Thursday, June 6, 2013

Raya lima tahun sekali

Sudah lama disimpan di dalam draft. Saya postkan juga akhirnya. di pejabat. Hehe. Selamat berpuasa bagi yang berpuasa hari ini. :D

............................................................................................................................................

Setiap lima tahun, Malaysia akan menyambut satu lagi raya yang boleh jadi menarik juga jika kita mengambil peduli mengenai perkembangan politik di Malaysia. Boleh jadi satu tekanan juga. Hehe. Pilihanraya ke-12 kali ini merupakan pengalaman yang amat menarik untuk saya. Di pejabat, rakan sepejabat saya sudah boleh menebak apa yang akan saya undi kelak. Undi saya tidak rahsia lagi. Hehe. 

Kali ini, Alin dan saya telah memanjangkan langkah kami untuk melihat suasana kempen sehari sebelum pilihanraya. Antara kempen yang terbaru kali ini adalah flashmob. Mencari flashmob sehingga ke Putajaya. Masa itu, confident Putrajaya bakal menjadi milik kami Pakatan Rakyat. Hehe. Menggunakan teknologi twitter, kami mendapat tahu lokasinya adalah di Alamanda. Bergegas kami ke sana. Hon tanda sokongan kepada mereka. Menarik. Sebelum ini tiada kempen begini.   

Teruja budak ini selepas kami membunyikan hon.

Selepas di Alamanda, kami bercadang mencari di tempat lain. Cari punya cari di laman sosial twitter, ada di Kedah. Wah, seantero Malaysia. Mantap. Kemudian ada maklumat mereka membuat di Ampang Park. Bergegas kami ke sana menggunakan waze-pencari jalan kami. Sampai di Ampang Park selepas memberikan sokongan, terasa mahu menyertai flashmob tersebut. Terus parkir di Ampang Mall dan tara..

Siapa punya prop yang kami pinjam untuk bergambar. :D

Semangat betul budak-budak ni. Muda lagi rasanya.

My partner.

Props tambahan. Entah siapalah. Takpe, janji sejiwa. :D

Keesokan harinya masa yang ditunggu-tunggu. Masa untuk membuang undi. Ayah saya telah mengajak kroni-kroninya menjadi pembantu pilihanraya. Ayah agak aktif dalam berpolitik. Hebat ayah saya ini. Semasa menghadiri kursus PACA sebelum ini, saya berkenalan dengan seorang kakak. Kakak Jue bertanya bagaimana saya boleh menjadi PACA. Saya sebut nama ayah saya, dan dia kata 'Oh, Imam Zainal'. Kemudian sementara kursus, mereka mencari ayah saya untuk menyelesaikan satu masalah. Wah, ayah saya hebat. Bangga saya. 

Kereta kakak saya dan kereta saya telah menjadi kereta penarik undi. Berkhidmat untuk Pakatan Rakyat. Semoga dikira sebagai amalan kelak. Sampai sekarang saya masih belum membersihkan lagi gam yang tertinggal di pintu kereta akibat melekatkan pelekat gambar Nik Aziz. Tidak mengapa.  


Gambar Nik Aziz di kereta saya. Teruja. :D

Kereta-kereta ini di bawa oleh Kak Long dan Abang Aidil saya. Saya menjadi seorang pemerhati pilihanraya. PACA - Polling agent Counting Agent. Masa saya bertugas adalah jam 10 pagi. Sebelum itu, saya pergi membuang undi dahulu. Bajet tak ramai orang, sekali datang. Punyalah panjang beratur. Sehingga tidak sempat saya membuang undi kerana terpaksa menjalankan tugas sebagai polling agent pada jam 10.30 pagi.
Orang beratur di belakang saya. Tidak membuang masa. Membaca. Yang wanita itu seperti sedang menghafal sesuatu nota.

Senarai nama pengundi.

Ayah telah memasukkan nama saya, Firdaus, Abang Aidil dan Kak Mi untuk menjadi sukarelawan pemerhati pilihanraya. Pengalaman yang menarik. Saya cuma perlu menggaris nama pengundi yang telah mengundi. Saluran yang saya jaga adalah saluran 1. Sangat berbangga kerana sehingga waktu saya tamat pada jam 1.30 petang, daripada 450 orang di dalam senarai sudah 350 orang telah membuang undi. Semangat betul warga emas ini. Lima tahun lagi, jika panjang umur saya mahu menjadi counting agent pula.

Selepas habis tugasan saya, saya terus ke Saluran 4 untuk mengundi. Saya berdoa supaya tiadalah bangla yang mengundi untuk saya. Hehe. Lengang saluran 4 tidak seperti pagi tadi. Semua orang sudah keluar mengundi pada pagi hari.

Selesai tugasan kami. Kami menunggu di rumah sahaja. Malam menunggu keputusan sangat menyesakkan fikiran. Di arus perdana hanya memaparkan kemenangan di pihak BN dan DAP sahaja. Seperti mahu memainkan isu perkauman. Sedangkan ayah saya telah pulang dari pusat pengiraaan dan menyatakan Dr. Mariah telah menang besar di Klang. Di sosial media pula sentiasa memberi harapan kemenangan rakyat. Sungguh tertekan. Maka saya mengambil keputusan membaca bacaan yang santai. Haha. Dan tidur awal malam itu.

Apakah buku ini Nadiah? ;p

Keesokan harinya, baru melihat keputusan. Allah masih tidak membenarkan kejayaan Pakatan secara total. Tetapi, masih menunjukkan kemajuan. Tempat-tempat di bandar yang majoriti boleh mengakses maklumat berpihak kepada Pakatan. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan ke arah PRU14. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari di pihak kami. Kepada semua pemenang, selamat menjalankan amanah, Semoga semua jawatan-jawatan itu menjadi ladang pahala buat kamu kerana dapat berbakti kepada masyarakat. Dan kepada pengalah, anda tidak kalah. Allah tidak menilai keputusan, sebaliknya usaha yang kita lakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Jadi, marilah kita bersama-sama bekerja memajukan diri, keluarga, agama dan Malaysia.

Wah, sudah bayangkan menyambut sambutan 2014 di Padang Kemerdekaan Shah Alam. InsyaALLAH. :D
Love..

No comments: