia adalah struggle, tapi bersama orang-orang yang mempunyai matlamat dan nilai yang sama, InsyaAllah ia tidak akan tersasar. Maka, haruslah perhubungan ini dikekalkan malah dirapatkan lagi.
Wah, dah macam buat dedikasi untuk hari lahir pula. Nah, hadiah hari jadi in advance. Hehe. Setakat itulah, banyak lagi benda boleh cerita pasal makcik sorang ni. Tapi, kalau tunggu lagi, memang tak postlah cerita ini. Ada orang Sarawak suka nak baca blog ni. (Walhal dia nak baca pasal keluarga dia, bukan pasal personal saya. Hehe.)
Masa jumpa Alin Jumaat lepas, saya mengadu dengan dia sebab dah bosan menjalani hidup sekadar hidup. Kerja, tidur, kerja, cukup bulan dapat gaji, bayar duit rumah, duit kereta. Macam apa yang dia selalu pesan dekat pelajar dia supaya tidak begitu. Respond pertama dia adalah, "Kau baca buku tak?". Terus hujung minggu itu, semangat habiskan buku yang tengah baca sekarang. Wisdom ni boleh datang dari pembacaan juga. Dan haruslah minggu ini rasa berbeza sedikit berbanding minggu-minggu sebelumnya. Nampak tak seseorang boleh mengubah perjalanan minggu kamu?
Jadi, jika rasa dah selalu buat benda yang biasa, angkat telefon dan telefonlah orang yang lain. Berboraklah dengan dia. Atau kalau ada kelapangan, jumpa sahaja orang itu. Rasakan perbezaan kamu melalui kehidupan selepas itu bagaimana. Selain itu, Iqra. Bacalah dengan nama Tuhanmu. Selamat mencuba. :)
Alin, moga sentiasa dirahmati Allah di sini, lagi-lagi di 'sana'.
Saya berjaya menghabiskan buku ini hujung minggu yang lepas. :)
Love.
No comments:
Post a Comment