Showing posts with label diri. Show all posts
Showing posts with label diri. Show all posts

Friday, April 24, 2026

Agamawan Yang Korup

Beberapa hari sebelum menghabiskan hari terakhir di WTP. Tak tahu nak rasa apa.  

Kegembiraan
Kegembiraan 2

Kegembiraan 3


Last event sebelum aku pulang ke Malaysia dan cuti panjang, lunch dengan whole site team. Waktu ni, semua PM kena nominate Get Together Award kepada diorang punya team member. Tom nominate Tom Freeburn dengan John Carty - Superintendent kitorang. Memang deserved sebab memang rajin masing-masing. Pastu John Gadallah, - Deputy Project Director kitorang nominate Hamzah, Snr Quality Coordinator. 

Sehari sebelum event ni, Mira dah bagitau aku John nominate Hamzah, aku dah bangga dah. Sebab dia Muslim, Melayu dan Malaysian. Maksudnya memang dia buat kerja. Aku jarang jumpa lelaki yang jaga agama dia dan rajin bekerja. Ada beberapa kawan aku, rajin bekerja tetapi kurang menjaga agamanya dan menjaga agamanya kurang rajin bekerja. Jadi, aku sedikit skeptikal kepada lelaki-lelaki Melayu ni. Aku percaya je ada yang bagus cuma bukan di ruang lingkup aku. Aku lebih ramai jumpa Cina yang rajin-rajin. Haha. 

Jadi, bila nama Hamzah naik ni, macam satu kebanggaan dalam diri sendiri. Aku kadang-kadang question juga kapasiti aku kat sini. Bagus ke aku as Muslim kat sini? Akan orang ingat aku sebagai orang yang pandai buat kerja ke? Sebab aku suka bila orang appreciate kita sebagai baik dan boleh buat kerja. Aku rasa aku boleh push lebih untuk jadi lagi baik. Banyak masa habis dengan buat benda lagha kat sini. Ataupun tak buat apa-apa yang bermanfaat untuk diri kau, apatah lagi ummah. Dah tau, tanya lagi. Haha. Aku harap aku do justice untuk role aku sebagai Muslim walau kat mana aku berada. Masa dinner dengan team aku malam tu. pelayan restoran tanya 'Any meals restriction?' Pastu one of kawan aku jawabkan, 'No Pork.'. Comel je. Diorang pun selalu kalau nak ajak aku join makan dengan diorang akan cari yang halal meat. Lagi satu benda yang kau boleh buat adalah study kenapa kau tak boleh makan ni atau apa yang kau boleh makan. Biasa kat Malaysia mudah-mudah je. Kat sini, orang akan tanya. Biasa aku cakap aku buat sebab biasa buat je. Boleh upgrade jawapan kot lepas ni. 


Dalam minggu ini, Malaysia digemparkan dengan dua kes melibatkan agamawan menyeleweng  dana zakat dan menyeleweng dana yang melibatkan jutaan riggit dan beberapa lagi barang mewah. Jutaan ringgit. Semenjak bekerja di Australia, aku merasa betapa besarnya nilai duit ribuan ringgit itu dan masih boleh dimiliki. Aku bersyukur dengan nikmat rezeki yang ada sekarang. Banyak benda yang boleh dikira mudah untuk aku buat hanya dengan menggunakan duit. 

Peluang pulang ke Malaysia dan membelanjai emak ayah dan keluarga adalah benda yang paling seronok untuk Aku. Nikmat membawa emak ke Mydin tanpa perlu memikirkan berapa jumlah harga barang sangat aku syukuri. Selain itu, rezeki itu dapat aku kongsikan dengan kawan yang memerlukan. Kadang-kadang Faezah memerlukan wang dahulu untuk membayar pekerja sebelum dia mendapat payment, dia akan bertanya kepada saya. Peluang menghulurkan ribuan ringgit tanpa memikir lama itu juga nikmat. Walaupun kadang-kadang kena meminjam adik dahulu sebelum duit clear dari Tabung Haji. Diorang link ke Tabung Haji, transfer terus boleh dapat. Aku macam susah sikit, tapi takpe. Biar susah nak keluar. 

Selain itu, nikmat pergi Haji tahun ini dengan emak, ayah dan Nafisah dengan pakej. Aku percaya je, kalau tak kerja sini, mungkin tak dapat lagi pergi dengan pakej. RM60k x 4 = RM240k. Boleh beli tanah wei. Walaupun bukan semua duit aku. Haha. Tapi, kau jangan kira macam tu. Peluang Allah panggil ni bukan selalu. Walaupun kena cuti tanpa gaji nanti, aku percaya je rezeki Allah tu ada. Setakat ni, aku pun tak percaya boleh survive kat sini. Gaji aku baru-baru ni naik, tak cukup pun cover duit sewa rumah aku yang naik. Mujur sejenis, tak naikkan lifestyle. Baju aku, selagi boleh guna, itu jelah yang aku guna. Semoga tak berubah Nadiah. Cuma, mungkin nak jadi lagi kemas je dan rajin sikit. Lepas ni dah kerja kat city. Kau jangan pergi kerja tak iron tudung juga. Haha.   

Nikmat ada duit banyak dan boleh buat banyak benda ni memang nikmat. Aku yang rasa ribu-ribu tu biasa, agaknya macammanalah orang yang ada juta-juta ni. Rambang mata agaknya. Mesti rasa tak cukup sebab tu nak lagi. Dapat beli kereta mewah, rumah besar, apa je keinginan kau boleh diperolehi dengan duit tu. Mungkin. Aku ni keinginan tak banyak, jadi duit yang ada tu rasa cukup je. Alhamdulillah. Entah. Ujian masing-masing. Harap-harap masing-masing berubah dan dapat hukuman setimpal. Dan semoga aku, ahli-keluarga aku, sahabat-sahabat aku dan semua dijauhkan dari benda-benda seperti ini. Sedihlah baca pasal agamawan macamni. 

Love..

Sunday, April 19, 2026

Ulangkaji Haji

Ada lagi lebih kurang tiga minggu sebelum bertolak ke Mekah untuk menunaikan haji. Hari ini baru berkesempatan mengulangkaji mengenai haji. Di saat jam 11 pagi, saya baru dapat menyelesaikan pembacaan Panduan Haji, Umrah & Ziarah dari Amani Travel di muka surat 43/125. Banyak lagi wei. Last minit betul kau ni. Ni pun dah takleh masuk, sabor je. Nak mandi kejap, makan, solat dan sambung balik lepas ni.


Nadiah tolong study, dah bayar mahal-mahal ni dan peluang tak datang selalu, sila manfaatkan. Tengah-tengah study ni, teringat dosa-dosa membazir masa dan lagha dalam kehidupan, tetapi Maha Penyayang dan Baiknya Allah, dia bagi juga aku peluang nak pergi. So, sila berusaha sehabis baik Nadiah. Kau dengan cuti pun dah beli, siap ada sikit lagi kena cuti tanpa gaji, bayar rumah sewa kat Sydney, takde orang duduk selama dua bulan dan macam-macam lagi benda yang akan kau tinggalkan, kau nak pergi tanpa ilmu di dada? Seriously Nadiah? Sebelum ni, nak pergi umrah pun last minute juga. Aku ingat kau kata kalau kau study, dapat buat banyak lagi benda yang sunat-sunat. Alhamudillah waktu tu Mak Chah pesan banyak2 tawaf kat Mekah. Dapatlah kau tawaf hampir setiap hari lepas waktu maghrib sorang-sorang. Jumpa balik nenek-nenek tu kat dewan makan je. 

Sekarang dah kena fikir macammana kau nak habiskan masa yang banyak semasa kat mekah nanti?  Banyak benda kau nak kena siapkan sebelum pergi. Antaranya :-
  1. Belajar Maqasid Haji - tengah buat!! (baru m/s 43/125) Haha.
  2. Macammana nanti time kau period (kalau tengok tracker, time aku dekat Mina, time melontar dan mungkin akan habis time aku balik Mekah. So, bolehlah tawaf lepas tu. Takdelah ralat sangat terlepas solat kat Masjidil Haram. Kali kedua pula dekat Madinah. Sehari sebelum terbang balik Malaysia. So, mungkin terlepas beberapa waktu solat kat Masjid Nabawi. Tapi, at least dah pergi masuk raudhah waktu tu. Kalau rezeki, period datang lewat sikit, tak kenalah. Moga Allah permudahkan semua urusan Nafisah dan aku nanti kat sana. Period regular ni, InsyaAllah boleh rancang. 
  3. Nak belajar solat jenazah.
  4. Nak hafal doa tengok Ka'bah
  5. Nak hafal doa minum air zam-zam
  6. Nak buat proper buku untuk doa-doa nak baca masa Arafah / tawaf / saie
  7. Nak kena come-out plan khatam Quran kat sana
  8. Target zikir nak baca hari-hari
  9. Nak bayar sewa rumah Sydney siap-siap untuk 45 hari kat Mekah
  10. Nak listkan barang apa yang kena bawa, barang apa yang takde, barang nak kena beli 




Aku akan masuk lepas ni terus pergi join Alice. Memang perancang Allah cantik je. Aku dah demob kat WTP end of May. So, aku sambung lagi sebulan cuti dan terus start fresh kat North Sydney. Mula-mula aku travellah sejam pergi dan balik. Nanti aku cari rumah dekat sikit dan affordable dekat city tu. InsyaAllah dipermudahkan semua. Apa yang kau kena buat adalah, buat usaha sikit je. Nanti Allah tolong. Kalau kau tak gerak, duduk atas katil je, memang tak nampak jalan apa-apa. Benda yang susah nak lawan, hawa nafsu sendiri. 

Selamat belajar Nadiah! 

Love..

Friday, April 17, 2026

Handover UGT dan UGG01

Dah lepas brief Catherine dengan Nicole untuk handover kerja UGT dan UGG01. Masa last meeting pun dah bagitau Tariq nak cuti. So, diorang akan cari pengganti untuk UGG01. Aku ingat under Chin juga sebab aku bawah dia, rupanya tidak. Chin kata, bagitau Tariq, dia kalau boleh taknak pegang UGG01. Lepas aku bagitau Tariq, dia pun agak terperanjat. Siapa lagi ada bawah dia? Barry pun dah nak habis Jun26. Semua orang pun nak pergi dah. Catherine ni pun sebulan je buat Forecast UGT ni sebab demob date dia pun end of May. Dalam hati, mangsa dia pastilah Nicole. Nicole bawah Tariq.

Masa aku brief kat Cath, dia okay je. Banyak juga soalan dia tanya aku, lepas habis tu. Dia memang Snr Contract Admin, so dah ada pengalaman. Dia tanya aku, apa yang dia perlu concern untuk forecast ni? Aku pun paksa diri fikir sikit, apa problem yang biasa aku hadap. Okay, ada formula error yang aku pun tak sure kenapa untuk cost code Danny. Aku pun bagitau dia yang kena tengok benda tu. Pastu dia tanya lagi, biasa dengan engineer mana yang macam susah nak deal? Ayat dia aku tak ingat, tapi bukan mengatalah. Dia just nak tahu. Aku pun kata, operation kita ni very cooperative. Diraong memang senang nak minta barang. Kalau kita tak dapat, chase je. Diorang ada benda lagi penting nak buat tu, tapi once kita pun kata kita nak urgent. Diorang akan cuba buat. Dia tanya lagi, kalau meeting apa yang orang dalam tu expect? Aku pun kata, siapkan semua labour rate, cost phasing dengan elements rate je. Biasa John nak tengok yang tu. Dan biasanya aku tak cakap apa-apa pun time meeting, aku gerakkan mouse je. Tom will do the talks. Aku share pengalaman aku tercopy salah Actual Cost, instead of bulan tu je, aku copy the whole year. So, figure dia banyak. Bila check balik file, salah column aku amik. Diorang okay je. Setakat ni, takdelah lagi marah-marah even salah pun.  

Cath ni macam sedikit risau. Aku faham je orang yang jenis nak buat kerja bagus-bagus ni memang ada kerisauan kalau diorang nak buat sesuatu. Sedangkan diorang okay je. Siap Cath ni dah study lepas tu CJI3 dan tanya aku soalan. Aku sebelum ni tak fikirlah macammana nak buat benda tu jadi simple, aku follow format tu je. Memang bagus kalau study dan buat preparation ni, kau jadi lebih bersedia. Masalahnya aku sekarang ni bila nak study haji ni? Haha.

Time aku explain kat Nicole untuk UGG01, rupanya Nicole lagi expert. Dia sepatutnya dah manager position kot. Jadi, kerja memang manager levellah. Mula-mula dia tengok folder UGG01, dia archive file tahun 2024 dengan 2025. Dia kata, macammana you all boleh tengok banyak2 file ni? Haha. Aku pula sejenis malas nak kacau previous file dan tak fikir sangat nak buat housekeeping, biarkan je ar kat situ. Lepas dari lebih 20 files jadi 6 files je kat folder tu, tenang yer. Pastu tengah explain CJI3 untuk semua UGG01 yang ada few tabs untuk respective cost centre, dia come out dengan satu je tab dan pivot kan untuk semua cost centre dalam tu. Masukkan coding. Aku rasa, aku amik dari Arlene, aku dah habis bijak dah. Rupanya Nicole lagi bijak. Ada satu file tu, dia terus taknak update. Sebab katanya, diorang tak perlu pun info tu. Aku manalah tau. Aku follow je format sebelum ni. Hehe. 

Aku cuba nak settlekan backcharge sikit sebelum aku pergi cuti. Tapi, Nicole faham je situasi backcharge yang banyak backlog tu. Aku pun tak dapat settlekan walaupun dah amik dari tahun lepas bulan November. Dua tiga bulan juga aku kena study benda tu. Baru nak settlekan, sekali dah cuti dan kena demob. Takpelah, boleh je Nicole settlekan tu, aku percaya. Aku buat mana yang boleh aku buat je. 

Aku pernah borak dengan Layla, ada sorang Snr Engineer ni dia keluar Gamuda, pastu macam tak bagus company baru dia. Dia mengadu dekat sorang lagi engineer kat Gamuda ni. Engineer kat Gamuda ni pula, Hau Wei bagi dia pegang satu tender. Kira lead untuk tender tu. So, ex-Gamudian ni macam tak syoklah. Dia ingat Gamuda akan loss dia bila dia pergi. Layla kata, ex-Gamudian ni just a number yang boleh direplace. Macammana kita hebat pun, kita pergi mesti boleh direplace punya. Tak payahlah fikir kau bagus sangat sayang kat company tu dan fikir dia akan terasa ko kehilangan dia. Eh, cakap dengan cermin ke? Haha. 




Love..

Wednesday, April 1, 2026

Update Life

Gambar ni terkeluar dalam gallery aku. Sekejap je dah beberapa tahun Pak Busu pergi. Tahun aku datang Sydney, 2023 bulan Oktober. Sebab time tu baru start propaganda Palestin bom Israel. Dah dua tahun lebih Pak Busu pergi. Semoga syurga untuk Pak Busu kerana semua dosa telah diampunkan akibat bersabar untuk kesakitannya. Aku sedang berjuang dengan diri sendiri. Sibuk yang tak tahu sibuk apa? Masa sekarang sangat cepat. Rasa macam baru je tahu dapat pergi Haji masa cuti bulan 12 tahun lepas, ni dah tinggal beberapa hari je nak terbang dah. Flight 8hb May 2026. Tak sangka dapat peluang ni. Mana-mana je ar doa yang makbul untuk kitorang dapat pergi dengan mak ayah ni. 



Aku dengar baru-baru ni, apa tanda kita bersyukur atas semua nikmat-nikmat yang Allah dah bagi? Bertambah solat sunat. Solat sunat yer. Solat wajib tu, memang dah kena. Cerita pasal Rasulullah s.a.w yang dah biasa aku dengar, tapi tak masuk dalam otak. Saat Saydatina Aishah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. kenapa beliau solat sampai bengkak-bengkak kaki? Walaupun dah terjamin masuk syurga. Rasulullah s.a.w menjawab, itu tanda syukur dia kepada Allah. Sedih bila dengar. Aku macam masih struggle lagi dengan benda ni. Solat fardu pun lambat-lambat lagi. Solat sunat, apa lagi? Ada beberapa solat yang Alhamdulillah dah konsisten buat, tapi boleh tambah tahajud kot Nadiah. Struggle aku untuk guna masa kat sini. Aku dengar masa tu, orang yang dah meninggal minta dengan Allah nak balik ke dunia nak sedekah, nak beribdah balik. Aku kat sini, berlagha-lagha pula. 

Lagi beberapa hari je nak pergi Haji ni, semoga aku dah semakin fokus untuk diri sendiri pergi sana. Semoga aku sentiasa ingat untuk kembali fokus kepada benda ni. Mahal kot bayar nak pergi, ko jangan amik mudah yer. Jadikan sebelum dan selepas pergi ni muslim yang lebih baik. Sentiasa berbuat kebajikan dan mengingat Allah. Bismillah. 


Love..

Friday, March 6, 2026

Kisah Di Dalam Kapal Terbang

Kisah ni perlu aku nukilkan untuk kenangan aku. Aku ni sejenis naik kapal terbang memang boleh terlelap tanpa dipaksa. Skill bak kata Amelia. Hehe. Balik Malaysia masa tu, aku dapat duduk dekat dalam. Kira bukan tepilah. Aku tidur setidur-tidurnya. Bangun tengok satu movie dengan makan je. Toilet pun aku tak pergi. Sejenis Alhamdulillah boleh tahan kencing. Tapi, tak bagus sebenarnya. Aku memang dah siap-siap keluarkan apa yang patut sebelum boarding. Pagi pula flight aku, ingatkan aku takkan tidurlah. Tapi, dah terbang kapal tu, diorang tutup blind tingkap, memang nampak gelaplah. Sesuai untk melenakan diri. 

Punyalah aku tak bangun dari seat tu. Sampai orang tepi aku tanya, aku nak keluar ke? Just let her know kalau aku nak keluar. Mesti dia ingat aku segan nak minta dia kot. Comel sangat. Dahlah wangi. Dia adalah dua tiga kali gak pergi toilet. Agak pelik tengok aku, tak keluar-keluar. Last-last, aku keluar jugalah time dia keluar sekali. So, dia takdelah rasa bersalah sangat. 

Perjalanan pulang ke Sydney pula, aku dapat seat tepi dekat aisle. Okaylah, dah tak payah gaduh nak keluar kalau nak pergi toilet. Sekali, eh aku kerja tidur je sampai orang sebelah aku tak dapat nak keluar. Dia tak minta aku apa-apa, so aku tidur je lah. Ada sekali, aku terasa macam ada orang dok berdiri tepi aku dekat laluan jalan tu. Aku terjaga dan tengok, budak sebelah aku tengah ambil barang dia kat atas compartment atas kepala aku. Dia boleh keluar dari side belah sana. Sebab dekat belah sana seorang je lelaki dan mungkin orang tu tengah terjaga instead aku yang tengah tidur. Pastu kitorang duduk dekat dengan toilet dan pantry camtu, selang dua row depan je. So, dia keluar sebelah sana dan berpusing ke side aku nak amik barang. Gigih pakcik. Haha. Lepas dia duduk kat tempat dia, aku bagitaulah kalau nak keluar, cakap je dengan aku. Dia angguk, tapi sampai ke sudah dia tak keluar dari side aku. Ada sekali aku bangun nak amik wudhu solat subuh, dia takde kat tempat dia. Aku terserempak dia nak balik tempat dia. Dia nampak aku, dia pusing pergi masuk ikut side aku. Haha. Sabor je pakcik. 

Balik dari Aussie, aku cerita pasal aku tidur je kat dalam kapal terbang. Pastu Mira cerita, time dia balik Aussie pengalaman dia tak best. Sebab orang depan dia inclinedkan seat sampai habis. Jadi, dia punya leg room tu sikit. Dia tak selesa. Layla pula dia cerita, dia pernah dapat macam tu, jadi sekarang dia beli seat yang depan dia takde orang tu. Aku kata, aku memang inclined habis sebab nak tidur. Orang depan aku pun inclined juga, jadi aku tak kisah sangat sebab aku memang nak tidur. Tak sangka dia akan menggangu orang belakang. Harap-harap orang belakang aku okaylah. Aku nampak benda ni simple, tapi untuk orang lain, lain rupanya. Selepas ni, mungkin akan inclined separuh je. Takut orang belakang rasa tak selesa. Tapi, bukan sepatutnya memang boleh inclined penuh ke? Haha. Takpe, buat mana yang boleh je dan mana yang kau tahu je ar. 

Selamat berpuasa semua. Semoga beroleh taqwa. :) 








Rindu.. Tapi, kita tak boleh dapat semua benda kan? 

Love..

Wednesday, February 18, 2026

Last untuk kisah bonus

Jwanji yang last. Haha. Jwanjii..

Drama betul kisah aku tak dapat bonus ni. Dah sebulan rupanya kisah ni. Macam-macam plot dah masuk dalam cerita ni. Minggu pertama aku tak dapat bonus, haruslah aku dah cerita sebelum ni. Seminggu selepas tu, Chin dah start cuti dua minggu balik Malaysia. Aku pun dah reach-out Alice untuk minta tukar. Chin pun kata okay kalau aku nak tukar sebelum dia cuti. Alice sangat laju buat kerja. Dia terus email team yang nak masukkan aku dalam group tu. Team dari Malaysia. Aku kenal lady bos ni, dan ada history tak best pasal dia. Dia pernah tak bagi Nor bonus. Haha. Lantaklah aku kata, mungkin lain orang lain cara layanan. Macam Ai Tee dulu. Orang kata dia tak okay, aku okay je under dia enam tahun. Alice kata, dia dah cakap dengan Chris Pilling (HR) yang aku nak transfer dan Chris kata dia akan discuss dengan Steven nanti tarikh demob aku. Alice pesan untuk aku bagitau juga Chris aku nak transfer. Aku pun Teams ar Chris kata nak transfer soonest. Masa tu memang dah tawar hati betul.

Minggu pertama, aku sort benda dengan Chin. Minggu kedua, aku sort benda dengan Alice. Minggu ketiga, aku busy forecast dan payment schedule. Time ni dah bagitau Chris, aku nak transfer. Siap dah mention kat Tom, aku nak transfer juga sebab tak dapat bonus. Tom siap kata, 'Anything I can do? Make noise ke?' Dia appreciate je kerja aku dan dia kata aku bagus. Antara alasan aku nak transfer sebab dialah. Dia selalu kata aku bagus tolong dia, dia takleh survive kalau takde aku. Aku jadi sedih bila dia kata camtu, sebab aku bagus kot. Nape tak dapat bonus? Haha. Waktu tu, aku memang kesian sangat dekat diorang ni. Tom nanti kena belajar adapt dengan cara kerja Cost Controller baru, operation team aku juga. Pastu Nicole juga mungkin akan affect. Aku pun baru tau yang Dragan, contract admin aku akan habis hujung bulan Feb26. Chin akan banyak kerja kalau aku transfer. Tapi, aku sedih. Bukan pasal duit, bukan. Pasal appreciation tu. Aku tak boleh kerja dengan orang tak appreciate kerja aku. Sebab Steven sorang yang evaluate aku tak bagus dan tak dapat bonus, semua orang lain affects. Aku masih kena fight dengan diri sendiri everytime, so aku tak suka perasaan tu. Aku nak transfer.

Masuk minggu ke-empat, Isnin, Alice call aku. Dia kata dia jumpa Steven kat North Sydney Jumaat lepas dan bagitau aku nak transfer. Steven tak tau aku tak dapat bonus. TAK TAHU (Teringat aku orang Korea gaduh dengan orang Malaysia dan orang Malaysia kata, orang Korea tak boleh Caps Lock kalau marah. Haha). Sebab Chin tak bagitau kat dia. Aku memang dah pelik masa Chin explains kat aku dulu, dia amik apa yang Chris kata je. Nape dia tak defends aku depan Steven? Waktu tu, Chin pun struggle bonus dengan increment dia katanya. Pastu Steven kata dekat Alice, nanti dia discuss dengan Chin dan try to rectify. Alice kata, nanti dia pun akan cakap dengan Chin, macammana nak cakap dengan Steven untuk up aku ar. Aku dah gembira sikit sebab Steven kata nak rectify benda ni. Walaupun pelik, dia kata dia tak tau aku tak dapat. Malas fikir.

Selasa Chin masuk, pagi tu dia tanya aku ada apa-apa tak? Aku bagitau dia, apa yang Alice bagitau aku. So, Chin kata nanti dia akan explain kat Steven macam apa yang Chris explains kat dia kejap lagi. Dia ada meeting dengan Steve. Aku dahlah busy dengan submission forecast lagi. Mujur UGT01/02 dah submit. Tinggal UGG01 je. Aku dah malas nak layan semua drama ni. Aku nak benda ni settle, bagi aku punya bonus. Tu je. Tak kira berapa korang nak bagi, tujuh hari ke dua hari ke. Janji ada. Yang Steven kata nak rectify tu, aku nak benda tu. 

Petang tu Chin panggil aku meeting lagi. Aku ni, berjugglelah antara nak submit forecast UGG01 dengan nak main emosi lagi pasal bonus ni. Yang okaynya, aku masih perform yer buat kerja. Aku respect tang situ. Walaupun ada-ada masa aku kata dalam hati, takyah nak perform sangat Nadiah, bukan dapat bonus. Pastu aku ganti balik dengan, aku tak buat untuk orang kot. Aku buat untuk Allah. Berbolak-balik gitu ar. 

Chin kata, lepas meeting dengan Steve, Steve tak boleh nak buat apa pasal bonus aku sekarang. Dia kata, dia cuma boleh buat mid-year review untuk aku Jun nanti. Aku punya demob date, end of May26. So, aku ikut diorang pergi Station package, nanti diorang buat review untuk aku kat project baru. Chin bagitau, ramai lagi tak dapat, dalam 8 orang. Kalau info tu dapat bantu aku kurangkan kesedihan aku. Tidak yer. Aku fight sebab kerja aku, bukan sebab orang lain. Pastu dia kata, memang unfortunate event sebab time diorang evaluate tu, Gamuda takde project lagi. So, ketat sikit dia punya evaluation. Even Chin pun tak dapat promotion macam apa yang diorang promise kat dia. Peduli pula aku kau punya promotion. Haha. Aku geram. Pastu dia adviselah, kalau aku nak transfer, dia okay je. Tapi, aku kena belajar benda baru camtu. Why not stay sini dah buat benda yang aku dah memang excel, manage dua bulan perasaan ni, sebab nanti aku pun nak cuti bulan April, pastu sambung pergi mana aku nak. Aku masih sedih sebab diorang tak rectify macam apa yang Steven bagitau kat Alice. Dah aku malas nak percaya semua orang. Dia kata fikir dulu. Pastu dia kata, dia borak dengan Tom pasal aku, Tom memang rate aku baik punya. Tom siap kata dengan Chin, 'Anything I can do to make her stay?' Gitu comelnya PM aku. Bagi bonus kat aku Tom. Haha.

Hari Rabu aku busy meeting untuk tunnel portion. Habis meeting petang tu, aku terus balik jam 3.50pm. Kepala aku berdenyut. Tapi, aku rasa aku suka buat benda yang aku buat ni. Lagipun aku ada lagi dua bulan je kat sini sebelum nak cuti lama nanti pergi Haji. Tahan je ar Nadiah. Aku decide nak stay.

Hari Khamis pagi, aku call Alice bagitau apa yang Chin bagitau kat aku. Pastu aku kata, aku nak stay je ar dua bulan ni. Lepas tu, aku pun tak sure nak sambung dengan diorang ke tak? Sebab aku kata, kalau aku stay, possibility aku dapat review tu ada, tapi kalau aku pergi kat tempat Alice, memang takdelah mid-year review tu. Pastu Alice kata, diorang try nak bagi, belum confirm. Something untuk aku fikir, lepas habis ni aku nak sambung dengan team yang sama ke? Stay buat station sampai 4 tahun? Aku tak fikir lagi. Aku rasa tak kisah je sebenarnya. Tapi, aku dah tawar hati. Aku tinggalkan Alice camtu je, dan kata aku stay je ar kat sini sampai demob date aku dan fikir yang tu nanti. Sejenis fikir tak panjang. 

Pastu aku teams Chin, kata aku stay je sini dan akan amik leave bulan April nanti sampai tarikh demob date aku. Chin kata okay, thank you for staying put dan akan discuss esok. Aku kata, aku nak wfh esok sebab dah habis meeting forecast. Dia balas 'You do that. Good work on the forecast session and enjoy your weekend.' 

Petang tu aku meeting dengan senior level untuk UGG01 pula. Dalam meeting tu ada Steven, Sue dan John. Aku memang jarang beramah-mesra dengan bosses ni. Aku masuk, gerak2kan mouse dan biar semua PM present. Sikit sangat aku mencelah kalau bos tanya. Jadi sebenarnya takde beza pun reaksi aku dengan Steven sebelum2 ni dengan hari tu. Tiba-tiba ada break pula 5 minit, HR cepat pula habis present sebelum next session. John dengan Sue pergi amik air. Steven je dengan aku. Dia pandang aku dan tanya, 'Chin dah cakap dengan aku?' Aku angguk je. Dia kata memang unfortunate event sebab masa tu takde project. Pastu dia kata, dia akan jaga aku. Dia nak aku pergi station dan akan buat mid-year review untuk aku. We need you and we will take care of you. Pastu aku menangis. Haha. Aku tak kata apa-apa pun. Bagi airmata je. Pastu dia bagitau dia pun tak dapat. Aku pun tak tau nak percaya ke tak. Pastu Sue pun masuk. Habis kat situ.

Btw, time dalam meeting tu, berkali-kali John mention nama aku. John ni kira second position tertinggilah dalam project kitorang. Ganti Hau Wei. Deputy Project Director. Again, aku memang tak berborak dengan bosses ni. Small talk pun tidak yer. So bila dia kata, 'Could you please zoom out a little bit, Nadiah? Thank you. Scroll to the left Nadiah. Are you Cost Controller for enviro Nadiah?' Sedangkan dia boleh je cakap semua tu, tanpa mention nama. So, aku rasa, aku being acknowledged there. Aku memang tak suka pergi dekat bos dan buat PR. Kadang-kadang aku fikir, patut ke aku beramah-mesra dengan diorang? Aku malas. Bila bos kenal tanpa aku buat PR ni, kira achievement ar. Haha. 

Aku tak kejar apa-apa pun kat sini. Takde nak climb the ladder sangat. Walaupun aku tengok geng2 aku punya title semua dah senior dan aku buat kerja sama macam diorang. Mula-mula rasa juga nak benda tu, tapi memang tak koserlah aku nak fight minta senior tu. Ni nak fight bonus pun banyak gila plot. 

Aku nak tutup benda bonus ni dan nak proceed dengan life. Aku bersyukur je, banyak benda yang aku dah buat last time, pelajaran untuk aku jadi lebih baik. Doa yang selalu aku minta. Perasaan ni, akan sembuh pastinya. Cuma perlukan masa. Sebab aku masih sedih kalau cerita pasal ni. So, biarlah perasaan tu. Aku appreciate sangat journey bergaduh pasal bonus ni. Aku nampak orang lain acknowledge keberadaan aku, suara aku didengari, my works is good, I have a good support system dan yup, dalam banyak-banyak benda yang aku tak kisah. Aku kisah kerja aku. Benda yang aku boleh cakap I'm proud of what I'm doing. 

Marilah bertukar fokus kepada Ramadan dan Haji pula dan berteruslah buat kerja dengan itqan. Bismillah. 

Nak masukkan gambar, takleh guna phone pula. Setting apalah aku dah tukar ni. Huhu

Love..

Friday, January 23, 2026

Jawapan Ketiadaan Bonus

Rabu lepas, Chin mengajak saya berbincang mengenai perihal bonus saya. Mari kita. Chin memberitahu yang dia mencuba mendapatkan penjelasan dari HR Director kami pada Jumaat dan Isnin, tetapi tiada responds. Dia mengambil inisiatif untuk ke North Sydney mencari dan berjumpa dengan Chris Pilling. Selepas itu, dia memberitahu outcomes yang diperolehi. Menyatakan bahawa tahun lepas kami tidak mempunyai project, jadi markah untuk mendapat bonus telah ditinggikan. Maka, ramai juga orang tidak mendapat bonus. (Aku peduli apa yang ramai tu, aku nak tau aku). Sebelum ini, 'Satisfy' sudah boleh mendapat bonus, tetapi kali ini di tangga 'Competent' barulah dikira mendapat bonus. Saya menyangka Chin meletakkan saya 'Satisfy' kerana markah yang dia berikan 3 sahaja dan kami berdua bersetuju dengan rate itu. Selama ni kat Malaysia, apa pun rate saya dalam KPI, saya masih mendapat bonus. Jadi, saya kurang pandang markah itu. Adakah disebabkan rate itu, tidak melayakkan saya mendapat bonus?

Tetapi tidak ya. Chin telah meletakkan saya di tangga 'Competent'. Malangnya, saya masih tidak mendapat bonus. Kemudian Chin memberitahu yang selepas HR melakukan calibration itu, ada lagi sekali calibration bersama senior level untuk mengelakkan favoritism ataupun under evaluation. Di sini segalanya bermula. Senior level mengrate saya sebagai tidak layak mendapat bonus kerana tidak perform. Mungkin kerana (mungkin yer sebab Chin tidak pergi bertanya kepada Director Commercial itu) saya passive di bilik meeting dan di antara Cost Controller, ada yang lebih baik. Lagi pula forecast tunnel banyak kekurangannya tahun lepas. Walaupun ia bukan scope cost controller sebenarnya. The heck! Airmata saya bergugur tanpa boleh ditahan. Saya dievaluate oleh orang yang tidak bekerja directly dengan saya. Sungguh tidak boleh diterima oleh akal fikiran saya. Benda yang sama saya ulang sebelum ini. Saya bekerja sehabis baik untuk kerja saya dan giving me no bonus is nonsense. Saya tidak boleh bekerja dengan orang yang tidak appreciate kerja saya.

Chin memberikan dua pilihan kepada saya, samaada saya mahu mengambil pengajaran ini dan improve menjadi lagi baik atau pindah team. Dia tidak mahu saya bekerja dengan tiada motivasi. Saya menyatakan yang saya suka bekerja di sini. Semua team bekerjasama dengan baik dan saya tidak perlu fikir untuk ke North Sydney travel sejam pergi dan sejam balik. Dia tidak mahu saya bekerja kerana convenient. Dia mahu saya berada di tempat yang sepatutnya saya berada. Dia tidak mahu saya membuat keputusan sekarang di dalam keadaan emosi saya seperti itu. Saya pun bersetuju untuk bertenang dahulu dan kembali menyambung pekerjaan. Sepanjang hari saya bekerja dengan tenang tanpa memikirkan perihal itu. Sehinggalah saya ada meeting bersama Layla, Chin dan Tom. Chin memberitahu Tom yang dia akan bercuti selama dua minggu. Tom terperanjat dan Chin menyatakan yang dia meninggalkan strong team untuk support operation. Kemudian Tom being Tom, kerja dia praise orang je. Dia menyatakan 'It's okay, Nadiah here'. Di waktu itu, airmata tanpa dipaksa bergenang. I'm good in my works! I can see it in others. Layla pun siap kata aku senang kerja dengan operation semua. Zen siap minta aku cakap dengan Tom lagi, tetapi malaslah aku melibatkan yang bukan team aku. Diorang mestilah kena respect keputusan leader masing-masing.

Aku masih suka kerja situ, tapi the mixed feelings bila dia trigger tu, aku tak boleh justify ke diri sendiri. Bila buat kerja biasa, aku okay. Bila orang cakap aku perform dan boleh buat kerja, terus trigger emosi. Aku perform kot, asal tak dapat bonus? I just can't work with this kind of emotions. Aku tak buat lagi istikharah. Malasnya nak bangun pagi-pagi tu. Nadiah, bangun dan buatlah. Walaupun kau dah berat tahu kau taknak kerja situ, doalah dengan Allah beri petunjuk sebab lepas ni kena deal dengan Alice pula. Kerja baru lagi. Banyak benda nak minta petunjuk.

Buat julung-julungnya, aku yang dalam kebanyakan perkara dalam hidup merasakan tidak kisah, sangat  terkesan dengan bonus ini. Bukan kerana duitnya. Aku percaya. Tetapi kerana aku merasakan aku telah bekerja dengan gigihnya, tetapi tidak diiktiraf. Anak didik Ai Tee kot. Penat dia bentuk aku enam tahun. Alih-alih orang lain kata aku tak perform? Ai Tee dulu siap marah-marah aku giler-giler kot, bonus masih dapat yer. Yang kat sini, dahlah tak kena marah atau tegur, alih-alih tak dapat bonus. The heck lagi! Haha. 

Susah yer kerja bos ni. Untuk kes ini, aku bagi extra point untuk Ai Tee. Dia akan fight untuk anak buah dia. Bos aku sekarang, aku rasa dia nak jaga hubungan dengan Director kitorang sebab lepas ni station packages, dia akan under bos tu. Aku tak salahkan dia pun juga. Dia dah buat apa yang dia boleh buat. Aku teringat time Ai Tee dengan Alice nak naikkan aku jadi Assistant Manager, Eric tak kenal aku. Alice bawa aku masuk bilik Eric, lepas keluar dia bagitau. 'Bos tak kenal you, it's your fault.' Aku gelak je. Memang dari dulu aku tak suka exposed kot. Ko nak suruh aku improved? Haha. Ni kira dah banyak improvement dah aku ni dari kat Malaysia. 

Untuk semua pengalaman ni, aku enjoy je. Dapat explore satu perasaan baru. Dah tua-tua baru nak rasa terkhianati. Haha. Cuma part nangis tu aku penat. Sebab dia mengalir sendiri tak boleh tahan. Penat otak kata okay2, takpe. Tapi, hati kata tak. Maka, dia pun menangislah. Alhamdulillah untuk nikmat ni. 

Ko tengok, nama aku sampai dua kali sebut.

Marilah channelkan perasaan ke sini.

Puasa sehari Syaaban

Okay, pasni citer yang best-best je. 

Love..

Sunday, December 28, 2025

Kursus Haji - Bemban

Tahun depan InsyaAllah, rezeki mak dengan ayah akan pergi menunaikan haji. Aku dah Nafisah masih dalam status merayu. Semoga diberi rezeki pergi bersama-sama mak dan ayah. Beberapa orang yang aku jumpa menyatakan keseronokan jika dapat pergi bersama ibu-bapa. Aku pula, mengajak Nafisah kerana kurang percaya dengan diri sendiri jika pergi sendiri bersama emak. Al-maklum, kerja bergaduh je dengan mak. Haha. 

Sekarang dah kena mula membaca dan study perkara-perkara yang perlu saya lakukan di sana. Saya merasa ralat sedikit ketika membuat umrah yang dahulu kerana pergi hanya mengikut orang, kurang sedikit pengisian di sana. Tetapi, masih bersyukur atas rezeki pergi mengerjakan umrah. 

Juga kos yang dikeluarkan untuk menunaikan Haji ini besar, semoga saya tidak mengambil enteng untuk kesempatan ini. Ya Allah, bantulah aku, mak, ayah, Nafisah dan semua saudara-maraku sebelum, semasa dan selepas menunaikan haji nanti Ya Allah. Berilah kami kefahaman dan mengerjakan amal yang soleh hanya untukMu. 

Hari ini, aku berkesempatan datang ke kursus haji bersama Nafisah. Alhamdulillah. Di samping dapat menyantuni kedua-dua orang nenek saya di kampung. Segala pujian hanya untukMu Ya Allah. Alhamdulillah. 


Semalam balik kg, 5 jam perjalanan


Simulasi haji


Love..

Sunday, December 14, 2025

Meeting Forecast UGG01 Pertama

Aku tak sangka aku capable untuk buat semua yang aku buat ni. Of course dengan bantuan Allah s.w.t, sebab siapalah aku tanpa Dia. Last year, aku jadi cost controller sorang2 je, tanya jugalah Chin untuk bemda2 yg aku tak tau. Sampai aku nak apply cuti baru aku tau aku report kat Ian. Maksudnya, aku settlekan kerja aku sendiri. Untuk UGG01 pun sama juga. Aku masuk meeting UGG01 pun sorang2. Takde manager pun. Sepatutnya Andrea, tapi dia tak cari aku, aku lagilah tak cari dia. Aku tanya-tanya Chin je minta support sikit2. Most of the things, aku buat sendiri. Dan dia pun beri idea dan support juga masa nak buat forecast ni. Sue dari finance pun support juga. Overall, semua pun mudah. Aku ingat akan jadi lagi teruk sebab tak dapat kerjasama dari Arlene. Alhamdulillah sangat, manageable. Sampai tak bangunlah tahajud. 😅

Aku suka diri aku sekarang. Ada improvement dari sebelum-sebelum ni. Dulu aku selalu kagum dengan Ai Tee or siapa-siapa yang boleh selesaikan masalah kerja. Aku belum sampai tahap Ai Tee lagi, sebab masih tak fikir panjang. Tapi, dah start fikir macammana nak selesaikan masalah, nak firm dengan decision aku supaya aku tak banyak kerja sangat nanti, dan kalau masih ditolak, cuba fikirkan jalan tengah untuk sama-sama selesaikan kerja tu. 

Dari aku sent email ke sorang-sorang manager 12 department ke meeting online dengan diorang ke selesaikan forecast sampai submit. Dari 12 department, 6 yang aku kena tolong juga, 6 lagi buat sendiri. Okaylah, half. Takdelah semua aku kena buat macam Arlene dulu. 

Pastu Allah selalu bagi kekuatan yang aku sangat syukur untuk berdepan dengan orang-orang besar. Meratib jelah doa Nabi Musa sebelum nak cakap dengan orang, baca doa dipermudahkan urusan setiap kali keluar rumah. Alhamdulillah Muslim, boleh doa dan bergantung dengan Allah.

Masa meeting, aku datang awal 10 minit. Gugup punya pasal. Aku sorang je dalam meeting room tu. Boleh pula John datang awal juga. Sudah. Aku ni dahlah malas nak borak-borak. Aku kata good morning dan lepas tu senyap je. Lantak situ. Tak kuasa nak berborak-borak. Dalam meeting, aku ada buat silap satu. Dia rileks je tanya apa yang betul. Aku tak taulah dia judge aku tak pandai buat kerja ke tak. Maleh aku nak fikir. Agak, dia pun paham aku baru amik kerja ni. Sue pun sangat membantu time meeting. Habis semua dengan tenang. Aku tak tau, aku buat keras je dekat situ. Aku tau, aku tolong jawab. 

Last Jumaat dah hantar semua pembetulan untuk UGG01. Takde pembetulan untuk yang lain. Now, boleh ke nak fikir cuti? Masalahnya, 10 payment schedule beratur dah sebab nak cuti 19hb ni. Pasti boleh Nadiah! 

Year End Party


Tengah turn Design. Aku tak jaga. 




Love..

Thursday, December 11, 2025

Trip ke Newcastle

Layla ada tournament petanque kat Newcastle. Dia ajak kitorang pergi since kitorang memang suka pergi Newcastle. Ingat nak balik hari je. Tapi, dah umur2 gini, kita keluarkan duit untuk tidur semalam jelah kat sana. So, seperti biasalah single girls trip. Grace mula-mula taknak join. Dia baru dua minggu balik dari Jepun. Total damage pergi Jepun AUD $5k. Nak kena recover. So, kitorang sebagai kakak yang baik, belanja homestay. Dia just bagi vibe je kata Mira. 

Akukan baru amik UGG01, ada satu department ni aku nak kena study sebab tak sempat buat minggu lepas. Condition Survey.  Aku siap cakap dengan Nick Frost hari Jumaat tu, aku study dulu forecast tu dan cuba buat on weekend. Dalam kepala, nak bawa ke laptop pergi Newcastle? Tapi, dah bayang dah jadual kat sana takdelah masa senggang sangat. Dan sejak-sejak baca buku ni, ko kena being present dan jangan multi-tasking sangat. So, aku decide nak enjoy je time aku kat sana, nanti balik hari Ahad, aku tengok.

Hari Sabtu tu, kitorang sampai terus pergi beach. 2 km je dari airbnb kitorang. Lepas main-main ombak, kitorang sambung mandi jacuzi dekat rumah pula. Malam tu keluar pergi Coles beli barang Layla nak masak. Settle makan jam 11 malam. Layla terus tidur sebab esok dia ada games. Mira dengan Grace sambung tengok movie dan aku teman sampai tertidur kat couch. Dalam pukul 1 pagi diorang settle tengok movie, aku sambung tidur dalam bilik. Ada sesekali aku teringat pasal kerja, lepas tu aku persetankan dia. Haha. 

Esok paginya, aku hantar Layla pergi games. Mira dengan  Grace tidur lagi. Kitorang pergi breakfast dulu. Time nak balik tu, Layla kata, macam mak hantar anak pergi games. Haha. Teringat hantar anak Ami pergi pergi training bola sepak. Lepas aku balik, mandi, kemas2 dan check-out. Kitorang pergi brunch dan jalan-jalan kat pantai. Layla kata, dia dapat loser team. So, mungkin akan balik awal. Aku dalam hati, ‘Patut ke aku doa dia kalah supaya kitorang boleh balik awal dan aku boleh buat kerja aku?’ Lepas tu aku istighfar. Aku doa je yang terbaik untuk Layla dan aku.

Aku pernah dengar Ustaz Azlan kata, kalau kau ada plan, dan plan kau tak jadi. Yang jadi tu plan Allah. Dan Dia sebaik-baik yang buat plan. So, aku lantakkan dan teruskan hari tu. Kitorang pergi dekat Layla sebab nanti kalau dia dah habis boleh terus balik. Time kitorang datang tu, dia eksaited tunjuk kitorang kat kawan-kawan dia. Aku repeat kata Layla, ‘Mak nak tengok anak main ni.’ Teringat aku reels yang tunjuk attendance matters. Bila budak2 buat performances dekat pentas, muka dia biasa je, tapi lepas nampak mak ayah dia, dia senyum gembira. 

Kitorang support kejap je sebab sejuk. Masing-masing pakai baju nipis je. So, kitorang pergi cari makananlah. Lepas makan dan isi minyak, Layla text kata dia menang. Aku dengan Grace, ‘Which loser team that won a champion? Different terms loser with the normal that we knew. Haha.  

Kitorang amik Layla dan balik Parra. Grace bawa sebab kitorang nak dia improve skills memandu dan aku nak tidur. Konon-konon nak save tenaga balik nak buat kerja. Aku tidur sepanjang-panjang perjalanan. Sampai rumah jam 10 malam, tapi tak larat nak buka kerja. Aku buat esok pagi-pagilah. 

Isnin tu, pukul 6 pagi aku dah buka laptop. Berjaya upload beberapa UGG01 dan cuba tengok kerja Nick Frost tu. Tapi, complicatednya aku tak boleh nak masukkan. Aku bagitau je Nick tu, kalau boleh submit without movement nanti kita buat balik next submission. Dan Alhamdulillah dia terima. Dalam tengahari tu, aku tinggal Enviro je nak hantar. Aku siap boleh buat satu payment schedule. Alhamdulillah untuk hujung minggu yang tenang dan hari Isnin yang berkat.

Sojuk angin dia



Jalan kat tepi pantai

Brunch Ahad

Breakfast Ahad


Pergi beach Sabtu

Breakfast Ahad tu

Love..

Sunday, November 30, 2025

Handover UGG01

Kan baru2 ni aku akan mengambil alih scope kerja yang sama, cuma berlainan site. Eh, bukan site, lebih kepada overall projek punya seperti HR, Finance, Safety, Enviro, IT, DC, etc. Kita panggil dia indirect cost. Cost yang kena captured dan belong to overall projectAda tiga belas forecast book yang nak kena tengok. Apa je ar 13 workbooks tu? Sebelum ni tunnel aku tengok je dalam 30 workbooks, Rosehill 7 workbooks dan THS01 satu je. Masalah dia bermula apabila aku dah tengok workbook tu dan apa yang Arlene brief dekat aku hari Jumaat dua minggu lepas, dia yang akan update semua cost to date dalam workbook tu. 

Tu aku dah nampak problem dah sebab kalau tunnel, aku update je cost to date, pastu engineers aku yang wind down forecast to complete. Walaypun ada 13 workbooks, tapi aku yang kena buat actual cost, memang tidoklah larat. Haha. Lagilah aku masih ada payment schedule yang kena buat. Aku bagitau dekat Chin, nak push balik benda tu dekat operation. Dia okay. Dia kata nanti buat meeting untuk bagitau cost code owner. 

Aku dah lega sikit. Bolehlah fokus untuk buat kerja aku. Bila aku nak tukar format workbooks ikut format tunnel Isnin lepas, aku nampak ada benda tak sure kenapa. Aku pun tanya Arlene. Dia dah start kerja dekat department baru, logistic. Bila aku tanya dia soalan, dia kata nanti discuss hari khamis. Sebab memang minggu ni dia tiga hari dekat logistic dan dua hari untuk handover UGG01 dengan Clyde Dive. Aku macam tergamam sikit dia reply camtu. Dulu masa sebelum handover ni, dia baik je layan aku. Takdelah gaduh isu apa-apa. Huhu. Pastu ada sekali site admin tanya satu cost code untuk commercial packages, aku minta Arlene tolong advise since aku pun tak sure nak guna cost apa. Dia boleh reply, yang dia dah explain Jumaat lepas. Wei, kau ingat aku genius? Kau explain sekeli je aku dah faham? Aku pun baca email tu. Menitik kejap airmata. Sama macam bila Firas reject dan taknak buat kerja aku. Hati tisu. Haha.

Aku sedapkan hatilah kata, dia pergi sana kena cut pay, so dia stress kot. Berbalik-balik perasaan aku nak jadi baik justify keadaan dia dengan nak validate perasaan geram aku. Sampai hati kau buat aku macam ni. Tapi sekarang, nak fokus kerja je. Aku selesaikan juga kerja yang site admin bagi tu dengan tengok previous PO, ada tak yang sama dengan PO  baru ni. Alhamdulillah ada. Aku follow je cost code yang tu. 

Kat sini, kau memang boleh cakap je apa yang kau rasa, jadi mungkinlah Arlene pun macam tu. Aku malas nak fikir banyak-banyak dah. Nampak macam tak memang beri kerjasama. Walaupun masa dia terangkan kat aku, aku tanya dia benda pun, dia struggle nak jawab. Aku push juga sampai dia kata, nanti dia email. Aku nak kena follow up benda2 yang dia nak email tu Isnin nanti. Kau buat susah aku, memang aku pun xdelah nak senangkan kau. Takde sampai nak susahkan, tapi benda-benda yang kau kena selesaikan, sila selesaikan.

Aku doa jelah nanti bila nak buat betul-betul forecast, akan ada orang boleh tolong aku. Aku percaya je Allah takkan tinggalkan aku. Allah lagi besar dari masalah ni.

Semalam aku discuss dengan Nicole nak push balik kerja update cost to date ke cost code owner. Dia kata discuss dengan Chin dulu dan email je. Aku mula-mula ingat nak Chin yang lead meeting dengan cost code owner UGG01 tu sebab semua Director2. Tapi, Nicole kata, ‘Youlah yang kena discuss. Sebab you Cost Controller sekarang.’ Aku mula-mula cuak juga. Beberapa kali tanya Nicole, okay ke kalau aku tolak balik ke cost code owner? Nampak macam aku tak buat kerja aku as Cost Controller ke? Dia kata, okay je. Sebab aku memang buat camtu dekat tunnel. Aku pun, lantaklah. Aku draft email dan paste kat co-pilot minta dia ubah sebab nak email kat Director2. Dan sebelum balik hari Jumaat, aku send. 

Hari Isnin ake kena arrange dengan mana2 team untuk aku explain macam mana diorang nak baca Actual Cost. Dalam 13 teams tu, kena bagi dua hari. Sambung Khamis kot. Sebab Selasa dengan Rabu aku kena buat Tunnel. Jumaat biasanya pun nak finalise UGT01/02, Rosehill dan THS01. Aku nak kena draft dan praktis apa aku nak explain sebelum tu supaya tak bersepah-sepah ayat aku nanti. Goodluck Nadiah. You can manage did! I trust you. 






Love..

Tuesday, November 25, 2025

Faezah Mengingatkan

Baru-baru ini Faezah bertanya kepada saya, samada saya telah melihat igs seorang sahabat kami. Saya tidak sempat melihatnya lagi dan sekarang sudah jarang mengambil tahu kehidupan orang. Cukuplah mengambil tahu kehidupan k-pop idol yang baru saya minati, Seventeen. Idol yang dah lebih sepuluh tahun debut, saya baru minat. Tak ke puas nak mengkhatam cerita 10 tahun lepas? Haha. Malas layan kau ni. 

Saya membalas belum sempat, dan semenjak perceraiannya, saya kurang berminat mengetahui kehidupannya. Terutamanya ketika dalam iddah, saya melihat postnya melancong ke Bali. Hmm.. Untuk mengelakkan pelbagai buruk sangka lagi yang wujud, haruslah saya mengelakkan melihat igsnya. Kitonyo pun banyak dosa, takyah nak tambah. 

Faezah dengan gigih mengambil video igs dan share dengan saya. Video sahabat kami menari satu tarian k-pop penuh dengan stepsnya. Cuma concern kami adalah pakaian yang dipakai. Agak menjolok mata. Ya, pakaian bersenam untuk wanita. Walaupun dia telah memilih hanya orang-orang tertentu sahaja dapat melihatnya igs, tetapi di dunia media sosial ini sangatlah berbahaya. Lihat sahaja Faezah berkongsi video dengan saya melalui whatsapp. Moga tidak terjadi apa-apalah kepada sahabat kami ini.  

Saya teringat dahulu ketika kami pergi ke rumahnya time raya dan bergambar. Saya mengupload gambar kami beramai-ramai ke ig dan dia menghantar pesanan peribadi ke saya minta diturunkan gambar itu kerana terlihat sedikit aurat tangannya. Benarlah manusia ini boleh berubah. Semoga yang baik-baik sahaja untuk sahabat saya ini. Dia bijak, saya pasti dia sedang berusaha menjadi lebih baik dan pasti akan berjumpa kembali jalan kebenaran. 

Setelah melihat video itu, saya membalas kepada Faezah, ‘Baguslah dia nak menghafal semua steps tu. Susah tau nak hafal steps.’ Al-maklum, tengok artis korea praktis nak hafal choreographer diorang berhari-hari nak bagi sharp dan cantik. Efforts tu, kita bagi pujian. 

Datang Faezah reply, ‘Daripada aku belajar tu, baik aku hafal Quran.’ Haha. Tersentak aku. Masalahnya, aku dua-dua pun tak buat. Tak hafal steps menari dan tak hafal Quran. Cano? 

Alang is rindu. Ni nak mandi dengan daddy

Ada hobi terpaksa baru. Baca buku every week


Love..

Friday, November 14, 2025

Ayah Najwa Meninggal Dunia

Hari Rabu yang lepas, saya mendapat perkhabaran kematian ayah Najwa melalui Faezah. Faezah melihat status whatsapp Am dan memberitahu saya. Bersyukur mempunyai seorang sahabat yang saling mengingatkan seperti dia kerana saya jarang melihat status whatsapp seseorang. Terlalu banyak media sosial yang aktif sehingga tidak boleh menambah lagi yang lain. Sekarang ini, cukuplah instagram dan youtube penjahanam masa saya. Kita jangan menambah lagi yang lain. Haha. 

Berbalik kepada kisah ayah Najwa. Rupanya sudah lama tidak sihat dan seminggu ini terkena lung infection dan ditahan di hospital. Am cerita mudahlah pemergiannya, tak sampai seminggu pun sakit teruk. Allah. Ayah dan ibu Najwa selalu ada posisi khas di hati saya. Saya belajar untuk menyayangi anak orang lain tanpa batas melalui mereka. Kali pertama berjumpa, terus mereka menggelarkan diri mereka ayah dan ibu. Pertama kali jumpa ibu dan ayah kawan saya begitu. Haruslah saya terus membiasakan diri menggelarkan mereka ibu dan ayah. Terus abang Najwa jadi Along saya dan adik juga. Diorang pun gelarkan diri diorang ke saya tu. Keluarga yang penuh kasih sayang. Saya suka orang yang banyak kasih sayang dan nak berkongsi sesama makhluk kat dunia ni. 

Saya teringat ketika kami di UiTM Perak, Najwa akan menelefon ibu tiga kali atau lebih sehari. Sehari yer. Pagi sebelum pergi kelas, tengahari masa balik tengahari dan malam itu biasa. Jika ada hal-hal lain, dia akan ada extra. Saya bila dengar tu, kagum. Saya cuma menelefon emak saya seminggu. Itu pun kadang-kadang takde topik nak borak. Hehe. 

Saya text Ebah bertanya adakah dia akan ke Muar? Saya mahu mengirim sedikit duit. Dia berkata ya, dia akan memandu ke sana. Najwa dan Ebah sudah tiada kedua ibu-bapa. Ya, saya sudah di fasa itu. Ibu bapa sahabat saya dan saya sudah tua. Bertuahnya saya masih mempunyai kedua-duanya. Alhamdulilllah. Semoga saya sempat membawa mereka menunaikan haji tahun hadapan. 

Tetapi, Allah Maha Kaya, mereka mempunyai ibu dan ayah mertua untuk meminta doa dan menumpang kasih-sayang. Walaupun pastilah tidak sama, sekurang-kurangnya status doa ibu ayah tu masih boleh diperolehi. 

Semoga roh ayah dan ibu ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan dijumpakan di syurga bersama Rasulullah s.a.w.. Mendoakan juga Najwa sekeluarga tabah dan sabar menghadapi ujian dan kasih-sayang Allah ini. 

Love..

Thursday, November 6, 2025

Kerja Baru

Semalam Chin panggil aku discuss kerja. Projek dah nak habis, so ramai orang akan diberhentikan sebab Gamuda takde projek sekarang. Kalau ada pun kecik je, tak boleh nak tampung semua staf dari WTP ni. So, ada juga staf yang akan transfer pergi projek lain. Projek sama macam Ain. Dekat Chatswood. Masih dalam Sydney. Tapi jauh sikit dari Parra. 

Chin kata, aku akan kena take over scope Cost Controller untuk Indirect Cost macam Safety, Enviro, IT, dan ada lagi dua aku tak ingat. Total lima. Finance macam tak, HR pun takyah. Chin kata, dia proposed nama aku untuk bagi aku relevant stay kat WTP sampai end of project. Kalau aku jaga tunnel je, aku punya demob date bulan Mar25. Lepas tu, kena pergi North Sydney join tender team. Dia tanya aku prefer yang mana? Haruslah aku nak stay. Takyah fikir lagi transportation nak pergi city yang sejam tu. Kat sini, ofis sekangkang kera dah sampai. 

So, untuk pastikan aku relevan, aku kena jaga juga cost control department lain. Cost Controller sekarang macam nak kena transfer dah, Arlene. Aku dengar macam mencabar juga sebab banyak parties aku kena deal. Sebelum ni deal dengan Tom untuk tiga site je. Dan Alhamdulillah Tom tersangatlah okay. 

Nak fikir sekarang, benda jadi next year. Tapi, next year tu adalah dua bulan lagi. Pastu kalau tolak cuti setengah bulan shutdown period, tinggal satu bulan setengah je nak belajar semua tu. Hhmm. 

Takdelah sebab Allah bagi jadi benda-benda ni kalau kau tak mampu ye dak? Buat yang terbaik dengan kapasiti kau dan minta je dengan Allah petunjuk nak buat semua ni. Kalau bagi dekat diri sendiri, memang tak tercapai dek akal apa yang aku dapat. Kerja Sydney, duit cukup pergi Haji, jalan-jalan lagi. Banyak sangat. Jadi, marilah kita berusaha menjadi muslim yang baik di dunia. 









Love..