Semenjak saya menjadi QS, benda yang paling jarang saya lakukan adalah lawatan ke tapak projek. Sunggulah tidak QS. Tetapi selalu balik lewat malam. Ok, macam QS sudah. Adakah definisi QS ditafsirkan begitu? Entah, saya juga tidak tahu. Haha. Walaupun tapak projek kami yang paling dekat dibandingkan dengan Bukit Mertajam atau Padang Besar yang lebih jauh. Aishh. Hehe. Jadi, jika mempunyai kesempatan ke tapak, walaupun rasa nak demam atau sudah demam, saya gagahkan juga ke sana. Sebab jarangkan? Benda bukan selalu dapat ini kena hargai betul-betul.
Baru-baru ini kami berpeluang ke Sungai Siput membawa budak praktikal supaya memudahkan mereka membuat laporan selepas latihan industri ini. Wah, ini sudah berita gembira. Tidak berada di pejabat dan ke site memang mengujakan. Faezah membuat temujanji dengan engineer di sana. Selama ini bercakap melalui telefon sahaja, akhirnya kami akan bertemu empat eh, berbelas-belas mata. Dia akan membawa kami ke sepanjang kawasan dari Tanjung Rambutan ke Kuala Kangsar.
Kami bergerak dari pejabat jam 6.45 pagi Khamis dan berjanji untuk berjumpa Khong (engineer) di Shell selepas exit Ipoh. Biasanya jika turun ke Sungai Siput, destinasi kami pasti ke site office sahaja. Alhamdulillah, pengalaman pertama kali membawa trainee dan bertindak sebagai ketua dipermudahkan ALLAH. Kami berjaya membawa mereka bersarapan di Tapah dan sempat sampai 10 minit sebelum masa yang dijanjikan. Selama ini duduk di dalam kereta sahaja tanpa merancang perjalanan. Senior yang berjanji bagai dengan orang site. Pengalaman namanya. Saya suka.
Perjalanan kami dimulai dengan melawat kawasan Faezah dahulu. Khong sangat membantu. Sebelum memulakan perjalanan terlebih dahulu dia menceritakan latar belakang projek ini kepada trainee kami. Secara kasarnya, terdapat empat structure yang besar terlibat di dalam projek ini. Rail Bridge(RB), Road Over Bridge(ROB), Road Under Bridge(RUB) dan Pedestrian Motorcycle Bridge (PMB).
Tapak pertama kami adalah ROB di mana track berada di bawah jambatan. Gambar di bawah merupakan dari atas ROB Tanjung Rambutan. Sudah hampir siap. Kata Khong, hujung November ini sepatutnya semua sudah dihandover. Kerja saya bertambah banyak. Argh, harus merancang sekarang bagaimana mahu mengatasinya sekarang. Selama ini seperti tidak berguna pulang lewat tetapi masih tidak dapat deliver hasil kepada En. Nadzri. Rancang Nadiah. Semoga ALLAH beri kekuatan dan ilham untuk mengatasi dan menyempurnakan tugasan ini.
Perjalanan kami dimulai dengan melawat kawasan Faezah dahulu. Khong sangat membantu. Sebelum memulakan perjalanan terlebih dahulu dia menceritakan latar belakang projek ini kepada trainee kami. Secara kasarnya, terdapat empat structure yang besar terlibat di dalam projek ini. Rail Bridge(RB), Road Over Bridge(ROB), Road Under Bridge(RUB) dan Pedestrian Motorcycle Bridge (PMB).
Tapak pertama kami adalah ROB di mana track berada di bawah jambatan. Gambar di bawah merupakan dari atas ROB Tanjung Rambutan. Sudah hampir siap. Kata Khong, hujung November ini sepatutnya semua sudah dihandover. Kerja saya bertambah banyak. Argh, harus merancang sekarang bagaimana mahu mengatasinya sekarang. Selama ini seperti tidak berguna pulang lewat tetapi masih tidak dapat deliver hasil kepada En. Nadzri. Rancang Nadiah. Semoga ALLAH beri kekuatan dan ilham untuk mengatasi dan menyempurnakan tugasan ini.
Sampai di site sudah siap di peringkat ini. Haha. Tidak langsung nampak secara progressively.
Parapet high containment digunakan di atas track untuk mengelakkan kenderaan kemalangan dan terhumban ke track, sementara low containment digunakan di tempat biasa di atas jambatan.
Pertanyaan demi pertanyaan daripada kami dijawab oleh Khong dengan sabar.
Khong sedang menerangkan mengenai retaining wall
Column diikat dengan tie beam untuk mengelakkan kereta yang terbabas melanggar terus dinding retaining wall dan merosakkan structure selain lebih mudah dibaiki selepas kemalangan.
Khong yang sangat membantu. Tengok tangan Nadiah tu, gatal je nak main muka. Ish. Ish.
River protection- menahan hakisan tanah oleh sungai yang mengalir - di bawah rail bridge (RB)
RB - track di atas jambatan dan di bawahnya sungai.
Oleh kerana terlalu panjang, pier diperlukan untuk menampung beban di tengah-tengah jambatan.
Trainee Faezah dari TAR College - mereka meneka umur saya 37 tahun dan Faezah 35 tahun. Haha. Katanya muka kami seperti orang yang sudah berpengalaman 10 tahun.
SL1M trainee. Skim Latihan 1 Malaysia. Zamir dah Ilani
Kami berhenti rehat makan tengahaari dibelanja oleh Khong di KFC. Boleh claim company katanya. Terima kasih Khong. Setakat ini dahulu coretan perjalanan kami. Nanti saya minta gambar lain dari trainee. Telefon saya telah tersalah letak sepanjang lawatan kami menyebabkan saya tidak dapat menangkap gambar menggunakan telefon. Sudah mahu pulang baru terjumpa kembali. Telefon bersepah-sepah. Hehe.
Satu malam ketika saya sedang stayback, Kenny datang ke pejabat semula untuk menjemput adik iparnya. Kami berborak agak lama. Kami berbincang mengenai masa depan. Masa depan gitew. Hihi. Pengalaman dan umur yang semakin meningkat. Mendengar kisah Kenny menyebabkan saya terfikir masa depan saya juga. Sampai bila mahu diteruskan kerja begini dan pulang selalu lewat? Setakat ini tiada komitmen masih boleh bertahan. Masa saya untuk orang-orang yang tersayang hanyalah pada hujung minggu. Hari Isnin sehingga Jumaat dan kadang-kadang Sabtu dihabiskan di pejabat. Alhamdulillah, saya berjumpa dengan kawan-kawan sepejabat yang sangat baik. Jika tidak, mahu saya bertambah stress. Tetapi, dari segi pembelajarannya dan cara kerja, saya rasakan sangat tidak sihat untuk tubuh badan. Masih ada potensi dalam diri saya yang belum saya terokai kerana sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada. Ada kala terfikir untuk tidak meneruskan semua ini, tetapi masih tidak nampak caranya.
Ya ALLAH, semoga semua urusan aku di dunia ini dapatlah digunakan sebagai pahala di akhirat kelak. Mudahkan urusan dan tabahkan hati-hati kami Ya ALLAH menghadapi semua ujian dan kasih-sayangMu.
Love.
No comments:
Post a Comment