Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Thursday, December 11, 2025

Trip ke Newcastle

Layla ada tournament petanque kat Newcastle. Dia ajak kitorang pergi since kitorang memang suka pergi Newcastle. Ingat nak balik hari je. Tapi, dah umur2 gini, kita keluarkan duit untuk tidur semalam jelah kat sana. So, seperti biasalah single girls trip. Grace mula-mula taknak join. Dia baru dua minggu balik dari Jepun. Total damage pergi Jepun AUD $5k. Nak kena recover. So, kitorang sebagai kakak yang baik, belanja homestay. Dia just bagi vibe je kata Mira. 

Akukan baru amik UGG01, ada satu department ni aku nak kena study sebab tak sempat buat minggu lepas. Condition Survey.  Aku siap cakap dengan Nick Frost hari Jumaat tu, aku study dulu forecast tu dan cuba buat on weekend. Dalam kepala, nak bawa ke laptop pergi Newcastle? Tapi, dah bayang dah jadual kat sana takdelah masa senggang sangat. Dan sejak-sejak baca buku ni, ko kena being present dan jangan multi-tasking sangat. So, aku decide nak enjoy je time aku kat sana, nanti balik hari Ahad, aku tengok.

Hari Sabtu tu, kitorang sampai terus pergi beach. 2 km je dari airbnb kitorang. Lepas main-main ombak, kitorang sambung mandi jacuzi dekat rumah pula. Malam tu keluar pergi Coles beli barang Layla nak masak. Settle makan jam 11 malam. Layla terus tidur sebab esok dia ada games. Mira dengan Grace sambung tengok movie dan aku teman sampai tertidur kat couch. Dalam pukul 1 pagi diorang settle tengok movie, aku sambung tidur dalam bilik. Ada sesekali aku teringat pasal kerja, lepas tu aku persetankan dia. Haha. 

Esok paginya, aku hantar Layla pergi games. Mira dengan  Grace tidur lagi. Kitorang pergi breakfast dulu. Time nak balik tu, Layla kata, macam mak hantar anak pergi games. Haha. Teringat hantar anak Ami pergi pergi training bola sepak. Lepas aku balik, mandi, kemas2 dan check-out. Kitorang pergi brunch dan jalan-jalan kat pantai. Layla kata, dia dapat loser team. So, mungkin akan balik awal. Aku dalam hati, ‘Patut ke aku doa dia kalah supaya kitorang boleh balik awal dan aku boleh buat kerja aku?’ Lepas tu aku istighfar. Aku doa je yang terbaik untuk Layla dan aku.

Aku pernah dengar Ustaz Azlan kata, kalau kau ada plan, dan plan kau tak jadi. Yang jadi tu plan Allah. Dan Dia sebaik-baik yang buat plan. So, aku lantakkan dan teruskan hari tu. Kitorang pergi dekat Layla sebab nanti kalau dia dah habis boleh terus balik. Time kitorang datang tu, dia eksaited tunjuk kitorang kat kawan-kawan dia. Aku repeat kata Layla, ‘Mak nak tengok anak main ni.’ Teringat aku reels yang tunjuk attendance matters. Bila budak2 buat performances dekat pentas, muka dia biasa je, tapi lepas nampak mak ayah dia, dia senyum gembira. 

Kitorang support kejap je sebab sejuk. Masing-masing pakai baju nipis je. So, kitorang pergi cari makananlah. Lepas makan dan isi minyak, Layla text kata dia menang. Aku dengan Grace, ‘Which loser team that won a champion? Different terms loser with the normal that we knew. Haha.  

Kitorang amik Layla dan balik Parra. Grace bawa sebab kitorang nak dia improve skills memandu dan aku nak tidur. Konon-konon nak save tenaga balik nak buat kerja. Aku tidur sepanjang-panjang perjalanan. Sampai rumah jam 10 malam, tapi tak larat nak buka kerja. Aku buat esok pagi-pagilah. 

Isnin tu, pukul 6 pagi aku dah buka laptop. Berjaya upload beberapa UGG01 dan cuba tengok kerja Nick Frost tu. Tapi, complicatednya aku tak boleh nak masukkan. Aku bagitau je Nick tu, kalau boleh submit without movement nanti kita buat balik next submission. Dan Alhamdulillah dia terima. Dalam tengahari tu, aku tinggal Enviro je nak hantar. Aku siap boleh buat satu payment schedule. Alhamdulillah untuk hujung minggu yang tenang dan hari Isnin yang berkat.

Sojuk angin dia



Jalan kat tepi pantai

Brunch Ahad

Breakfast Ahad


Pergi beach Sabtu

Breakfast Ahad tu

Love..

Sunday, September 28, 2025

Farewell Tam Do

Ada sorang budak enviro ni dulu duduk sebelah aku time workstation kitorang dekat site Rosehill. Dia extrovert so, rajin menegur aku pagi-pagi. Ada sekali, dia tengok lauk lunch aku, dia kata menarik. Ayam masak merah yang aku guna paste readymade. So, aku bagilah dia satu bekas sebab aku dah pack siap-siap esoknya. Pastu dia kata nak masak untuk aku juga sebab mak dia suruh balas baliklah. 

Kitorang pun set sehari selasa malam dan aku ajak Shweta, safety aku dulu datang sekali nak buat farewell Tam ni. Dia dah tender resignation nak balik Melbourne dapat kerja kat sana. Alang2 tu, aku ajak Grace sebab dia tak pernah datang rumah aku, dah dua kali dia datang makan rumah mira. Lagi pula dia gen-z sama dengan Tam ni dan pernah keluar sekali dulu tengok wayang. Aku ajak Layla sebab rumah dia kat atas je. Aku dah confident sikit ajak orang makan walaupun masak biasa-biasa je. Haha. Aku pun masak tom yam ayam dan goreng telur. Tam dia buat egg drop dengan rebus ayam. Beberapa kali dia cakap dia guna ayam halal. Haha. 

Ni kat rumah Mira last Ahad

Malam tu kitorang borak, tiba-tiba terkeluar pasal sorang budak safety ni gay. Aku dahlah suka budak lelaki ni. Sebab dia chinese yang baik dan soft-spoken je bila cakap. Ramai kawan chinese aku kan camtu. Yeaw dengan Nga. Aku tak sangka dia gay. Dia lahir dekat Australia. Ethnicity dia dari Hong Kong. Ko Asian kot, asal boleh melencong ni? Haha. Lepas tu, kitorang borak camne yang orang boleh jadi gay? Sebab kalau dulu, mungkin trauma childhood ke, ada case tak best dengan different gender ke. Tapi sekarang macam kau takde trauma pun kau boleh gay. I is confused.

Shweta cerita dia ada kenal sorang lelaki ni, pious, rajin ngaji, solat semua, tapi gay. Husband Shweta ni Islam. Diorang dari India, so boleh kawin dengan perempuan bukan Islam. Shweta bukan Islam. Aku pun cerita, aku pernah nampak lalu kat ig page aku, lelaki ni solat, puasa, ngaji semua, lepas tu dia gay. Caption dia, ‘Even syaitan was confused.’ Haha. 

Ujian betul sekarang ni. Aku teringat Achik Iza pernah cerita dia ada kawan professional jugalah yang gay dan kahwin dengan perempuan. Bodoh betul orang yang pentingkan diri macam ni. Kau nak rosak, rosak sorang-soranglah. Tak memasal, orang lain pun tersangkut sekali.

Aku ni okay je orang tu dia interest ke same gender atau different gender as long as dia happy. Sebab aku percaya, orang happy ni dia akan boleh bagi banyak lagi kebaikan kepada orang keliling dia. Tapi, benda ni kan dilaknat oleh Allah, adalah sebab kenapa Allah larang benda ni. Kita benci perbuatan itu, tapi tidaklah pelaku itu. Moga dia diberikan petunjuk ke pangkal jalan. Minta dijauhkanlah dari semua ahli keluarga aku dan orang-orang yang aku sayang. Eh, jauh dari semua oranglah. Huhu. 

Grace, Layla, Tam, aku dan Shweta




Love..

Wednesday, April 30, 2025

Melancong ke negara lain

Cuti Anzac masa tu berjalan ke Brisbane. Masa borak-borak dengan Mira dan Grace, ada beberapa memori berjalan ke Amsterdam dan Korea yang aku berkongsi cerita. Seperti satu cerita di Netflix yang berlatar-belakang di Amsterdam dan hujan-hujan di Brisbane menyebabkan aku teringat berjalan-jalan di Korea semasa hujan. 

Bila sudah lebih dua tiga kali aku bercerita pengalaman berjalan tu, aku clarify dengan diorang. Aku pernah pergi dua negara tu je. Itupun ikut sepupu aku dengan mak dia. Obviouslylah Alin yang akan fikir semua. Aku masa pergi Brussels dia bagi task pun aku tak perform. Takkanlah nak aku yang fikirkan? Ke lautan dalam nanti. Haha. Penat kot arrange trip ni. Sian aku tengok Layla. Tapi member rileks je. Kadang2 kitorang support ar dengan bayarkan dulu, gunakan waze dan bawa barang. 

Cara aku cerita macam banyak benor tempat aku dah pergi. Haha. Walhal pergi dua tempat je. Haha. Okaylah asalkan ada pengalaman cerita kat orang tu. 

Pagi Isnin tu, bila cerita dengan jiran sebelah workstation aku, Tam Do cuti dia buat apa, dia pergi hiking sorang-sorang. Naik train sejam dari Sydney. Aktif dan berani sungguh. Aku haruslah tidak. Pastu borak dengan sorang lagi personal site, Maddy dia tak pergi mana-mana sebab dua minggu lagi dia nak cuti. Pergi Japan sorang-sorang. Pastu dia cerita pernah pergi Sri Lanka sorang-sorang juga. Dia volunteer untuk jaga gajah kat sana dan dia juga pernah volunteer jaga singa kat Afrika. Aku dengar, terlopong. Dia kata aku patut cuba. Haha. Benda yang scary tapi bila dah buat, best experience ever. Patutkah? 

Memang tak naik roller coaster ni






Love..

Saturday, March 1, 2025

Little Woman - Drama

Aku menghabiskan satu series ni dalam masa sehari. Menyampah dengan diri sendiri yang takde self-control untuk stop dan tahan diri untuk sambung lain masa. Masa yang diambil adalah sehari. Dari jam 5 petang sehingga 5 pagi. Ditambah pula tak solat dan esoknya Ahad. Memang lagi tiada ketahanan diri. 

Cerita mengenai seorang kakak yang menjaga dua orang adiknya. Aku minat pelakon perempuan ni sebab dah tengok movie yang aku pun tak tau kenapa keluar kat feed aku. ‘Love in the Big City’, Kim Go Eun. 

Pastu dia recommend drama ni. Pasal kakak ni amik tanggungjawab untuk jaga dua orang adik dia. Yang bawah dia wartawan berita dan lagi sorang pelajar seni. Aku suka citer ni sebab dia subtle je. Adik dia kawan dengan anak orang kaya (kerja bapak dia-ahli politik). Tayang dekat tv, semua baik-baik, loving. Sekali diorang tidur dekat rumah kawan dia tu, bapa dia pemarah rupanya. Mak dia pula macam giler. Aku tak suka ending cerita ni. Cara mati pembunuh dalam cerita ni senang sangat. Walhal ramai dah mati dekat tangan dia. At least kena bagi tragic sikit. Haha. 

Adik-beradik diorang ni tengah struggle nak hidup masing-masing. Pastu terjebak dengan kes pembunuhan kawan baik kakak dia dekat pejabat. So, nak survivekan diri masing-masing dekat dunia, nak eratkan adik-beradik, pastu nak selesaikan masalah pembunuhan lagi. Memang strugglelah. Pastu tersepit antara nak guna duit yang bukan milik sendiri untuk selamatkan adik atau nak jadi orang baik pulangkan duit tu dan tengok adik tak dapat buat pembedahan. 


Lepas tu, aku bantai tengok drama-drama Kim Go Eun ni. Aku rasa dia macam versatile. Cheese in the Trap aku habiskan beberapa hari juga di hujung minggu. Walaupun ending dia tak menarik, tapi Kim Go Eun ni comel betul dengan tidak mengikut standard beauty orang korea dalam cerita ni. Tapi, hero masih suka yer. 


Lepas dah tengok citer ni, sangkut pula citer dia dengan Lee Min Ho. Rumours kata diorang couple lepas citer ni. Entah. Aku malas kisah korang punya romance ni. Janji korang bahagia je. Yang ni slow sikit cerita dia. Aku banyak skip sebab episod dia banyak. 16 kot. 


Pastu aku dah menyampah dengan diri sendiri sebab tengok drama-drama ni time hari kerja dan tidur lewat. Ada satu lagi cerita legend yang aku hold dulu nak tengok sebab nak puasa. Konon-konon nak fokus beribadah. Haha. Goblin! Aku punyalah tak heran cerita tu dulu masa tengah hype. Tapi sebab baru minat heroin ni, terus rasa nak tengok. Ko sabarjap. Aku nak puasa dulu. 

Ada satu movie dia dengan Hae In pun best juga. Tune in Love. Movie ni pun aku suka sebab habis dalam dua jam je. Comel movie ni sebab hero dengan heroin citer ni asyik berpisah je setiap kali jumpa balik. Bila jumpa balik tu dia rasa sweet sangat. Bila berpisah tu rasa sedih je. Baru jumpa, esoknya hero kena pergi militiary servicelah. Beberapa tahun lepas tu jumpa balik, hero kena tangkap dengan polislah. Beberapa tahun lepas tu jumpa balik, baru nak sweet-sweet nak start couple, heroin pula pergi dig history hero yang hero tu nak simpan taknak orang lain tahu. Heroin tu ingat nak tolong dia overcome, rupanya hero tu memang taknak bagitau sebab nak hidup macam orang biasa. Konflik betul. Ending dia simple je, heroin pergi kejar balik hero kat tempat kerja dan habis sambil masing-masing pandang each other dari luar dan dalam konti je. Pandai-pandailah ko fikir camne nak endingkan.


Baru-baru ni Kim Go-Eun ni menang award pelakon filem wanita terbaik kalau tak silap. Dia jadi pawang dalam filem Exhuma tu. Tapi, macam belum tayang lagi. Dalam speech tu dia kata thanks dekat orang yang bawa dia masuk dalam industri ni sebab dia memang suka berlakon. So, dia bersyukur sangat boleh buat apa yang dia suka.

Dan seperti biasa, aku pun akan terfikir, aku suka ke buat apa yang aku buat sekarang? Pastu sambung tidur, teruskan kehidupn tanpa pause kejap dan berfikir. 

Selamat menyambut Ramadan. Semoga beroleh taqwa. 🥰🥰

Love..

Sunday, October 13, 2024

Nikmat Sihat Yang Patut Disyukuri

Aku punya target adalah menulis blog setiap minggu. Bercakap apa saja topik. Penting dan tidak. Untuk aku tengok balik perjalanan hidup yang sementara ni. Tetapi, minggu lepas terlepas. So, hutang kepada diri sendiri dua post minggu ini. Mari. 

Ada banyak rezeki yang Allah bagi dekat aku yang aku syukuri. Nikmat sihat antara salah satu. Berdepan dengan orang keliling yang tidak sihat seperti Deekay, Paie, Pak Busu dan beberapa orang lain, nikmat sihat memang aku syukuri. Ayah selalu doa, minta sentiasa sihat supaya tidak perlu susahkan orang lain. Ye, aku doa tu. Alhamdulillah, sepanjang sembilan bulan kat sini, kesihatan aku terjaga. Walaupun berhadapan dengan penukaran musim dan biasanya Nicole akan demam akibat debu bertukar musim, aku masih sihat. 

Dua minggu lepas, kesihatan aku terganggu. Bermula dengan kesakitan badan, demam dan selsema sehingga aku meminta pulang awal dari pejabat. Nasib menjadi kurang baik kerana minggu itu merupakan minggu membuat forecast. Aku tidak mampu untuk bercuti. Selepas pulang awal pada isnin, membuat covid test dan negative, tidur sepanjang malam dan makan ubat, aku ke pejabat esoknya. Aku siap bertanya kepada kak cik, bagaimana cara mahu tidur ketika demam. Al-maklum, tak biasa demam dan nak sembuh cepat. Masih dalam keadaan dedar, selsema dan sakit tekak. Aku bersyukur merasai pengalaman sakit itu. Dapatlah guna ubat dari KL yang diambil semasa mahu datang ke sini dulu.

Semasa menceritakan kepada Deekay, dia menasihati aku untuk mengurangkan aktiviti akibat faktor umur. Aku akui, sekarang masa aku banyak terisi dengan badminton, kelas berenang dan pilates. Terlalu banyak mungkin. Aku telah mengurangkannya setakat ini.  

Ketika aku menyatakan pengalaman merasa kesakitan itu kerana sudah lama tidak sakit, Deekay berkata yang dia sudah lama tidak merasa nikmat sihat. Allah. Selepas pembedahan lapan tahun lepas, aku melihat jatuh bangun seorang Nurul Hafizah menjalani kesakitannya seorang diri. Semangatnya memang kuat dan masih meneruskan kehidupan. Kadang-kadang dia sudah tidak larat mahu bekerja, tetapi memikirkan tidak dapat memberi duit bulanan kepada maknya, menyebabkan dia membatalkan niat untuk berhenti. Jika sekadar meneruskan kehidupannya sendiri, dia masih boleh kerana tidak mempunyai hutang. Cuma, mahu memberi kepada maknya sahaja yang menjadi keberatan.

Allah. Aku pun tak mampu buat begitu aku rasa. Untuk semua kesusahan dan pentingkan mak ko Kay, semoga dipermudahkan urusan, diberi kekuatan dan ketabahan, dirahmati Allah dan dimasukkan ke dalam syurga Firdaus yang tertinggi. 

Candlelight Concert - Tribute to Taylor Swift

Earting lepas balik kerja. Setengah jam pijak rumput

Test  covid. Negative


Love..

Wednesday, September 4, 2024

Kawan-kawan

Pernah sekali borak dengan deekay pasal aku ni macammana? Sebab bila kawan dengan lelaki, mesti takde kesinambungan. Kira macam post mortemlah. Deekay kata, aku ni biasa je. Ada ke takde sama je. Sebab aku tak kelakar, nak kata pandai gosip pun tak juga, pandai mengayat lagilah. So, bila orang kenal aku, basically, takde benda attractivelah. Sebab tu lelaki2 tu blah. Haha. 

Aku pun tak tahu camne boleh masuk #gengluncheonn tu? Kalau ikut kriteria, tak layak. Haha. #gengsricomel sebab dulu sama2 belajar UiTM. 

Kat sini, aku takdelah nak berkawan beria-ia sebab dah umur2 camni, being alone is okay. Kadang2 je rasa lonely, mungkin 5% out of 100% of my life. But most of the time, okay je sorang-sorang. Layla ni engineer tunnel. Mula-mula kenal, budak ni serius. Beza 10 tahun dengan aku. High achiever dan bijak. Engineerkan? Dialah rajin bawa aku masuk group2 melayu ni sebab aku dok keluar dengan geng cina je. 

First time dia kenalkan dengan Ain dan Mira ni, aku pun dah lupa camne. Siapa suruh tak tulis dalam blog? Haha. Ada few occasions yang kitorang keluar makan sama. Ada sekali Mira stress dan nak ajak kitorang pergi dinner. Dia call sorang2 sebab malas nak taip. Aku pelik, napelah korang takde whatsapp group? Tapi, aku pun malas nak campur. Akukan good follower je. 

Masa breakthrough kat SOP yang kedua, invitation untuk orang luas sikit. Compare to yang first. So, Mira dan Ain datang sekali. Nak makan free katanya. Ada bakar-bakar yang halal. So, diorang datanglah. Aku yang suka bergambar orang-orang ni, minta tolong Yeaw tangkap gambar kami. Cantik dan semua pun nak. Aku pun createlah group whatsapp untuk bagi gambar tu. Maka, terhasillah group whatsapp 'Perempuan Cantik'. 

Aku syukur je diorang nak kawan dengan aku ni. Aku nikan tak kelakar, biasa-biasa je. Masa nilah teringat pak busu kata, 'Dalam banyak keadaan, aku ni diselamatkan'. Alhamdulillah. Syukur pada Allah.

Banyak lagi nak tulis, tapi aku baru buka balik blog ni dan tengah edit post ni. Aku sambung je. Nak kena banyak menulis lagi tahun ni. Banyak benda jadi kat life ni. Nadiah, sila rajin! 

Till next time. Take care guys. 

Off to Wollongong

Girls Trip

Get Together dinner

Perempuan Cantik katanya



Love..

Tuesday, June 13, 2023

Sinking Fund - Korban 2023

Sebab dah follow Nafisah Amran, haruslah praktikkan apa yang dia ajar, sinking fund. Untuk perbelanjaan besar-besar seperti raya, mula sekolah, percutian, servis kereta dan yang kamu rasa kalau nak keluar duit sepelepuk agak sukar. Maka, kita menabung secara bulanan. 

Sinking fund sekarang dah senang. Boleh buat tabung je kat Maybank 2u. Pastu auto deduct siap-siap sehari lepas gaji. 

Raya korban kali ni buat kat Malaysia. Tahun lepas, kak cik kata tempat dia ramai orang tak dapat daging sebab tak ramai orang korban kat situ. Tempat kak cik kira tempat orang susah juga. Jadi, aku tanamkan azam tahun depannya nak buat korban kat Golden villa. 

Alhamdulillah syukur, tahun 2023 dapat buat kat Malaysia. Mak tolong tanyakan Cik Ina sebab dia yang uruskan. Cik Ina kata okay. Memang nak cari lebih dari dua ekor pun sebab tak berbaloi sangat kalau dua ekor je. Semoga dapat lebihlah. Kak cik pun korban kat situ juga. 


Walaupun kena top-up seratus, takde masalah, ada tu rezeki lain. Alhamdulillah. Bayaran ni memang boleh dapat dua bahagian kat luar negara, tapi takpe. Ada rezeki nak bagi orang Malaysia. 

Love..

Monday, April 10, 2023

Berbuka Puasa 2023

Setelah dua tahun berehat disebabkan COVID, mak meneruskan tradisi menganjurkan acara berbuka puasa di Klang tahun ini. Walaupun dah setiap tahun buat, masih ada lagi kerenah dan kepenatan sebelum kenduri yang perlu dilayan yer. 

Tetapi, tidak terkira banyaknya pahala yang InsyaAllah diganjarkan Allah akibat memberi makan orang yang berpuasa. Juga bersama-sama merapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga. Semua kepenatan itu telah minus melihat kegembiraan oleh kedatangan dan senyuman saudara-mara sebab dapat berkumpul sekali. Bak kata Pak Long, 'Kalau buat pun orang tak datang, tak berjaya juga.' 

Sedikit kegembiraan :-
1. Melihat Mubarak dan Sobri borak sesama diorang. Sebab diorang pun tak selalu jumpa.  🥰🥰

2. Nenek datang dengan Masyitoh dan Rahman dari kampung. Mamat ni kira third home dia lepas rumah ummi dan nenek. So, tak kira. 😜😜

3. Serunding dari Kelantan selamat diagihkan di minit2 terakhir kenduri. Aizat dah pesan kat aku dah. Aku terlupa. 🤭🤭

4. Tak tau samada orang dah ramai atau kitorang salah estimate, tapi hampir semua makanan habis. Roti jala habis, pizza Lina bawa pun tak sempat rasa dan kek aiskrim pun selamat dihabiskan. Maaf untuk yang kurang yer.🫰🫰

5. Masa solat terawih, sebab imam takde mic, Pak Busu kuatkan suara bila nak tukar rukun. Mudahkan kami yang solat kat dalam rumah ni. 

6. Walaupun takde kaitan, tapi gembira juga. Pak Chim dah duduk tempat pemandu. Husni dah boleh bawa kereta masa diorang nak balik. Seronok. Sebab aku suka perasan boleh bawa mak dengan ayah ni. Dulu masa kita kecik, ayah dah bawa. Jadi, bila ada peluang dah besar ni, aku akan cuba bawa.  🤗🤗

7. Ahadnya Kak Cik dengan Fisha pagi-pagi dah kemas pinggan mangkuk masuk balik dalam almari. Efficient. Semua dia dah kemas. 👍👍

8. Lepas tu aku pergi buat spec dengan Kak Fisha dan Mina sambil kak cik layan Acap main Saidina. 

Nikmat keluarga ni memang aku syukur banyak. Segala puji hanya untuk Ya Rahman dan Ya Rahim. 









Love..

Wednesday, April 5, 2023

Beriftar adik-beradik

Dua minggu lepas, kecuali Kak Fisha, semua anak ayah buka puasa kat Klang. Kak Mi sepatutnya bukan turn dia, tapi dia balik juga. Lupa nak tanya kenapa. Dia balik sekali dengan Kak Mina yang kerap juga balik kebelakangan ni. Alhamdulillah, banyak juga update cerita-cerita terbaru kami. Kalau nak harapkan cerita dari Insta aku dan blog ni je, mahu kena gelak setiap kali bercerita sebab ko tak tau cerita. Haha.

Daus sebenarnya taknak balik, Ami telefon dan paksa dia balik. Kuasa kakak konon-kononnya. Buka apa yer masa tu? Oh, Ami goreng meehun. Macam-macam makanan sebenarnya. Muzakir bawa lagi. Sejenis orang yang datang rumah, mesti bawa barang. Bak kata Daus, yang melenggang atau bawa baju kotor balik Klang tu anak mak. Kalau bawa balik makanan ke benda ke, tu menantu. Haha

Malam tu Ami ajak solat terawih je kat rumah. Aku pun okay je. Pastu, ayah panggil masuk dalam bilik dengan mak. Aku pun pelik, nak minta aku jadi bilal ke? Rupanya ayah nak minta buka tingkap sebab masing-masing batuk masa solat maghrib tadi. Kitorang dok pasang air-cond yang memang guna time weekend orang datang je. Rumah ni memang tengah tak sihat masing-masing. Kak Fisha siap kena influenza B lagi minggu lepas. Muhammad pun ayah tak bagi datang sebab takut bawa ke nenek.

Tapi, kitorang batuk tadi sebab Ami goreng sambal ikan bilis untuk anak kesayangan dia time kitorang solat. Member tak solat. Memasak. Siap, semua batuk. Lepas explain, ayah pun okay. Comel je ayah aku ni. Malam tu, dia jadi imam kitorang. Laju juga ayah baca sekarang ni. Dulu time kat rumah tepi sungai, siap ada sujud lama-lama nak minta doa. Haha. Imankan ada turun naiknya. Percaya je taqwa ayah dah tinggi. Nanti kat syurga, orang kat tingkat bawah, panggil naik level sama mak dengan ayah tau. :P

Dulu pernah terfikir or Alin pernah tanya yang kalau kita masuk syurga, tapi tak sama level sebab lain orang kan lain amal dia, camne nak jumpa mak ayah balik? Mak Ngah kata, cuba je ar masuk syurga dulu. Masuk tu pun dah susah. Betul. Islam ni kan kata kerja. Kena kerja nak masuk syurga. 

Tadi, dengar Dr. Omar Suleiman cerita pasal Jannah season ni sempena Ramadan, menarik betul. Boleh jumpa mak ayah kita, boleh jumpa atok nenek moyang kita, ex kita. Boleh kalau nak kawin, nak rasa mengandung, nak rasa melahirkan, semua boleh dapat kat syurga. Dia tak rasa sakit macam kat dunia, tapi boleh minta kalau nak rasa. Pastu takde cemburu ke dendam ke kat ex sebab tu semua sifat kat dunia je. 

Menariknya kalau boleh kumpul ramai-ramai balik kat syurga. Moga Allah kumpulkan kita semua. Kata Amin..

Boleh tonton kat sini. 


 

Gigih Acap

Trend tangkap gambar kata Akmal

Yang selebet tu ko

Satu lagi harta dunia



Imam saya

Anaqi sayang

Melissa sayang 

Geram

Geram 2

Geram 3. Tengok telefon je masing2

Love..

Friday, June 24, 2022

The Everly Putrajaya

Percutian pendek sehari semalam dekat Putrajaya. Mencipta memori bersama anak buah dan keluarga. Acap dan Afifah main swimming pool. Akmal dan Afiq pergi gym. Melissa? Ikutlah mana orang yang angkat dia nak bawa. Pergi gymlah, bilik oranglah. Ramai lagi orang nak melayan. 😘😘

Sebelum kitorang tolak ke tepi katil tu

Nampak tenang yer di situ

Terima kasih Kak Fisha yang susah-susah masak lauk kesukaan Afifah, ayam masak merah. Ada acar timun dan nasi. Save duit akak nak belanja dinner. Haha. Aku punya fikir nak senang, nak keluar makan je. Kak Fisha kata, tak kuasa nak keluar lepas dah check-in. Mujur ada orang yang fikir panjang macam Kak Fisha. Terjaga sikit percutian ni. Masa borak-borak sebelum hari Jumaat, Kak Fisha kata request kat hotel dapat bilik yang attach. Alhamdulillah dapat. Tenang bagi sebilik lelaki, sebilik lagi perempuan. 

Ayah bestlah datang sini, tenang je tengok telefon. Mak yang tak berapa hotel friendly, siap gigil sejuk. Tidur pun tak pasang air-cond. Side lelaki ar. Sebab mak takyah pakai tudung dengan semua lelaki. Suami, cucu, menantu dan anak buah. Next time kena bawa baju sejuk. 🤗🤗

Lauk yang Kak Fisha masak. Tq sayang

Nasi untuk seisi keluarga

Sebelum kena kurung. Merangkak-rangkak dalam hotel

Konon-konon nak tidurkan Melissa dalam ni. 

Kak Cik siap request baby cot daripada hotel ni. Ingat nak tidurkan Melissa dalam tu, takde maknanya. Dia tidur dengan Kak Cik kat bawah. Lantai hotel ni ada carpet. Memang penuhlah malam tu. 

Gambar duduk hotel katanya

Abang Akmal tangkap



Melayan Melissa

Afifah dengan Acap, petang tu dah masuk swimming pool. Ni baru balik. 


Solat jemaah wei

Kena kurung. Hehe


Terima kasih juga untuk Pak Busu sebab join the club dan ajak nenek tidur sekali kat bilik diorang. Ingat nak ajak nenek lepak2 kat bilik kitorang petang tu, mujur tak sampai hajat. Nenek dapat rehat penat buat tapai. Pak busu pun beli breakfast pagi Sabtu untuk nenek sekali kat hotel. Dapat special price, warga emas, RM15. Kitorang memang tak ambillah, ramai. Ijam dengan mamatlah kena pergi beli kat Kajang. Roti canai dengan nasi lemak, sedap! Untuk semua orang RM 50. Okaylah. Nak merasa makan breakfast hotel, pergi sendiri yer. ❤️❤️




Lepas lambai-lambai nenek balik bilik Pak Busu lepas makan. Request satu level supaya boleh lepak-lepak dengan senang. Ni je ar masanya. Esoknya Pak Busu dah pergi sarapan kat bawah. Kitorang tunggu makanan dari Ijam dengan Mamat. Diorang pergi cari makanan lepas Subuh. 


Sementara tunggu Ijam dengan Mamat 

Acap dan Afifah mandi kolam

Lepas hantar nenek, mak dengan ayah ke tujuan utama tahu pasal hotel ni, iaitu majlis nikah Amir, sempatlah kitorang berpeluh-peluh kat gym. Menarik juga. Biasa mana heran. Ada geng, bolehlah melayan pergi bersenam. Tak lama pun. Balik bilik dan lepak lagi sambil makan sementara tunggu check-out. 

Nak dengan Abang Afiq yang rajin melayan

Comel



Setelah penat berpeluh

Sempatlah melayan anak buah ni. Jerawat nak tumbuh kat bibir tu. Time nak guna mukalah kan? Tetapi tak jadi. Mungkin sebab aku dah keluarkan toksin melalui senaman. Post covid lepas 3 bulan, aku jalan sikit dah semput. Tak sure kenapa. Dulu lepas covid, okay je. Ada budak yg post-covid ada lagi sakit tekak dan batuk. Aku okay je. Sekarang je tak tau kenapa, cepat penah. Nafas pendek.

Pak Busu belikan breakfast untuk nenek.

Singgah bilik Pak Busu tengok nenek

Beg dah ada orang angkatkan

Time nak check-out, kitorang siap call untuk bell boy bawa troli nak angkat beg-beg yang banyak tu. Macam-macam ko belajar yer. Request bilik sebelah-sebelah, baby cot dan troli beg bagai. Hehe. Janji korang gembira. Alhamdulillah untuk nikmat keluarga yang masih boleh duduk sekali dan bergaduh ni. Sebelum pergi cuti pun gaduh nak bawa barang yer. Kat sana kita enjoy-enjoy je. 

Terima kasih untuk perkahwinan Amir yang menjadi pencetus kepada percutian keluarga ni. Diorang buat kat hotel ni. Kitorang bercuti. Tenang-tenang pergi majlis pagi tu dari bilik. Kalau dari Klang, pukul berapa nak bangun dan nak gerak. Terima kasih Daus atas idea. 

Tema baby blue to wedding Amir

Mak ayah dah sejuk. Hehe


Tahniah Amir dan Anis


Love..