Friday, November 13, 2026

Belajar Berperasaan

Lately aku tengah belajar mengkaji perasaan sendiri dan lepas tu nak kena kawal pula. Sekarang banyak dah perasaan-perasaan yang aku explore. Aku dah pandai marah orang. Aku suka bila marah atau disagree dengan Mira, aku boleh jadi diri sendiri dan kitorang argue point masing-masing. Towards the end, aku kadang2 setuju je dengan point dia, kadang2 aku tak setuju dengan point dia tapi kami bersetuju untuk tidak bersetuju. Aku suka perasaan tu. Selama ni, aku selalu ikut orang je. I'm a good follower. Aku nak ubah tu. Aku nak jadi a good follower with a good reason. 

Sekarang ni banyak aku dapat rasa-rasa perasaan yang tak settle dalam hati. Yang paling utama adalah rasa sedih tak dapat bonus. Aku cerita dekat Grace dua minggu lepas, aku menangis. Aku pelik kenapa aku masih sedih? Aku ingat aku dah move-on. Tak rupanya. Pastu, aku pernah minta Alice naikkan pangkat aku sebab aku dah buat kerja macam senior dan gaji aku kecik. Bila aku nak explain kat Alice, aku nangis. Mula-mula aku nak tahan, tapi terkeluar juga. Alice tengok aku, mesti dia ingat aku ni manja. Aku pun rasa, aku ni manja sangat. Terlalu bergantung kepada atasan aku. Ai Tee pun pernah marah aku sebab aku selalu merengek2 kat dia. 'Jangan manja2 dengan I yer.' Ai Tee marah aku dulu. Haha.

Baru-baru ni, aku terasa hati sebab diorang semua pergi Melbourne tak inform aku. Aku rasa macam bukan part of the team. Diorang ada ring a bell untuk projek Mortlake. Mula-mula aku boleh pergi juga, tapi ada submission, aku tak ikut. Pastu, submission aku postpone dan aku terlepas time tu. Alice kata kat diorang, siapa nak pergi Melbourne, boleh pergi. Aku takde kat tempat kejadian. Aku pun senyap je. Sehari sebelum diorang nak pergi, aku tanya Pei Wen, siapa lagi yang pergi. Semua. Semua team aku. Kecuali Yeaw. Sebab dia kat Jepun. Aku rasa muka aku berubah waktu tu. Pei Wen try pujuk aku macammana entah. Aku pun dah lupa. Tapi, tu ar. Aku tak boleh nak kawal perasaan aku dan tak pandai nak express diri juga. Another things to learn and explore. 

Tadi sekali lagi aku terasa hati. Dan aku terlepaskan kepada orang yang paling tak patut aku lepaskan which is Yeaw. Aku kena tulis minutes meeting dengan client, tapi setiap kali aku nak tulis, aku macam lost. Semalam Yeaw invite aku dalam meeting planning dia sebab aku kata nak masuk. Dia kata tak penting pun, aku kata nak juga masuk. Dia pun invite aku. Banyak benda diorang bincang rupanya. So, dalam meeting dengan client nanti diorang just update je. Patutlah selama ni aku macam lost bila diorang discuss. Masing-masing tahu je pasal benda tu. Bilanya diorang discuss pasal ni? Rupanya ada meeting sebelum meeting dan summarize kan semua topic jadi dalam satu meeting. Sekali lagi aku terasa. Walaupun sekarang aku rasa, kalau nak apa-apa ko minta je. Sebelum nak minta tu, ada perasaan yang perlu dikawal yer. 

Lepas aku update minutes, aku minta Yeaw review dan aku kata dengan dia, nak discuss pasal minutes tu. Aku nak tau update weasel sekarang sebab aku tak join meeting2 lain. Yeaw kata okay. Bila tengah discuss tu, aku kata dengan yeaw, 'Now I know why I lost everytime dalam meeting. You all ada meeting sebelum meeting.' Aku terkuat cakap dengan dia. Yeaw punya muka berubah. Dia deny meeting2 tu. Dia kata meeting2 tu tak penting. Ye ar, untuk dia tak penting sebab dia dah tau. Aku tak tau. Bila aku tanya drawing dah dapatkan? Dia kata ya, ada email dari Mehdi. Aku tak pernah dapat pun email dari Mehdi. Sekali lagi aku terasa. Dan memang aku buat muka kat Yeaw. Arghhh... Orang yang paling aku tak patut marah adalah Yeaw sebenarnya.. Dia sangat baik tolong aku kat sini. Even Nga pun tak heran aku kat sini sebab dia sibuk buat Mortlake dan Pei Wen pun tak ajak aku masuk meeting sebab sibuk juga agaknya. Sekarang aku dah ada masa sikit nak study weasel ni, sebelum ni aku sibuk tender lain. Dan aku rasa aku takde role yang besar pun kat weasel ni. Semua decision, pei wen yang buat. Sekarang pei wen dah sibuk buat Mortlake dan Alice pernah kata aku kena tolong pei wen sebab dia tengok pei wen banyak kerja. Aku pelik, apa yang sibuknya untuk Weasel? Aku macam tak tau apa-apa pun. Banyak rupanya kerja behind the scenes yang aku tak tau.  

So, bila tulis minutes ni, aku tanyalah Yeaw benda2 bodoh ni. Drawing kat mana? Civil works apa? Electrical mana? OEM apa? Yeaw siap kata, nanti minggu depan kat ofis, dia ajar aku details. Aku wfh hari ni. Sekarang nak finalkan je minutes meeting tu. Aku pun malas nak tahan Yeaw lama2 sebab aku takut termarah dia lagi. Bila dah habis discussion tu, aku rasa bersalah. Aku boleh je lepaskan perasaan tu dan buat bodoh. Tapi, aku kuatkan hati juga untuk say sorry dekat Yeaw. Aku nak kena belajar control or manage perasaan2 ni. Mana nak start tak tau. Moga Allah berikan petunjuk. 

Huhu. Redho je kena marah.. Awat baik sangat laki orang ni? 


Bismillah.. 


p/s : Aku tak buat kerja sangat hari ni sebab Outlook problem, server pun juga. Seantero dunia yer. Teams je okay. Tu yang meeting dengan Yeaw tu.. 

Love..

Melawat Mak Ngah Pahang

Ayah ni antara banyak benda boleh belajar dari dia adalah dia akan pergi rumah Mak Ngah Pahang setiap kali balik raya. Kitorang singgah makan ikan patin. Aktiviti sekali setahun. Ayah buat lepas arwah Pak Ngah meninggal sebab time arwah Pak Ngah ada, kitorang jumpa kat kampung je. Pak Ngah dulu balik kampung siap kena sewa teksi. Takde lesen lagi waktu tu. Pastu rajinlah balik bawa game kat tv tu. Apa entah nama dia. Semoga Pak Ngah dan Pak Busu dan Atok semua dipermudahkan urusan kat sana. Nanti jumpa semua kat syurga. So, benda singgah rumah walaupun sekali setahun ni memang benda yang aku appreciate sangat. Kitorang tak rapat sangat, sebab masing-masing pun sibuk dengan keluarga sendiri. Bila jumpa tu, akan update perihal sendiri dan keluarga. 

Ada sekali hari, Kak Cik message Kak Fisha tanya nak apa-apa tak sebab dia kat Temerloh. Aku pun tanya, buat apa kat sana? Kak Cik kata, Mak Ngah masuk hospotal, baru keluar semalamnya. Kak Cik cuti, dia pun bawa mak dengan ayah pergi sana. Aku bayangkan bawa mak ayah guna kereta Honda tu, memang seronok je jalan jauh. Dia tak penat. Jadi, pergi balik hari tu, okay je. Harga yang perlu dibayar untuk keselesaan. Nanti balik Malaysia, nak kena ada allocation untuk beli Honda juga. Haha. Terima kasih Kak Cik bawa mak dengan ayah. InsyaAllah murah rezeki tu.

Fatimah dah duduk dengan Mak Ngah sekarang. At least adalah orang nak tengok. Rumah dia, dah sewa. Besar pahala duduk dengan mak ni. Dia tak akan mudah, sebab mestilah ada gaduh2 sikit. Aku duduk dengan mak aku hujung minggu pun kerja nak bertekak, apatah lagi mengadap hari2. Haha. Semoga Timah dan keluarga, Mak Ngah dan Rahman dipermudahkan urusan. Dan moga mudah-mudah je urusan keluarga kitorang. Sekarang ni, adik ada kat rumah pun macam takde. Haha. Tak banyak boleh tolong. Sabor je. Kau pergi belajar bawa kereta sana. Bawa mak ayah balik kampung. Rengsa dengan adik aku tu sebab dia takleh bawa kereta je.  


Rindu rumah ni.

Hadis Nabi

Love..

Undergraduate

So, minggu ni budak baru tu dah masuk. Cantiklah budaknya. Aku kata dalam hati, aku kalau lahir tahun2 korang tak tau ar kategori tercampak macammana. Diorang ni sejenis bersiap. Aku siap apa adanya. Aku nak ambik part pandai buat kerja dan baik hati je ar. Haha. Pei Wen minta aku brief dia pasal forecast, aku pun brief. Bijak budaknya. Cepat faham. Dia dari commerce, sebab kat sini takde QS. Biasanya yang jadi contract admin ni background finance or commerce. Hari Selasa, aku pergi HSR office. Pastu teams group Renewable Energy kitorang meriah. Alice kata dia suka budak ni. Jimmy kata bagus, tapi kena ada kawan yang betul. Aku nak je tanya kenapa, tapi nantilah aku tanya Pei Wen je bila jumpa time badminton nanti, sekali Shereen dah tanya. 

Alice kata, diorang throw benda pasal Weasel dan budak ni boleh buat. Bila balik ofis tu, aku pergi main badminton, aku tanyalah Pei Wen details budak ni. Dia kata, budak ni come out dengan presentation untuk pile and tracker. Siap bagi input dari sudut commercial lagi. Sedangkan dia commerce. Bagi pagi, tengahari dalam pukul 3 dah siap dan present. Berani pula tu, takde ehh oohh pun tengah present. Lagipula Pei Wen kata, dia Pengerusi kelab apa entah kat sini. Pastu tanyalah pasal Jimmy kata tu. Pei Wen kata, dia keluar dari ofis dengan budak2 gen-z dari team lain, dalam setengah jam juga hilang. Haha. Standardlah kerja under Malaysian. Kena ada depan mata, tak kiralah ko perform camne sekali pun.

Masa badminton, Pei Wen tunjuk kat aku email dari Nicole. Commercial Manager dia nak minta help dari Pei Wen setup forecast untuk project Gamuda baru nak dapat. Pyrmont ISD, dan dia minta Nicole advise. Gilor. Ni bukan part time. Ni kerja Nicole dulu gila2 setup sebelum dia cuti. Full time kot. Mana ada part2 time. Dah kena hire Cost Controller untuk kerja tu. Aku pun kata tak nak. Tapi, Pei Wen pun memang nak kata no pun kalau dia dapat email tu. Esoknya, lain pula cerita dia. Ashley, commercial manager Parra ISD, minta help dari Alice untuk Cost Controller tolong parra ISD. Kena ada kat site. Laju betul dia twist. Maleh aku. Alice kata, diorang nak support untuk dia cari budget kat file je. Sabor je aku. Punyalah tak pandai buat magic bila anak buah kau cuti. Nicole baru cuti seminggu kot. Macam-macam jadi. 

So, arrangement baru untuk aku next week sampai Nicole balik bulan January nanti. Isnin dengan Rabu kat North Sydney, Selasa kat HSR, Khamis dengan Jumaat kat Parra ISD. Okaylah untuk aku. Dekat sikit dengan rumah. Takyahlah naik train pagi2 tu. Aku setuju je sebab baru dengar ada sorang ni kata, kalau ada apa2 opportunity, kata yes je dulu. Lantaklah lepas ni jadi apa. Entah-entah tukar plan lagi lepas ni. 

Sekarang pun tak busy lagi. Tender yang kitorang buat tu, senyap je. Pastu ada satu tender yang dulu kata confirm nak buat pun, Alice bagi email kata postponed, so bolehlah aku buat benda lain. Tahun depanlah kot busy. Tapi, aku nak cuti raya yer. Dah bagitau Alice. Setelah tiga tahun raya di perantauan, marilah kita beraya bersama keluarga tercinta.

Surah Al-Isra Ayat 84

Baru dengar Ustaz Azlan Shah baru hurai pasal ayat ni yang mana, kita kena beribadah sesuai dengan pembawaan masing-masing. Tak semua kena jadi doktor, engineer, hafal Quran. Semua orang ada benda yang dia boleh share dekat dunia ni. Jadi Nadiah, selamat menjadi seorang mukmin yang itqan dan memberi manfaat kepada orang ramai. 

Hujung minggu lepas pergi hiking


Dunia ni celup tangan, air kat tangan tu je. Huhu



Kalau tengok lautan ni, selalu tersedar hadis Nabi pasal dunia ni secelup je dari lautan ni. Alhamdulillah jadi Muslim, semoga pengakhiran kita semua kat syurga dan jumpa Rasulullah s.a.w. Dulu Alin pernah kata antara impian dia, nak jumpa P.Ramlee kat syurga. Aku nak jumpa Mus'ab Ibn Umayr. Pemuda yang buka dan ketuk semua pintu rumah dekat Madinah.


Love..

Friday, November 6, 2026

Laku Keras Cost Controller

Sekarang ni aku dah kena buat kerja cost control untuk high speed rail tender. Dua hari cost aku, nak claim kat tender tu. Masa Alice tanya aku boleh ke tak, aku kata naikkan gaji aku. Aku nak tengok, dapat tak aku naik senior tahun depan. Mula-mula diorang letak nama Nicole, tapi Nicole dah pegang Parra ISD. Pei wen pula dah pegang Mortlake. Semua project tu on-going. Aku so far, tender je. Takde project yang aku pegang. Tapi, dalam perancangan, kalau Merino dapat, aku akan pegang tu. 

Aku okay je buat high speed rail tu. Boleh kata, tak banyak sangat benda aku buat as cost controller ar. Semua benda Bid Director aku yang pegang. HSR ni joint-venture dengan Samsung dan FCC. Nak dijadikan cerita, bid director dia dari samsung, susah aku nak minta benda. Aku minta budget approval, sampai ke sudah tak bagi. Aku pun tak sure kat mana sekarang budget tu. Pastu tanya allocation untuk % setiap JV company berapa pun tak bagi lagi. Sistem samsung dengan gamuda ni beza kot. Aku pun tak sure camne. So far, aku just buat benda yang dia suruh je. Which is update staff cost every week. Pastu, hujung bulan lepas, assist untuk buat claim ke client. Which is bukan kerja cost controller. Tapi, setakat ni aku takde benda urgent kat tangan, so bolehlah tolong. Jadi, aku buat jugalah. Tak sure nanti bila dah tengah2. Nanti fikirlah.  

Risikonya kerja tender ni, ko takde cost tau. Sebab kalau project, ko boleh guna cost contract yang dah award tu. Kalau tender ni, minta budget pun asyik kena cut je. Sebab tu, dapat join tender hsr ni Alice suka. Sebab tender ni boleh claim client. So, cost bawah Alice dah kurang sikit. Aku pula yang jaga cost weasel dengan merino. Tau dah tak cukup budget. 

Bila Alice mula2 bgtau aku nak kena pergi HSR, dia kata bisnes cost controller kat sini dah bagus. Ramai orang nak pakai. Aku gelak je. Ni tadi pei wen datang kat aku, tanya aku ada capacity lagi tak? Sebab commercial manager ISD parra minta cost controller sementara Nicole cuti dua bulan ni. Aku jumpa Nicole sebelum dia cuti balik Malaysia masa tu. Dia kata, project baru nak start tak banyak sangat kerja cost controller ni. Lagipun dia dah bagitau manager dia, managelah dua bulan ni, kalau salah, nanti bila dia balik kerja balik, dia betulkan. Tak sangka plak dia minta Pei Wen tolong. Tapi, okay juga kalau tolong parra ISD, aku dekat dengan rumah aku. Haha. 

Semalam aku tengok sda sorang senator muslim baru kena lantik kat US. Abdul El-Sayyed. Dia ada background doctor dan isteri dia pun doctor. Aku selalu kagum dengan muslim2 yang competant ni. Lagi2 lelaki. Mungkin sebab orang keliling aku, kalau dia kuat agama, tak nampak competant sangat. Kalau dia tak berapa beragama, kemahin lagi dia climb corporate ladder. Aku kata dalam lingkungan kerja aku je. Ada sorang manager muslim dari Iran kat sini, dia minta bos dia postponed meeting sebab dia nak pergi solat Jumaat. Tapi, time solat tu, dia kat tempat dia je. Tak pergi keluar ofis pun. Bila kawan cina aku cerita, aku yang segan. 

Aku selalu kata dengan orang aku tak suka nak climb corporate ladder. Tapi aku nak kena jadi bagus dalam kerja aku. Geng2 aku semua dah jadi bosses level. Even pei wen, dia boleh manage semua orang. Aku sepatutnya dah catch-up kerja macam dia. Dia dah jadi cost control manager. Sekarang ni masih banyak rely on dia. Aku masih takut nak buat keputusan. Nak ada back-up dia juga. 

Aku memang taknak climb corporate ladder, tapi dengan keadaan aku sekarang, nak kena take challenge tu. Orangkan kata, kau buat apa2 pun asalkan kau happy. Aku sebenarnya tak happy sangat pun sekarang. Sebab aku rasa, je sekarang, aku perlu kerja lagi bagus.Aku kagum dengan pei wen, ai tee, alice. So, aku nak jadi macam diorang, competent. Walaupun dari dulu memang bukan jiwa nak jadi boss, kena dah ada perasaan tu. Accountability dengan kerja ko. Agak susah sebab aku kurang teliti. Tapi, marilah mencuba Nadiah. Minggu depan ada undergraduate nak masuk. Pei wen kata, dia takde masa nak ajar. So, aku dah fikir nak bagi dia buat satu claim yang aku dah buat. Nak bagi dia familiarkan payment certificate. Nak kena belajar lead orang pula. Nak jadi macam yeaw. 

Susahlah nak hidup ni. Haha. Tapi, bak kata Buya Hamka, kalau hidup sekadar hidup, babi kat hutan pun hidup juga. Marilah memaknakan hidup sendiri. Semoga dipermudahkan semua urusan followers saya. 

“Orang Mukmin yang berbaur dengan masyarakat dan bersabar dalam menghadapi gangguan mereka itu lebih baik daripada orang Mukmin yang tidak berbaur dengan masyarakat dan tidak bersabar dalam menghadapi gangguan mereka.” 

p/s : masih tiada gambar

Love..

Thursday, November 5, 2026

Bakat

Aku teringin makan kek batik. Tengok dalam tik-tok senang je diorang buat. Menggigihlah aku cari biskut marie kat asian groceries. Rupanya, ada je kat coles. Ko ingat mat saleh tak makan biskut ni? Haha. Aku pun ikutlah satu resepi yang pakai cawan sebab takde measuring scale. Cawan senang. Time aku kacau tu, aku dah perasan dah, nape dia terpisah bila aku masukkan coklat dengan milo? Tak sebati macam dalam tik-tok. Aku pun kacau juga. Dah penat tangan, dan masih tak sebati juga, aku masukkan je biskut. Haha. Buat macam dalam instruction dia. Pastu buat gulung2 supaya senang potong dan simpan dalam peti sejuk. 

Esoknya aku nak potong, keluarkan satu. Mak ai, kerasnya. Haha. Aku pun biarkan kat room temperature dulu. Dah lembut sikit, baru aku potong. Bila aku nak makan, liat pula tu. Haha. Gigihlah aku gigit sambil berdoa, gigi aku tak rosak apa-apalah. Haha. Adalah cita-cita nak bagi orang, aku pun bawa pergi ofis. Hari tu pula, aku nak pergi badminton dan akan tumpang Chang balik dengan kereta dia. So, bawaklah. Hari Selasa, aku kat High Speed Rail office yang dekat dengan Station Package office. Aku text Ain nak makan sama. Bila aku g kat ofis Ain, aku bagi dia rasa kek batik tu. Dia takleh gigit wei. Haha. Terus aku pun x jadi bagi Chang. Aku gigitlah pelan2 sampai habis kek batik tu nanti. Haha. Lawaklah. 

Apa jelah skill yang ko ada Nadiah? Baking takde, masak takde, crocheting lagilah, melukis pun apo je. Adakah mencari duit kira skill? Tapi, aku tak mencari duit pun. Aku bekerja dan pada masa yang sama dapat duit. 

Arggghhh. Dah draft, tapi xleh letak gambar.. Post dulu sebab nak cerita lain. 

updated : wfh hari ni, jadi boleh buka guna browser untuk upload gambar.


Kek batik liat

Kopi buat sendiri kat North Sydney ofis

Joey bagi beg Gamuda

Kopi barista buat kat HSR ofis


Sejenis tak suka membazir, gigh habiskan

Love..