Monday, October 19, 2026

Sebulan Tak Update

Haha. Giler busy kau konon2nya. Lepas balik haji masa tu, nak commute dari Parramatta ke North Sydney setiap hari, penatlah alasannya. Takde maknyanya. Priority tu macam tak bagi betul-betul. Walhal, banyak je benda kau buat. Banyak ke? Tak juga. Haha. 

Minggu lepas time call family, Fisha tanya kenapa dah lama tak update? Aku tak tau kenapa setting google aku ni, dari phone nak post, tak boleh letak photo. Tu yang aku tak berkenan update tu. Aku nak letak gambar! Nilah tempat nak berlagak. Haha. 

Jadi, tak banyak sangat benda nak cerita kat sini. Just nak update untuk Fisha dengan Mina baca je. Haha. 

Oh, bulan lepas Layla dah pindah dari 88. Bolehlah cerita sini. Tengah borak-borak dia pasal beli barang semua sebab rumah kosong, Kak Cik bagi gambar anak dia naik troli kat Rosyam Mart. Aku pun sebab dah tertengok tu, tunjuklah kat Layla. Dah besar dah anak buah kita ni, aku cakap dengan dia. Layla pun tunjuk gambar anak buah dia yang perempuan tu. Comel je. Pastu dia kata, ni kakak ipar dia baru bagi gambar. Aku pun tanya, kenapa? Dah tiga minggu kakak ipar dia tak message dia lepas dia tak bagi kakak ipar dia nak pinjam duit. Dia tengah nak guna duit banyak sebab nak pindah rumah, deposit semua. Merajuk agaknya. Bila dah masuk gaji, dia transferlah sikit ke kakak dia. Terus kakak dia bagi gambar anak buah dia. Huhu. Sedihlah kalau dengar camni. Kau suka-suka je buat Layla macam tu. Bila dia ikut cakap kau, baru kau bagi gambar anak buah. Dahlah Layla sayang sangat kat anak buah dia tu. Sorang tu je. 

Rezeki keluarga ni pun rezeki Allah yang patut aku syukuri. Alhamdulillah. Keluarga aku pun takdelah bagus sangat. Kitorang ni memang kerja gaduh je dari dulu. Sampai sekarang gaduh lagi kot. Tapi tau, kalau tegur-tegur tu sayang namanya. Kalau tak tegur tu maknanya, memang malas dah nak layan. Aku sejenis boleh dengar lagi cakap adik-adik. Kalau nak rasa dengarlah. Haha. Diorang boleh je nak cakap apa dengan aku. Nikmat tak terasa tu, memang nikmat. Nak kata amik dari ayah nanti, mesti Fisha kata, ko ni.. Haha. Dengan ayah pun, kitorang boleh kata apa je nak kata. Sebab InsyaAllah, ayah tak terasa or ayah akan lupa. Macam aku juga. Lupa. :p

Aku pun dah lupa camne aku decide untuk jadikan setiap hari Sabtu, jam 6 petang akan video call mak bila aku pindah sini. So, kadang-kadang adik-beradik dengan anak buah aku pun join sekali. Kadang2 berdua je dengan mak. Kadang2 skip juga seminggu. Tapi, memang time cuti. Sampai Melissa pun pernah kata, kalau Melissa cuti, nanti Alang call. Pentingnya satu benda yang konsisten. Senang nak explain kat budak2. Lagi2 anak Kak Cik. Haha. 

Dulu aku pernah tengok kawan aku, dia borak dengan mak dia, tiga kali sehari. Konon-konon nak tiru ar bagi mengeratkan kasih sayang. Aku siap offer adik-beradik aku, siapa yang boleh update aktiviti dia, aku bayar. Tapi, haruslah adik aku tak mata duitan. Haram sorang pun buat. Diorang pun malas. Haha. 

Sekarang ni, banyak juga kegiatan sesama diorang. Birthdaylah, pergi Sunway Lagoonlah. Baru ni, pergi library. Alhamdulillah, pengikatnya pastilah si kembar tu. Walaupun penat kak cik dengan ijam melayan diorang dengan Melissa time kitorang takde. Time cuti2, haruslah semua pun cari kembar, kembar. Moga kuatlah kak cik dan dapat power nap bila2 dia nak. Antara doa kak cik minta kitorang doakan masa kat haji masa tu. Antara doa kalau ada rezeki kawen, semoga pasangan aku dan anak aku jadi penggembira kitorang  sekeluarga. Dan aku pun jadi penggembira keluarga pasangan aku juga. 

Dalam pada nak tulis sikit je tadi. Haha. Tulis dalam train on the way balik kerja. Jumpa lagi nanti. Semoga rajin tulis setiap minggu. 


I'm ready for the week

Sambut birthday mak dan mina

Pakai baju family day

Pergi Sunway Lagoon guna unlimited pass

:)

Gambar troli pembuka cerita aku dengan Layla

Ada rezeki kongsi dengan anak buah 

Pergi library

Kesayangan.. 

Aktiviti hujung minggu

Love..