Alhamdulillah, pada penamaan calon yang lepas berkesempatan mengikuti prosesnya di Perlis. Farhan, Jie, Mak Ina dan saya bertolak ke Perlis pada malam Jumaat dan sampai di rumah En. Anuar lebih kurang 2 pagi. En. Anuar yang menyambut kami. Orang nak penamaan calon esok, hati mesti dup dap dup dap tak boleh tidur. Hehe. Saya pula, sepanjang perjalan tidur dan boleh sambung lagi di rumah emak En. Anuar. Hebat Nadiah.
En. Anuar seorang yang sangat rapat dengan keluarga kami. Saya mengenalinya melalui Mak Ina kerana Mak Ina pernah bekerja bersama beliau. Beliau memang aktif dalam pertubuhan politik dan juga kesukarelaan. Saya belajar mengikuti aktiviti kesukarelaan daripada beliau dan sudah tentu Mak Ina sekali. Walaupun sukar sedikit untuk menggerakkan KAMY, tetapi saya masih menyukai aktiviti sukarelawan. Saya belajar berkasih sayang juga dari beliau. Sangat banyak kasih sayang yang kita boleh kongsikan kepada orang ramai tanpa mengurangkan sedikit pun kasih sayang kita. Beliau adalah seorang yang sangat banyak kasih sayang. Saya bawa perasaan itu di dalam keluarga saya. Kesannya, saya adalah kakak kesayangan adik-adik saya. Haha. Agak perasan di situ.
Kata En. Anuar, ini adalah pilihanrayanya yang terakhir. Mungkin lepas lima tahun nanti beliau sudah tidak larat lagi. Sepanjang bertanding, En. Anuar tidak pernah menang, tetapi semangat berjuang tidak pernah luntur dari diri beliau. Saya berdoa semoga Allah memberikan kemenangan kepada En. Anuar dan perjuangan Islam dan rakyat. Ke arah Malaysia yang lebih baik selepas PRU-13 ini. InsyaALLAH. Ini kalilah.
|
Dah mula dah. |
|
Biarkan Bulan Berbicara. |
|
Semua ahli keluarga calon. Kecuali Nazifah. |
|
Candid. |
Penyokong En. Anuar didatangkan khas dari Kuala Lumpur seperti Cik Leha dan keluarga. Kecuali Diba dan Azizi, semua anak Cik Leha naik ke Perlis. Wakil KAMY seperti Amirah, Arifah, Anisah, Ammar dan Amir. Cik Jamaliah juga datang pada hari Sabtu bersama anak buahnya menyatakan sokongan.
|
Senyum. Walaupun panas terik. :D |
|
Petang Sabtunya, ke sini kami. Hehe. |
|
Menarik tak laksa dia? Ada minta extra lagi satu tau. |
|
Hehe. Suka nak dapat makan laksa. Hantu laksa juga Jie ni. |
|
Antara kaedah berkempen. Comel. |
|
Calon N. 05 - Anuar Tahir |
Mak Ina dan saya pulang ke Kuala Lumpur menaiki bas pada malam Sabtu kerana Mak Ina akan menduduki peperiksaan akhir tahun pada hari ahad. Saya doakan semoga Mak Ina juga berjaya. Selepas mengembirakan orang lain, InsyaALLAH ALLAH permudahkan hidup kita juga.
Love..
No comments:
Post a Comment