Tuesday, June 11, 2013

Kenduri di Kesang Tua

Kenduriiiii... Saya sangat suka kenduri. Nenek Rammelah juga suka. Antara sebab nak merapatkan sillaturahim dan kami semua berkumpul adalah berkenduri. Kali ini kenduri di Kesang atas sebab Aiman nak menyambung pelajaran ke Yaman. Aiman dan Yaman. Aiman, geng saya tengok cerita melayu. Hehe. Selain hero cencorot saya. Saya mendoakan kejayaan kepada sepupu saya itu. :D

Kendurinya berlangsung pada hari Sabtu. Memandangkan cuti wesak pada hari Jumaat, maka kami pulang ke kampung lebih awal selepas solat Jumaat. Ini merupakan kali pertama saya membawa emak dan ayah saya menaiki kereta saya ke kampung. Saya memang memberi ayah memandu kereta saya jika mahu berjalan jauh. Tetapi, kali ini saya yang memandunya. Perasaannya, menarik kerana selama ini ayah yang memandu. Terasa gembira di hati ini. Alhamdulillah. Saya berdoa diberi peluang berbakti kepada emak dan ayah saya sebelum ada komitmen lain lagi. Hehe. Lepas ada komitmen tu pun kena berbakti jugalah Nadiah. Baik. :)

Kami pulang bersama Mus'ab. Seorang lagi sepupu yang saya suka semenjak saya menjaga diorang semasa Mak Chah mengerjakan haji yang lepas. Mus'ab sekarang bersekolah di Shah Alam. Menyambung pengajian dalam hafazan al-Quran. Bertambah sukalah saya dekat dia. Sebelum perjalanan pulang, ayah membawa buku untuk dibaca semasa perjalanan. Tetapi, memanglah tidak dibuka. Hehe. Kami bercerita (kebanyakkannya saya yang bercerita sebenarnya. hehe.) sepanjang perjalanan. Zaman ayah muda sebelum kahwin, join usrah, sesekali mak menambah cerita juga. Pasal saya, kawan-kawan saya, tempat kerja, bos saya yang garang dan macam-macam lagi. Benarlah kata Cik Leha, antara tips mendidik anak-anaknya adalah berkomunikasi di dalam kereta. Jika ada benda nak nasihat ke, nak kongsi ke boleh diceritakan di dalam kereta kerana jarak perjalanan yang panjang untuk pulang ke kampung. 

Malamnya, sepupu saya mengajak saya mengikuti ceramah agama di surau simpang. Muhammad menjemput saya yang ketika itu di rumah Nenek Sa'abah. Ada dua kampung, jadi kena bahagi-bahagikan. Kelebihan orang kahwin dua pupu dan berdekatan rumah. Setakat ini, tiada masalah berebut balik raya di mana.

Keesokan harinya, masa untuk masak. Antara skill yang saya belajar semasa tinggal bersama nenek di kampung adalah kepakaran membantu di dapur. Bukannya kepakaran memasak. Hehe. Membantu pun sudah cukup gembira tau. Walaupun tidak berapa pandai memasak, kepakaran ini juga berguna dan boleh digunakan di rumah bakal mak mertua nanti. Terima kasih nenek. 

Sempat juga tengahari itu, kami berlari (tidaklah marathonkan. membawa kereta sahaja) sekejap ke rumah Tok Lang - adik arwah Atok Bujang di Melaka. Perkahwinan sepupu ayah saya. Ada budak-budak tahfiz menyanyikan lagu Ya Hanana. Ala-ala perkahwinan Irma Hasmie gitu.

Balik dari kenduri kahwin, aktiviti memasak dimulakan. Di bawah ini, gaya memasak asam pedas. Ada cerita tau. Mamat sepupu saya, pernah belajar memasak asam pedas dengan nenek saya secara official. Kira tinggal tak dapat sijil sajalah. Terus nenek saya mengiktiraf kelayakan itu. Tengah-tengah masak, saya tanya nenek nak masuk cili banyak mana, nenek kata tanya Mamat. Tu dia. Penangan berguru. Hehe. Kelas ko Mad.    

Aksi. Mutu. Keunggulan.

Anak didik nenek ni.

Cikgu Khairul Amir yang banyak dapat hadiah sempena hari guru beraksi memesin kelapa.

Nenek nak masak kari.

Mak saya dan mak Alin. :D

Fikri dah makin rajin, minta tolong buat apa je, InsyaALLAH tolong.

Nenek-nenek kesayangan hamba.

Ni nenek yang paling sayanglah.

Kat dapur pun enjoy je nenek-nenek ni. Ni yang sayang lagi ni.

Kena berguru dengan Mamat masak asam pedas lepas ni. ;p 
Masa untuk santai-santai sambil makan ubi kayu. Kerja dah hampir siap.

Makcik Pipah. Rambut dah macam Abu Bakar Ellah kata Kak Cik.

Aktiviti sepupu-sepupu lelaki di waktu petang. Berkain kombang bagai.

Kenduri. Kata sedara-sedara je. Hehe. Penuh juga rumah.

Pak Amjah dan Hasan.

Sobri dan Ayok menjalankan misi membasuh pinggan. Tahniah.

Klasik kot. Lauk-lauk letak dalam dulang. Ayam goreng guna tepung goreng pisang. Nenek saya memang kreatif.

S.E.L.E.S.A.I

Aiman, akak doakan awak diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menuntut ilmu di Yaman. Semoga awak pulang dengan berjaya dan dapat menyebarkan ilmu ALLAH untuk semua umat Muhammad. Walaupun nenek kata orang Yaman cantik-cantik, tetapi orang Malaysia pun tak kurang hebatnya. Ahaks.

Love.

p/s : Gambar semua dicilok selepas ditapis dari FB Muhammad Yahaya.

No comments: