Seorang lagi budak rumah saya telah selamat menjadi isteri orang. Mood : Happy. Dapat berjalan-jalan dengan gembiranya. Berada di rumah Achik di Kelantan pada hari Jumaat memang nikmat. Tak kira di mana sahaja dan tidak di pejabat. Hihi. Kami berempat, Mak Ina, Shima dan kawan baiknya Rabiatul Adawiyah, tapi panggil B sahaja dan saya sempat ke gulai budak rumah saya di Terengganu. Kami menaiki bas dari Putra ke Kelantan pada malam khamis. Sampai di Kelantan, kami dijemput Achik dan terus ke Masjid Tok Guru di Pulau Melaka. Dapat bersolat berimamkan Tok Guru Nik Aziz memang sayu. Suara Tok Guru seperti kurang sihat disamping tidak menyampaikan tazkirah pagi yang biasa dilakukan. Saya berdoa ALLAH memberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuknya dan berjaya melihat Islam berjaya ditegakkan di tanah kesayangan saya Malaysia.
Merayau-rayau di belakang masjid dan terjumpa ini bersebelahan masjid.
Orang menunggu untuk mentahnik anak mereka.
Kami menghabiskan pagi Jumaat di rumah sahaja sambil melanggan Bunohan di Astro First sahaja. Selain itu memasak sahaja untuk makan tengahari. Malam baru kami keluar untuk mencari makanan. Oleh kerana tidak keluar berjalan-jalan maka, tiada ole-ole untuk semua orang. Hehe.
Pada Sabtunya kami bergerak dari Kelantan seawal jam 8.30 pagi. Melalui jalan pantai memang mendamaikan. Perjalan mengambil masa 3 jam. Sesampai di rumah Sue, majlis pernikahan telah selesai dan sempoi juga perkahwinannya. Sue sedang diinai oleh adiknya. Sementara menunggu majlis kenduri. Semakin saya berjalan-jalan melihat majlis orang lain, saya rasakan semakin sempoi-sempoi sahaja sahabat saya ini berkahwin. Tidak tertekan langsung. Secara luaran, dalaman kurang pasti. Semoga begitu juga.
Pelamin yang cantik. Simple tapi cantik.
Begini rupanya memakai inai bercorak-corak itu. Seperti pelekat yang berlubang-lubang mengikut corak yang dikehendaki. Boleh dibasuh dan diguna semula.
Wakil budak rumah No. 86. Seorang-seorang keluar. Tahniah korang. Lepas ni kita pula. *wink*
Tolong touch-up inai bagi sama warna. Shima ni terkenal dengan ketelitiannya, maka dia terpilih untuk tugas ini.
Kawan baik Shima. Rabiatul Adawiyah. Cantiknya nama.
Jam 2 baru berarak. Lepas Saiful datang, terus kami pulang.
Doa untuk Sue dan Saiful,
" Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini.
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini." Amin.
Perjalanan pergi dan pulang kami memang dihiasi dengan kibaran bendera-bendera parti seperti sudah mahu pilihanraya. Eh, memang pun sudah nak dekat cuma belum tahu tarikh sahaja. Perang bendera di Terengganu memang sudah bermula. Cepatlah pilihanraya, tak sabar nak memangkah ni.
Maaf, bulan lagi tinggi ya.
Kami singgah di pantai sebentar untuk merasa sotong goreng tepung dan udang goreng tepung yang digembar-gemburkan sedap di pantai timur itu. Malangnya mungkin kami tersilap jalan, sukar untuk kami menemui deretan kedai makan yang menjual makanan itu. Cuma terjumpa sebuah restorang lantas menyebabkan kami menyinggah. Oleh kerana satu-satunya kedai yang buka, pekedai itu seperti acuh tidak acuh melayan kami. Mungkin kerana semua orang bertumpu ke kedainya. Sudahlah mahal. Haha.
Muka sabar dan eksaited nak makan gorengan ni.
Udang dan sotong goreng tepung. Shima kata sedap. Saya makan saja.
Eh, samalah baju dengan langit. Terima kasih Achik bagi pinjam baju yang cantik ini. Hehe.
Kami pulang ke Selangor menaiki kapal terbang kerana ada harga promo dari Air Asia. Tetapi jam 8 pagi ya penerbangannya. Tidak mengapa kerana memang sesuai untuk Achik menghantar kami dan terus ke tempat kerja kerana Ahad merupakan hari bekerja di Kelantan. Achik, terima kasih banyak-banyak. Maaf kalau tertinggalkan barang-barang di rumah Achik. Tetapi, saya memang gembira bercuti di sana. <3>
Tengah tunggu pilot panggil masuk dalam kapal.
Selamat tinggal bumi Kelantan. InsyaALLAH, pasti datang lagi.
Kami sampai di LCCT terus mencari makanan. Kelaparan melanda, mujur masa penerbangan sejam sahaja. Dari LCCT kami menaiki bas ke KL Sentral dan kemudian menaiki LRT ke Asia Jaya. Setelah itu menaiki teksi ke rumah kami. Wah, semua kenaikan kami naik untuk sehari itu. Mujur tiada beca di sini.
Gambar saya ambil di KL Sentral. My bias. Hehe.
Petang itu selepas sempat mencuci baju, adik lelaki saya menelefon dan memberitahu nenek Sa'abah datang ke rumah kami sempena cuti sekolah bersama Achik Oya dan anak-anaknya. Saya pulang ke Klang malam itu juga. Maaflah, tiada ole-ole yang dapat diberi kepada nenek saya kerana saya memang tidak berjalan-jalan di Kelantan dan Terengganu membeli ole-ole. Cukuplah saya sebagai hadiah yang best untuk nenek. Ok. Sila muntah kawan-kawan. Haha.
Love.
3>
No comments:
Post a Comment