Di ruang tamu. Baru balik pergi membeli-belah. Ada beli selipar baru dan mahu mencuba pakai. Tetapi, diikat tali kedua-dua kasut itu. Maka,
Aku : Abang Afiq, tolong Alang potong tali ni guna pisau kat dapur.
Afiq : *malas layan*
Aku : Abang tolonglah. (Selepas memujuk beberapa kali)
Afiq : Ok.
Aku : Baik-baik.
Tiga minit kemudian, dia datang balik dengan kasut yang sudah boleh dicuba pakai.
Aku : Terima kasih.
Afiq : Hmm.
(Dalam kepala dah bayang, ni mesti dia letak sahaja tali dekat tepi tempat pisau tu.)
Aku : Abang, buang tak tali yang awak potong tadi dalam tong sampah?
Afiq : *senyum*
Aku : Astaghfirullah. Pergi ambil dan buang dalam tong sampah.
Afiq : *mengikut arahan*
Peristiwa 2
Di majlis kenduri aqiqah anak kawan Kak Mi saya. Semasa mahu pulang selepas semua sudah makan, Kak Mi saya masuk ke dalam rumah untuk berjumpa kawannya. Saya bersama anak buah saya menunggu di khemah kerana hujan lebat ketika itu. Akmal sedang meratah ayam goreng. Tiba-tiba dia meludah isi ayam yang telah dihisap ke lantai.
Aku : Abang, mana boleh buang sampah merata-rata. Nanti penat orang nak kutip.
Akmal : Tak boleh ke Alang?
Aku : Tak boleh. Buang sampah kat tong sampah. Abang Akmal tak menyusahkan orang, dapat pahala tau.
Akmal : Habis macammana nak ambil?
Aku : Ambil tisu ni dan ambil isi ayam tu. Buang dekat pinggan ni.
Akmal : *Buat seperti yang disuruh*
Peristiwa 3
Balik kenduri, masing-masing nak solat Asar. Afiq dan Akmal menggunakan kedua-dua sejadah yang ada di dalam bilik emak. Saya pun solat sahaja di atas karpet dalam bilik emak tanpa sejadah. Tengah-tengah solat, Akmal datang mahu meletak sejadah kerana dia sudah selesai bersolat. Dia melihat saya solat tanpa sejadah dan terus membentang sejadah untuk saya. Allah, comelnya. Nak nangis saya dalam solat. Teringat pula lecture Ustaz Nourman Ali Khan, anak-anak ini perhiasan dunia ni. Hehe. Nampak tak fikir macam-macam masa solat? Astaghfirullah. Lepas solat, saya pergi ke dia yang sedang bermain bola bersama Afiq. Dia kelihatan segan dengan apa yang telah dia lakukan. Hehe. Kemudian, saya peluk dan cium dia dan kata terima kasih dan kemudian meninggalkannya menyambung permainan. Tahu, segan ya.
Peristiwa 4
Kelemahan anak buah saya adalah suka menonton televisyen secara dekat. Biasanya saya akan kata, "Masuk dalam tv tu Akmal atau Afiq atau Asyraf". Kalau saya tengah berdiri, saya akan angkat mereka dan mahu masukkan kepala mereka ke dalam tv. Akmal kalau masa nak melawan tu, memang akan menjawab, "Tak masuk pun". Afiq pula, dia akan bergerak ke belakang tetapi kepala pula dia ke depankan. Sama juga. Ahad lepas, mereka menonton kartun dengan jarak yang memang kau akan geram sahaja kalau tengok. Hari-hari cakap jangan tengok dekat-dekat pun masih buat juga. Saya tengah duduk membaca surat khabar, mulut pun laju je cakap, "Masuk dalam tv tu sayang. Masuk". Mesej tu untuk abang-abang yang besar yang dah boleh fikir tu. Sekali, Asyraf pula yang mengensot ke belakang sedikit. Dia pandang saya dan cakap, "Kang (belakang)* - Dengan comelnya. *Saya cair kat situ juga*
Teringat satu status Ustaz Hasrizal menceritakan bagaimana anaknya meletakkan pinggan selepas dibasuh secara salah (tidak terlangkup, terbuka sahaja). Faham sudah sekarang. Memang semua benda nak kena beritahu. Macam mereka tidak berfikir. Haha, Budak besar sekarang pun dah jarang berfikir tau, apatah lagi kanak-kanak. Maka, selagi daya, membebellah nak beritahu benda baik dan buruk sesuatu perkara itu kepada mereka.
Anak-anak ini ibarat kain putih, kitalah yang akan mencorakkannya. Ibu-bapa termasuk nenek atok dan makcik pakcik sekali yang menolong lukis di atas kain awak itu. Hehe. Doa yang baik-baik sahaja untuk awak semua. Semoga menjadi anak yang soleh, penyambung pahala ibu ayah bila besar nanti sayang. Alang sayang kamu banyak-banyak.
Love..
No comments:
Post a Comment