Showing posts with label rakan. Show all posts
Showing posts with label rakan. Show all posts

Friday, March 6, 2026

Kisah Di Dalam Kapal Terbang

Kisah ni perlu aku nukilkan untuk kenangan aku. Aku ni sejenis naik kapal terbang memang boleh terlelap tanpa dipaksa. Skill bak kata Amelia. Hehe. Balik Malaysia masa tu, aku dapat duduk dekat dalam. Kira bukan tepilah. Aku tidur setidur-tidurnya. Bangun tengok satu movie dengan makan je. Toilet pun aku tak pergi. Sejenis Alhamdulillah boleh tahan kencing. Tapi, tak bagus sebenarnya. Aku memang dah siap-siap keluarkan apa yang patut sebelum boarding. Pagi pula flight aku, ingatkan aku takkan tidurlah. Tapi, dah terbang kapal tu, diorang tutup blind tingkap, memang nampak gelaplah. Sesuai untk melenakan diri. 

Punyalah aku tak bangun dari seat tu. Sampai orang tepi aku tanya, aku nak keluar ke? Just let her know kalau aku nak keluar. Mesti dia ingat aku segan nak minta dia kot. Comel sangat. Dahlah wangi. Dia adalah dua tiga kali gak pergi toilet. Agak pelik tengok aku, tak keluar-keluar. Last-last, aku keluar jugalah time dia keluar sekali. So, dia takdelah rasa bersalah sangat. 

Perjalanan pulang ke Sydney pula, aku dapat seat tepi dekat aisle. Okaylah, dah tak payah gaduh nak keluar kalau nak pergi toilet. Sekali, eh aku kerja tidur je sampai orang sebelah aku tak dapat nak keluar. Dia tak minta aku apa-apa, so aku tidur je lah. Ada sekali, aku terasa macam ada orang dok berdiri tepi aku dekat laluan jalan tu. Aku terjaga dan tengok, budak sebelah aku tengah ambil barang dia kat atas compartment atas kepala aku. Dia boleh keluar dari side belah sana. Sebab dekat belah sana seorang je lelaki dan mungkin orang tu tengah terjaga instead aku yang tengah tidur. Pastu kitorang duduk dekat dengan toilet dan pantry camtu, selang dua row depan je. So, dia keluar sebelah sana dan berpusing ke side aku nak amik barang. Gigih pakcik. Haha. Lepas dia duduk kat tempat dia, aku bagitaulah kalau nak keluar, cakap je dengan aku. Dia angguk, tapi sampai ke sudah dia tak keluar dari side aku. Ada sekali aku bangun nak amik wudhu solat subuh, dia takde kat tempat dia. Aku terserempak dia nak balik tempat dia. Dia nampak aku, dia pusing pergi masuk ikut side aku. Haha. Sabor je pakcik. 

Balik dari Aussie, aku cerita pasal aku tidur je kat dalam kapal terbang. Pastu Mira cerita, time dia balik Aussie pengalaman dia tak best. Sebab orang depan dia inclinedkan seat sampai habis. Jadi, dia punya leg room tu sikit. Dia tak selesa. Layla pula dia cerita, dia pernah dapat macam tu, jadi sekarang dia beli seat yang depan dia takde orang tu. Aku kata, aku memang inclined habis sebab nak tidur. Orang depan aku pun inclined juga, jadi aku tak kisah sangat sebab aku memang nak tidur. Tak sangka dia akan menggangu orang belakang. Harap-harap orang belakang aku okaylah. Aku nampak benda ni simple, tapi untuk orang lain, lain rupanya. Selepas ni, mungkin akan inclined separuh je. Takut orang belakang rasa tak selesa. Tapi, bukan sepatutnya memang boleh inclined penuh ke? Haha. Takpe, buat mana yang boleh je dan mana yang kau tahu je ar. 

Selamat berpuasa semua. Semoga beroleh taqwa. :) 








Rindu.. Tapi, kita tak boleh dapat semua benda kan? 

Love..

Tuesday, November 25, 2025

Faezah Mengingatkan

Baru-baru ini Faezah bertanya kepada saya, samada saya telah melihat igs seorang sahabat kami. Saya tidak sempat melihatnya lagi dan sekarang sudah jarang mengambil tahu kehidupan orang. Cukuplah mengambil tahu kehidupan k-pop idol yang baru saya minati, Seventeen. Idol yang dah lebih sepuluh tahun debut, saya baru minat. Tak ke puas nak mengkhatam cerita 10 tahun lepas? Haha. Malas layan kau ni. 

Saya membalas belum sempat, dan semenjak perceraiannya, saya kurang berminat mengetahui kehidupannya. Terutamanya ketika dalam iddah, saya melihat postnya melancong ke Bali. Hmm.. Untuk mengelakkan pelbagai buruk sangka lagi yang wujud, haruslah saya mengelakkan melihat igsnya. Kitonyo pun banyak dosa, takyah nak tambah. 

Faezah dengan gigih mengambil video igs dan share dengan saya. Video sahabat kami menari satu tarian k-pop penuh dengan stepsnya. Cuma concern kami adalah pakaian yang dipakai. Agak menjolok mata. Ya, pakaian bersenam untuk wanita. Walaupun dia telah memilih hanya orang-orang tertentu sahaja dapat melihatnya igs, tetapi di dunia media sosial ini sangatlah berbahaya. Lihat sahaja Faezah berkongsi video dengan saya melalui whatsapp. Moga tidak terjadi apa-apalah kepada sahabat kami ini.  

Saya teringat dahulu ketika kami pergi ke rumahnya time raya dan bergambar. Saya mengupload gambar kami beramai-ramai ke ig dan dia menghantar pesanan peribadi ke saya minta diturunkan gambar itu kerana terlihat sedikit aurat tangannya. Benarlah manusia ini boleh berubah. Semoga yang baik-baik sahaja untuk sahabat saya ini. Dia bijak, saya pasti dia sedang berusaha menjadi lebih baik dan pasti akan berjumpa kembali jalan kebenaran. 

Setelah melihat video itu, saya membalas kepada Faezah, ‘Baguslah dia nak menghafal semua steps tu. Susah tau nak hafal steps.’ Al-maklum, tengok artis korea praktis nak hafal choreographer diorang berhari-hari nak bagi sharp dan cantik. Efforts tu, kita bagi pujian. 

Datang Faezah reply, ‘Daripada aku belajar tu, baik aku hafal Quran.’ Haha. Tersentak aku. Masalahnya, aku dua-dua pun tak buat. Tak hafal steps menari dan tak hafal Quran. Cano? 

Alang is rindu. Ni nak mandi dengan daddy

Ada hobi terpaksa baru. Baca buku every week


Love..

Friday, November 14, 2025

Ayah Najwa Meninggal Dunia

Hari Rabu yang lepas, saya mendapat perkhabaran kematian ayah Najwa melalui Faezah. Faezah melihat status whatsapp Am dan memberitahu saya. Bersyukur mempunyai seorang sahabat yang saling mengingatkan seperti dia kerana saya jarang melihat status whatsapp seseorang. Terlalu banyak media sosial yang aktif sehingga tidak boleh menambah lagi yang lain. Sekarang ini, cukuplah instagram dan youtube penjahanam masa saya. Kita jangan menambah lagi yang lain. Haha. 

Berbalik kepada kisah ayah Najwa. Rupanya sudah lama tidak sihat dan seminggu ini terkena lung infection dan ditahan di hospital. Am cerita mudahlah pemergiannya, tak sampai seminggu pun sakit teruk. Allah. Ayah dan ibu Najwa selalu ada posisi khas di hati saya. Saya belajar untuk menyayangi anak orang lain tanpa batas melalui mereka. Kali pertama berjumpa, terus mereka menggelarkan diri mereka ayah dan ibu. Pertama kali jumpa ibu dan ayah kawan saya begitu. Haruslah saya terus membiasakan diri menggelarkan mereka ibu dan ayah. Terus abang Najwa jadi Along saya dan adik juga. Diorang pun gelarkan diri diorang ke saya tu. Keluarga yang penuh kasih sayang. Saya suka orang yang banyak kasih sayang dan nak berkongsi sesama makhluk kat dunia ni. 

Saya teringat ketika kami di UiTM Perak, Najwa akan menelefon ibu tiga kali atau lebih sehari. Sehari yer. Pagi sebelum pergi kelas, tengahari masa balik tengahari dan malam itu biasa. Jika ada hal-hal lain, dia akan ada extra. Saya bila dengar tu, kagum. Saya cuma menelefon emak saya seminggu. Itu pun kadang-kadang takde topik nak borak. Hehe. 

Saya text Ebah bertanya adakah dia akan ke Muar? Saya mahu mengirim sedikit duit. Dia berkata ya, dia akan memandu ke sana. Najwa dan Ebah sudah tiada kedua ibu-bapa. Ya, saya sudah di fasa itu. Ibu bapa sahabat saya dan saya sudah tua. Bertuahnya saya masih mempunyai kedua-duanya. Alhamdulilllah. Semoga saya sempat membawa mereka menunaikan haji tahun hadapan. 

Tetapi, Allah Maha Kaya, mereka mempunyai ibu dan ayah mertua untuk meminta doa dan menumpang kasih-sayang. Walaupun pastilah tidak sama, sekurang-kurangnya status doa ibu ayah tu masih boleh diperolehi. 

Semoga roh ayah dan ibu ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan dijumpakan di syurga bersama Rasulullah s.a.w.. Mendoakan juga Najwa sekeluarga tabah dan sabar menghadapi ujian dan kasih-sayang Allah ini. 

Love..

Thursday, February 20, 2025

Bertanya khabar

Dekat Aussie ni, culture bertanya khabar tu biasa je. Dia adalah sama dengan 'Hi' di Malaysia. Dulu, aku just kata okay je kepada orang yang bertanya. Sekarang, aku tanya baliklah How are you?, How's your weekend? Adalah conversation sikit. Walaupun sekarang macam malas nak bercakap. Setahun kat sini cukup untuk jadikan aku malas nak bergaul dengan orang. Haha. Tak kisah je kalau tak tahu hal orang lain. Dulu kalau sehari tak bercakap dengan orang sebelah memang rasa tak senang. Sekarang ni, Justin sebelah aku, aku buat bodohkan je. Kalau dulu, aku gigih2lah juga tanya dia soalan, just nak bercakap je. Sekarang, beberapa hari memang kitorang masuk, buat kerja masing-masing pastu balik. Aku selamba gitu je. 

Baru-baru ni, aku stress sebab forecast aku overrun melampau-lampau sampai 20mill. Aku stress tapi aku tak tau aku stress sehingga sore aku datang. Sore kat tepi bibir aku tu naik bila aku stress. Doktor kata, memang ada virus tu, tapi bila dalam keadaan stress immune system kita pun down, jadi dia tak dapat lawan virus tu. Pastu dua minggu pula aku kat site office je tak tukar-tukar angin. Kalau biasa, hari Jumaat aku pergi Station St, bolehlah menyembang dengan geng-geng Cost Control lain. Nicole aku tak jumpa dia lagi betul-betul lepas balik bulan Jan masa tu. Aku pergi Station St, dia pergi site.

Hari submission tu, aku confirmkan balik dengan Pei Wen masa nak submit. Biasa submit jam 12 petang, tapi kali ni pukul 5 petang. Pastu saja bagitau Pei Wen, tunnel punya overrun. Pei Wen comel je tanya aku okay ke? Aku pun kata tak sure, tak dapat nak tolong banyak, rasa helpless, nak tolong tak tau camne. Pastu dia tanya, nak any help? Any advise? Nak makan-makan tak? Comel je. Aku lepas Teams dengan dia tu, aku dah lega banyak dah. Aku rasa aku okay, cuma lepas cakap dengan dia, perasaan tu bertambah lega.

Nak dijadikan cerita, tunnel tak submit sekali dengan cost centre lain. Kitorang postponed lagi dua hari. Pastu kitorang present hari ketiganya. Aku jadi lagi risau berpanjangan. Haha. Tapi, takpelah nak kena bagi peluang Daniel B dan Evan sort benda tu. Pei Wen masih comel je bertanya aku nak any helps tak? Aku gurau je, 'Just check-in me everyday until the presentation day'. Tapi, lepas tu aku kata takyah je, aku okay. Tapi, dia memang gigih dan check aku everyday. Just tanya, 'Are you okay today?' Dah tolong banyak dah kurangkan stress aku kat situ.

Dalam masa yang sama, dua orang lagi engineer Mira resign. Dia pun stress juga sebab support system dia kat Parra tu dah pergi. Selama ni, dia memang depend on engineers dia untuk deal dengan Sydney Metro, bila diorang dah pergi, dia lost. Homesick lagi sebab balik bulan 12 masa tu. Dia siap ada fikiran nak balik Malaysia sebab rindu mak dia. Fahamlah sebab dia sorang je anak perempuan mak dia. Lain dari aku ni. So, aku apply apa yang Pei Wen buat kat aku tu kat Mira. Just check-in dia pagi2, tanya okay ke? Sebab member tengah serabut. Walaupun aku pun tengah serabut waktu tu juga. Kita tolonglah sesama kita kat bumi kangaru ni. 

Aku punya susah ni, macam tak susah lagi sebab aku tak bangun tahajud pun. Benda yang aku ralat sangat. Sebab biasanya kalau aku cuak, aku bangun tahajud. Tapi, kali ni sebab orang lain dah tenangkan, terus tak cari Allah. Lagipun subuh sekarang dah cepat. Pukul 5 dah subuh. Kalau aku bangun tahajud, pastu aku nak tidur balik. Tu yang malas. Alasan semua tu Nadiah. Alasan. Dah, fikir-fikirlah nak puasa ni nak buat camne. Umur dah 40 kan? 

Akan dirindui. Tapi, go and keep flying high

She is going to Toronto

Last main badminton dengan Georgina


Peace

Gigih buat video

Breakfast

Ni gambar yang diorang kata cantik. Terus jadi profile pic ws

Aku rasa cantik dah. Layla kata, macam bahu patah. Haha






Love..

Sunday, October 13, 2024

Nikmat Sihat Yang Patut Disyukuri

Aku punya target adalah menulis blog setiap minggu. Bercakap apa saja topik. Penting dan tidak. Untuk aku tengok balik perjalanan hidup yang sementara ni. Tetapi, minggu lepas terlepas. So, hutang kepada diri sendiri dua post minggu ini. Mari. 

Ada banyak rezeki yang Allah bagi dekat aku yang aku syukuri. Nikmat sihat antara salah satu. Berdepan dengan orang keliling yang tidak sihat seperti Deekay, Paie, Pak Busu dan beberapa orang lain, nikmat sihat memang aku syukuri. Ayah selalu doa, minta sentiasa sihat supaya tidak perlu susahkan orang lain. Ye, aku doa tu. Alhamdulillah, sepanjang sembilan bulan kat sini, kesihatan aku terjaga. Walaupun berhadapan dengan penukaran musim dan biasanya Nicole akan demam akibat debu bertukar musim, aku masih sihat. 

Dua minggu lepas, kesihatan aku terganggu. Bermula dengan kesakitan badan, demam dan selsema sehingga aku meminta pulang awal dari pejabat. Nasib menjadi kurang baik kerana minggu itu merupakan minggu membuat forecast. Aku tidak mampu untuk bercuti. Selepas pulang awal pada isnin, membuat covid test dan negative, tidur sepanjang malam dan makan ubat, aku ke pejabat esoknya. Aku siap bertanya kepada kak cik, bagaimana cara mahu tidur ketika demam. Al-maklum, tak biasa demam dan nak sembuh cepat. Masih dalam keadaan dedar, selsema dan sakit tekak. Aku bersyukur merasai pengalaman sakit itu. Dapatlah guna ubat dari KL yang diambil semasa mahu datang ke sini dulu.

Semasa menceritakan kepada Deekay, dia menasihati aku untuk mengurangkan aktiviti akibat faktor umur. Aku akui, sekarang masa aku banyak terisi dengan badminton, kelas berenang dan pilates. Terlalu banyak mungkin. Aku telah mengurangkannya setakat ini.  

Ketika aku menyatakan pengalaman merasa kesakitan itu kerana sudah lama tidak sakit, Deekay berkata yang dia sudah lama tidak merasa nikmat sihat. Allah. Selepas pembedahan lapan tahun lepas, aku melihat jatuh bangun seorang Nurul Hafizah menjalani kesakitannya seorang diri. Semangatnya memang kuat dan masih meneruskan kehidupan. Kadang-kadang dia sudah tidak larat mahu bekerja, tetapi memikirkan tidak dapat memberi duit bulanan kepada maknya, menyebabkan dia membatalkan niat untuk berhenti. Jika sekadar meneruskan kehidupannya sendiri, dia masih boleh kerana tidak mempunyai hutang. Cuma, mahu memberi kepada maknya sahaja yang menjadi keberatan.

Allah. Aku pun tak mampu buat begitu aku rasa. Untuk semua kesusahan dan pentingkan mak ko Kay, semoga dipermudahkan urusan, diberi kekuatan dan ketabahan, dirahmati Allah dan dimasukkan ke dalam syurga Firdaus yang tertinggi. 

Candlelight Concert - Tribute to Taylor Swift

Earting lepas balik kerja. Setengah jam pijak rumput

Test  covid. Negative


Love..

Friday, September 20, 2024

Datang dan Pergi

Hari Jumaat biasanya kalau takde meeting kat Unwin, adalah hari aku bermalas-malasan kat Station Street. Boleh masuk pukul 9 pagi. Gitu aku punya malas. Haha.

Tengah-tengah buat kerja, Mira text aku. Dia macam down lately, sebab  senior engineer dia nak resign. Dia rapat dengan George tu. Penyejuk mata dia kat pejabatlah. George dengan Adam. Kalau Layla, sparky dia, Peter Gunn dengan Walshy. Aku? Evan je ar. Haha. Bos sendiri Ian pun macam ada takde je. 

Mira text aku kata dia rasa sakit dada sangat. Dia sedih George nak pergi. Semalam dia terjaga dan menangis meraung-raung. Dia pun tak tahu kenapa. Dia kata sampai fikir nak datang rumah aku juga. Dia borak bagitau kawan dia, kawan dia kata ada benda lain yang tak settle ni. Sebab masa dia cerai masa tu pun dia tak nangis. Ni sebab George dia nangis beria-ia. George tu dah kawen kot. Dia pun tak tahu kenapa. Aku memang nampak dia sugul bila dia keluar makan malam dengan aku dengan Layla Selasa lepas. Dia cuba menjadi ceria, tapi masih nampak kesugulan tu. Aku bagitau dia, pastu dia kata, ada budak pun tegur dia juga. 

Sedih aku tengok dia sedih. Oh, macam ni perasaan sedih  tengok orang sedih dan kau takleh buat apa. Sebab Mira ni baik. Dia versi Sity, tapi mulut tak laju sangat. Jenis lurus. Macammana aku boleh cakap dengan Sity jujurnya apa je aku rasa, aku boleh cakap dengan Mira juga. Dan diorang sama rupanya, bercerai. Sebab tu rasa dekat kot. 

Aku text dia, nak talk over coffee tak balik kerja ni? Dia tak reply. Balik kerja tu, aku belikan dia coffee dan nak bagi dia. Dia tak reply juga message tanya kat mana. Aku call dia tak angkat. Aku pergi rumah dia, selang dua blok je dari ofis. Dia takde kat rumah. Aku pun takpelah. Takde rezeki nak bagi dia. 

Masa aku terfikir nak bagi dia kopi tu, aku betulkan niat. Aku dengar Ustaz Wadi kata, nak buat apa-apa kena ikhlas kerana Allah. Aku kadang-kadang terpesong juga, dalam hati nak orang tengok aku baik. Aku pun tak tahu bila lahir perasaan tu? Sebab aku pernah rasa tak puas hati dengan Chin sebab kerja ofis. Aku jarang nak rebut kuasa dan nama ni, sebab bukan nak naik mana pun. Tapi, lately macam sikit-sikit dah terasa. Dah lain hati ni. So, sekarang kena niat betul-betul nak tolong sebab Allah. 

Masa aku beli kopi tu, dia tak reply. Pergi rumah dia pun dia takde. So, aku pun takpelah balik je ar. Niat ko buat memang sebab Allah, so outcome dia Allahlah yang bagi. Takde rezeki Mira nak dapat kopi dan aku doa je kat Allah masa jalan tu, moga Allah sembuhkan dia dan beri dia jalan keluar. Dah nak sampai kat traffic light, aku nampak Mira tengah tunggu lampu hijau nak cross dari seberang jalan. SubhanAllah. Kau memang doa je. Allahlah yang bagi pengakhirannya. Aku jumpa dan bagi dia kopi. Peluk dia sikit, kitorang borak sikit dan dia sahkan dia okay je, aku pun balik. Dan masih lagi berdoa dia akan okay. 

Aku pernah menangis teresak-esak dan rasa sakit dada sangat. Masa aku dengan Syam dulu. Pengalaman yang Allah bagi aku rasa perasaan suka, cinta, sakit, rindu dan melepaskan sesuatu yang bukan untuk aku. Alhamdulillah untuk semua kenangan itu. Ya, manusia datang dan pergi dalam kehidupan kau. Nikmati saja perjalanan sekarang. 

Dua minggu ni je tiga solat sunat ghaib aku buat. Untuk Suhaila, Mak Sal dan abang ipar pakcik. Kematian selalu mengingatkan kita untuk menghargai orang sekeliling.

Ada cerita gempar pasal GISB. Kena buka entry baru pasal tu. Tengah nak konsisten menulis seminggu sekali. Doakan. 

Alhamdulillah. 

Love..

Wednesday, September 4, 2024

Kawan-kawan

Pernah sekali borak dengan deekay pasal aku ni macammana? Sebab bila kawan dengan lelaki, mesti takde kesinambungan. Kira macam post mortemlah. Deekay kata, aku ni biasa je. Ada ke takde sama je. Sebab aku tak kelakar, nak kata pandai gosip pun tak juga, pandai mengayat lagilah. So, bila orang kenal aku, basically, takde benda attractivelah. Sebab tu lelaki2 tu blah. Haha. 

Aku pun tak tahu camne boleh masuk #gengluncheonn tu? Kalau ikut kriteria, tak layak. Haha. #gengsricomel sebab dulu sama2 belajar UiTM. 

Kat sini, aku takdelah nak berkawan beria-ia sebab dah umur2 camni, being alone is okay. Kadang2 je rasa lonely, mungkin 5% out of 100% of my life. But most of the time, okay je sorang-sorang. Layla ni engineer tunnel. Mula-mula kenal, budak ni serius. Beza 10 tahun dengan aku. High achiever dan bijak. Engineerkan? Dialah rajin bawa aku masuk group2 melayu ni sebab aku dok keluar dengan geng cina je. 

First time dia kenalkan dengan Ain dan Mira ni, aku pun dah lupa camne. Siapa suruh tak tulis dalam blog? Haha. Ada few occasions yang kitorang keluar makan sama. Ada sekali Mira stress dan nak ajak kitorang pergi dinner. Dia call sorang2 sebab malas nak taip. Aku pelik, napelah korang takde whatsapp group? Tapi, aku pun malas nak campur. Akukan good follower je. 

Masa breakthrough kat SOP yang kedua, invitation untuk orang luas sikit. Compare to yang first. So, Mira dan Ain datang sekali. Nak makan free katanya. Ada bakar-bakar yang halal. So, diorang datanglah. Aku yang suka bergambar orang-orang ni, minta tolong Yeaw tangkap gambar kami. Cantik dan semua pun nak. Aku pun createlah group whatsapp untuk bagi gambar tu. Maka, terhasillah group whatsapp 'Perempuan Cantik'. 

Aku syukur je diorang nak kawan dengan aku ni. Aku nikan tak kelakar, biasa-biasa je. Masa nilah teringat pak busu kata, 'Dalam banyak keadaan, aku ni diselamatkan'. Alhamdulillah. Syukur pada Allah.

Banyak lagi nak tulis, tapi aku baru buka balik blog ni dan tengah edit post ni. Aku sambung je. Nak kena banyak menulis lagi tahun ni. Banyak benda jadi kat life ni. Nadiah, sila rajin! 

Till next time. Take care guys. 

Off to Wollongong

Girls Trip

Get Together dinner

Perempuan Cantik katanya



Love..

Sunday, December 18, 2022

Kawan sekolah Dato Bendahara

Time sekolah menengah dulu, tak ramai kawan. Aku ni, mana reti kawan sangat. Dahlah selalu lupa. Yang rapat masa tu, Habibah, Khariani, Shamini, Mawi dengan Apies je. Yang lain, kadang-kadang tak ingat sangat. Kena tanya Bibah balik siapa budak yang nak request aku masuk dalam ig diorang. 

25hb November yang lepas, mak Habibah meninggal dunia. Kebaikan media sosial adalah kami dapat mengetahui mengenainya jika mereka mempostingnya. Mak Bibah memang sakit dan tinggal bersama bibah sudah lama. Aku pernah bercadang untuk melawatnya bersama-sama mak. Tak sangka, sebab kematian menyatukan kami. Huhu.

Asbab kematian mak bibah, group whatsapp sekolah menengah saya kembali aktif seketika. Khariani mengumpulkan kumpulan kami di dalam satu group. Sudah lama tidak bertanya khabar mereka. Semenjak meninggalkan sekolah menengah, saya jarang berkomunikasi bersama mereka. Masing-masing sudah beranak-pinak. Shikin dah tiga, Mawi dah tiga, Khariani dah empat, Shamini dah empat juga, Apies pun empat kalau tak silap. Gembira melihat mereka. Semoga sentiasa mawaddah, sakinah dan rahmah semua. 

Comel je anak Mawi ni

Khariani dan anak-anak

Habibah, suami, anak dan anak buahnya

Singgah di rumah bibah Ahad malam sebelum pulang ke KL



Love..

Thursday, March 25, 2021

Ili Shazwani Adlin

Dua minggu lepas, malam selasa, aku tengah tidur. Ebah call, dalam hati dah rasa lain dah. Sebab petang tadi, ebah call bagitau Ili masuk hospital sebab sakit perut. Allah, betul. Dbah call nangis-nangis kata Ili dah takde. Baru tadi, heartbeat dia stop. Ebah minta tolong bagitau kawan-kawan. Aku pun text geng GSC. Pastu bagitau family aku. Baca Al-fatihah ulang-ulang sampai aku tertidur. 

Plan asal nak pergi tengok Ili kebumi kat USJ4. Aku dah minta dekat Ai Tee dah. Merayu-rayu sebab dia takut aku kena covid dan nanti terkena dia sekali. Dia pernah kata, still nak tengok anak dia besar. Haha. Ya ya. Aku faham. Aku pujuk kata, tak tengok dekat-dekat. Just nak pay respect untuk dia for the last time. Dia pun lepaskan juga dengan berat hati. Aku tunggu Ebah kata dia dah gerak baru aku keluar opis. Ebah dengan Am cuti. 

Ebah kata, nak kena tunggu post-mortem baru boleh release. Tapi, sebelum tu kena buat covid test dulu. Dalam tengahari ebah tak bagitau lagi apa-apa. Aku text dia, dia bagitau kata result Ili positive covid. Satu lagi ujian untuk Ili. Sebab tu, urusan jenazah akan diuruskan oleh JAKIM. Semua family Ili tak boleh tengok. Dah kira close contact. Sedih giler dengar tak boleh urus. 

Tak tahu arrangement ebah camne, Am dengan Adli akan tolong kebumikan dekat Bukit Kiara sekali dengan JAKIM esoknya. Semua family tak boleh ikut masa kebumi. Ili, sampai ke sudah tak suka susahkan orang. 

Semoga syurga untuk semua yang tolong


Am dan Adli di kiri sekali

Kita pun pasti


Ahad lepas Ebah ajak pergi melawat kubur Ili. Sampai kat sana dalam 9 lebih. Dalam pada cari kuburnya, terserempak mak ayah Ili datang melawat juga. Sempatlah baca tahlil dekat situ sekali. Mak memang pesan, kalau boleh, pergilah melawat mak dia. Rezeki pula jumpa kat situ. 

Moga Allah ganjarkan pahala yang banyak 

Alhamdulillah selesai untuk hari ni

Hari-hari mak Ili pergi kubur. Ways of coping orang lain-lain. Ina dulu masa anak perempuan dia meninggal pun hari-hari pergi kubur. Makan bulan juga. Lain perasaan dia anak pergi dulu berbandong mak ayah. Walaupun still sedih untuk dua-dua keadaan. Aku doa semoga keluarga Ili tabah dan sabar untuk ujian ni. Syurgalah tempat Ili tu. Tak pernah susahkan orang dan selalu je mengalah. Dalam pada sakit jantung lapan tahun, meninggal sebab sakit dalam perut. Lain perginya. Doa untuk kekuatan Ebah juga. Semoga tenang juga. 

Ili, kita percaya awak dah tenang kat sana. Terima kasih untuk semua kasih sayang dan perhatian yang awak berikan. Jumpa nanti sayang. 



Love..

Sunday, July 5, 2020

Emak dan Ayah

Jumaat aku telefon mak, tanya nak pergi mana-mana tak Sabtu? Mak kata, nak pergi beli barang dengan Kak Cik. Aku pun, 'Okay mak, orang keluar dengan Liza yer.' Dari PKP tak jumpa lagi Liza. 





Sekali esok paginya, Kak Cik hantar gambar satu troli penuh barang mak shopping. Diorang pergi berdua je pula tu. Bertabahlah sayang. Mak dah ada purchasing power tu. Kegembiraan dia, beli barang dapur je ar. Dengan buat baju. Mujur tak pandai online shopping dan minat barang-barang perabot. Kira beli benda makan ni, okaylah. 

Kak Cik tolak sorang 

Aku tak dapat teman beli barang. Ingat biasa sikit-sikit je. Lain kali kena janji sekali nak beli barang ni. Ada lagi dua bulan sebelum Kak Cik kahwin. Nak kena train adik ni teman mak nak beli barang dapur. 

Aku tak bagi mak banyak duit bulan-bulan. Komitmen aku pun tengah manage lagi. My bad. Tapi, kadang-kadang shopping dengan mak, aku swipe je kad. Pandai-pandailah hujung bulan kau fikir nak bayar camne. Tapi, biasanya ada je. Berkat aku rasa. 

At least, aku kerja dan tak susahkan mak ayah untuk tanggung. Sama macam adik-adik aku yang lain. Doa yang sama juga untuk anak buah aku. Tak perlu kerja besar, janji kerja dan tak perlukan orang lain tanggung kita. Sayang sebenarnya kalau kita sendiri tak boleh nak bantu diri kita sendiri. 

Ayah pun aku tak bagi banyak juga. Nasiblah ada anak cam aku ni. Tapi, aku tak berkira untuk keluarkan benda yang aku ada. Counter balik diri sendiri nampak? Aku sehabis boleh, akan bawa kereta kalau naik dengan diorang, aku bagi kereta aku kalau diorang nak balik kampung, bagi selesa sikit, aku balik tengok mak diorang kat kampung (pun nak masuk juga?). Oh, tak banyak juga rupanya jasa aku kat diorang ni. Ingat banyak dah. Haha. 

Terima kasih untuk semua

Untuk nikmat mak dan ayah ni, semoga seorang Nadiah menjadi anak yang solehah, jaga diri dan nama baik mak ayah, kerja ikhlas kerana Allah, jadi lebih baik, tolong ramai orang dan syukur selalu. Amalkan doa ayah ni juga. 



Dan juga doa emak ayah ni.

Love..

Sunday, April 26, 2020

Kisah perkenalan

Adakah aku pernah menceritakan kisah perkenalan aku dengan calon-calon suami di sini? Rasanya tidak. Yang kalau nak buat siri, memang banyak. Last year paling luar di kotak. Tak tahu kenapa tiba-tiba, tahun lepas rancak sangat. Semua orang pun nak kenalkan aku dengan orang. Julian, Syam, Didi, Kamil, Nadzirul dan Abu Ameer. Tetapi, jangan risau, aku tak pernah berkenalan lebih dari dua orang pada sekali masa. Budget setialah. Sebenarnya tak pandai bahagikan attention. Kenapa tiba-tiba nak cerita pula pasal ni? Sebab terbuka cerita aku pernah berkenalan dengan laki orang masa borak-borak tengah makan dengan Deekay. 

Naturalnya seorang Nadiah, memang suka bercerita kepada keluarga sendiri pasal semua benda. Bukan pasal kerja sahaja, pasal kawan, pasal berkenalan dengan orang pun aku cerita. Bila bagitau Deekay aku cerita pasal perkenalan dengan orang dekat family, dia pelik. Sebab dia bukan orang yang macam tu. Dia rasa pelik cerita kat mak dia pasal love story dia. Dia pernah bercinta, tapi orang tu kawen lain. Aku okay je. Sebab memang jenis suka bercerita. 

Deekay : Mak kau okay ke kau cerita-cerita ni? 
Aku : Entah. Aku tak pernah fikir pun. Okay kot. 
Deekay :Iye ar. Mak kau mesti nak kau bahagia. Bila selalu cerita dan tak jadi, mak kau tak rasa macam mak ko fikir, anak aku ni, kesian ke. 
Aku : Entah. Tak sure aku. Tapi, baru-baru ni, Kak Cik pernah pesan kat aku. Tak payah cerita kalau berkenalan dengan siapa-siapa. Aku ingat, dia dah bosan dengar cerita aku, tapi tak jadi je. Hehe.
Deekay : Takdelah yah. Aku dengar cerita kau ni, aku geram. Geram dengan Abu Ameer tu. Aku tau kau okay, tapi geram dengan penipu tu. Kitorang sayang ko. Kitorang taknak ko kena tipu. 
Aku : Aku okaylah. InsyaAllah, Allah jaga.
Deekay : Iye. Tau Allah jaga. Tapi, bila baca whatsapp ko tu, aku jadi geram. Sebab sayang kat kau. 
Aku : Haha. Sampai camtu sekali ke? Patutlah Kak Cik taknak aku cerita kat orang lain. Agaknya, orang-orang lain ni pun geram je dengan orang-orang yang tipu aku ni. (Aku teringat Alin dengan Sity masa aku cerita pasal dah kantoi Abu Ameer tu laki orang, diorang punya menyumpah tu. Aku tenang-tenang je) 
Deekay :  Tulah. Kitorang taknak kau tertipu lagi. Jangan percayalah orang-orang tak kenal ni nak kenal dengan kau. Minta diorang punya Facebook atau insta. Kau ni naif sangat lah. 
Aku : Haha. Ai Tee pun pernah kata. Aku senang kena tipu atau kena buli sebab naif. 

Aku selama ni, tak fikir pun perasaan orang lain bila aku cerita benda-benda ni. Mungkin dah start kena fikir kot. Walaupun aku rasa okay dengan benda nak kenal dan tak jadi ni. Tapi, untuk orang yang sayang kau, mesti dia rasa lain kot. Mak pun, aku rasa mesti sedih. Bila dapat tahu cerita aku nak kenal dengan orang je, dia gembira. Tapi, lepas tu aku dah tak cerita dah. Sebab dah takde apa-apa. Huhu. Lepas tu kadang-kadang, kalau balik belajar ada ayat apa-apa untuk jodoh, suruh aku baca. Anak dia ni malas pula. Huhu. Nak kena sort cerita dengan mak sekarang. Bukan nak rahsia. Cuma taknak bagi harapan. InsyaAllah mak. Ada rezeki mak, ayah dengan nenek tengok orang kahwin nanti. Terima kasih untuk semua perhatian dan kasih sayang. 

I love me too. <3 td="">
Love..

Wednesday, April 22, 2020

Fasa ketiga PKP

Fasa ketiga PKP bermula 15 Februari sehingga 28 Februari. Saya semakin hilang tumpuan dalam kerja. Masih meneruskan kerja. Sekurang-kurangnya sehari, saya akan membuat sesuatu kerja. Cuma ia makin mengurang setiap hari. Adakala, saya kerja separuh hari. Ada kala, saya kerja suku hari. Selepas dua minggu lepas, saya bekerja sampai ke malam kerana mempunyai submission kepada Gaek Ting dan Keng Meng. Minggu lepas pula, saya hanya menyiapkan list sub-contractors untuk Ai Tee dan Sub-Contract Agreement Steel Works untuk direview. Selebihnya, saya memasak, membasuh baju dan bermalas-malasan di atas katil. Kagum saya dengan Deekay. Dia duduk membuat kerjanya sepanjang hari. Mungkin tengahari akan berehat seketika kerana panas. Tetapi, biasanya, malam dia akan sambung sehingga jam 12 malam. 

Sabtu lepas lagi teruk, saya di atas katil semalaman. Pagi saya membaca novel di telefon. Sudah lama tidak membaca, Oleh kerana saya tidak perlu memasak, jadi saya tidak ke dapur. Cuma bangun dari katil untuk solat dan makan. Malamnya, saya memaksa diri menonton kuliah agama. Tetapi, di pertengahan kuliah, saya tertidur. Mungkin saya kurang bersenam. Sudah lama tidak berpeluh, saya menjadi semakin lesu. Tetapi, nak bersenam, saya malas pula. Apalah nak jadi seorang Nadiah ni. 

Hari Ahad juga sama. Sambung baca novel lagi. Kebaikan baca novel ni, minggu ni nak send e-mail kepada bos, perfect. Haha. Tapi, jahanam hari Sabtu Ahad tu. Dihabiskan begitu sahaja. Hari ni hari Selasa. Saya menjadi ketua keluarga dengan pergi membeli barang. Ramai sungguh orang hari ni. Semoga saya sihat-sihat sahaja. Balik terus mandi. Lagi tiga hari nak puasa, InsyaAllah saya cadang untuk pulang hari Khamis. Tetapi, saya call nenek Saabah masa tu, nenek meminta saya meneman Deekay waktu bulan puasa ni. Mungkin saya akan pulang ke Klang hari Sabtu atau Ahad kot. Meneman Deekay sehari. Sudah sebulan tidak pulang ke kampungnya. Sudah rindu keluarga. Mesti sedih jika hari pertama keseorangan berpuasa. Selepas itu, mungkin saya akan ke kampung saya di Klang. Walaupun melihat dari waze, jalan yang biasa saya lalu telah ditutup, mungkin kena lalu jalan lain yang ada roadblock. Moga dipermudahkan nanti.

Nenek Rammelah pun tinggal rumah seorang. Takde selera nak makan. Nenek Saabah ajak Nek Som tinggal sekali. Berteman ni, ada juga selera nak makan. Saya seperti mahu meminta Rahman menemani nenek sahaja Ramadan ni. At least, sahur dan buka nanti adalah teman. Semoga Rahman naklah teman.

Ramadan kali ini, semoga kita semakin dekat dengan Allah, mempunyai perancangan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik, bertaqwa dan keluar dari kuarantin ini memberi lebih banyak kepada orang yang memerlukan. 

Tom Yam gais.. 

Menu biasa : Sup sayur, sambal dan telur1

Maghrib tunggu Isyak

Breakfast bila stok roti habis

Nampak tak dah rajin? Maggi pun gigih tumis

Tunggu Deekay balik kerja

Shopping puasa


Love..