Tuesday, April 16, 2013

Selamat Mengundi

Jom kita mengundi, mari kita mengundi. Lagu Tomok yang sekarang hangat berkumandang di kaca TV. Mula-mula saya dengar, buruknya lagu ni. Tapi dah selalu dengar, jadi siulan juga kadang-kadang tu. Hihi. Begitulah agaknya berita-berita bohong di TV arus perdana yang jika kita mendengar setiap hari, nak tak nak kita akan percaya juga. Ayah saya kuat iman sungguh. Setiap hari menonton berita TV3suku dengan tegarnya tanpa terpengaruh. Kami sekeluarga dah meluat-luat nak tukar channel lain. Dia maintain je.

Selepas pembubaran parlimen yang lepas, tajuk hangat sekarang adalah pilihanraya. Bak kata Ustaz Hasrizal, dalam pada musim pilihanraya ni, jangan pula memanggilnya berceramah tentang cinta dan perkahwinan. Hehe. Baik Ustaz!

Kali pertama saya mengundi adalah pada pilihanraya yang lepas 1998. Saya telah memenangkan kerajaan Selangor yang sekarang kali itu dan masih mahu mengekalkannya untuk lima tahun akan datang. Selepas lima tahun, dengan tidak mengambil kira di bahagian mana saya berpihak, saya memberikan markah 4/5 kepada Kerajaan Selangor.

Untuk saya yang kecil ini, saya bersyukur mendapat :-
1- 20m3 pertama air secara percuma
2- Kesemua anak buah saya mengambil skim Tawas yang berupa simpanan berbentuk bond yang hanya boleh dikeluarkan ketika mereka berumur 18 tahun.
3- Untuk saya pastinya meraikan Tahuu Baru 2012 dan 2013 dengan tazkirah dan hiburan pada masa yang sama dalam batasan-batasan Islam merupakan pengalaman yang paling menarik dan masih mahu mengekalkannya.
4- Jiran-jiran semasa di setinggan dahulu merasa skim warga emas di mana mereka diberikan duit dan berbelanja barang keperluan di pasaraya yang terpilih.
5- Perpustakaan Raja Uda yang sangat selesa - port lepak yang menarik dan tak perlu keluar duit. Ada kiosk tutti frutti tau.

Setakat itu untuk saya. Mungkin banyak lagi, tetapi untuk yang sedikit itu juga saya sudah sangat gembira. Kalau lagi banyak mestilah lagi gembira berbunga-bunga. Tidak sabar mahu mendengar harga minyak dikurangkan harga pada 6hb May nanti. InsyaALLAH.

Saya teringat tazkirah Mufti Menk ketika di Masjid TTDI bertajuk ' 7 Golongan Yang Mendapat Naungan Di Akhirat'. Golongan pertama disenaraikan merupakan pemimpin yang adil. Pemimpin yang adil akan dinaungkan oleh ALLAH kelak. Menunjukkan keadilan memang sangat dituntut dalam Islam dan lebih utama untuk golongan pemimpin. Juga tazkirah Ustaz Pahrol mengenai cara membantu orang membuat dosa adalah mengampuninya dan juga dengan menghalangnya dari terus melakukan dosa. Bagi saya, kerajaan sekarang sedang melakukan dosa kepada rakyatnya dengan tidak berlaku adil, maka antara langkah di pihak saya adalah tidak memangkahnya pada pilihanraya kali ini untuk mengurangkan lagi dosanya jika lagi lama dia berkuasa. Hehe. Mari kawan-kawan bantu saya. Saya berdoa, pada pilihanraya kali ini, kami akan memenangi di peringkat pusat pula. Segala doa dan pengharapan hanya pada DIA yang satu.

Selamat Mengundi semua warga Malaysia. Sayangi Malaysia, yakini ALLAH.

Love..

3 comments:

Haizir said...

Pak Busu pun mula mengundi tahun 2004. Tapi Nadiah dah mengundi dari tahun 1998. (Tapi 1998 mana ada PRU.)Rupa-rupanya Nadiah lebih tua daripada Pak Busu. :)

Fadzlin said...

Hehehe baru nak komen perkara yang sama Pak Busu..

nadiah said...

Berjaya akhirnya membuat orang komen di blog ini. Boleh buat lain kali ni. Haha.