Friday, July 31, 2026

Masih Berehat di Dunia

Diam tak diam, dah sebulan berulang ke North Sydney. Rasa biasa dan penat di hujung-hujungnya. Mungkin sebab tengah datang bulan, saya kurang pasti. Balik sahaja ke rumah, saya sudah letih dan terus tertidur. Keesokan paginya begitu susah mahu bangun untuk ke kerja. Mood saya kembali menurun. Mungkin kerana kurang kerja. Saya membaca mengenai solar panel, tetapi tidak faham dan end up akan mengantuk di pejabat. 

Ada beberapa kali, Alice memanggil saya masuk ke meeting untuk memfamiliarkan saya dengan terma-terma solar panel. Tetapi sekarang sudah tidak lagi. Dia sudah terlalu sibuk untuk memikirkan saya. Saya pula tiada kekuatan untuk mengoffer diri masuk ke meeting yang tiada kena mengena dengan saya. Kalaulah saya berani dan suka menyibuk2. Orang kata, kalau kau nak sesuatu, minta je. Dapat tak dapat, lain cerita. Janji dah minta. Tapi, susahnya. Haha. Lama-lama takde kerja ni bosan yer. Setiap kali Pei Wen bagi aku kerja, laju je aku buat. Walaupun untuk Mortlake. Sepatutnya aku guna masa ni nak belajar guna software. Candylah, ACC lah, semua software baru nak guna untuk project ni. Tapi, mestilah nak kena tanya orang. Nak godek sendiri, tak pandai. Sebenarnyakan boleh je belajar tanya chatgpt. Kau je tak pandai. Malas nak layan diri sendiri. 

Semalam ada Town Hall gamuda. Beberapa kali nama Alice dipanggil sebab berjaya secured project solar panel pertama Gamuda Australia dekat Melbourne. Boleh je kitorang sebenarnya. Tapi tu ar, bos besar suka percaya orang local berbanding bakat Malaysian sendiri. Aku lepas diorang kata berdegang2 nak menang project kat Melbourne, lepas tu tak dapat. Aku dah tak percaya dah bos besar tu. Haha.

Bila diorang bercakap pasal projek Mortlake tu, siap mat saleh pun mention nama Alice, aku pun jadi bangga sebab Malaysian. Berbanding Hua Wei, Alice seperti lebih dipercayai di sini. Aku dengar juga dia dah tak termotivasi. Mungkin nak kena pergi Taiwan sebab project tunnelling akan banyak kat sana. Tapi, aku tak sure sebab family dia kat sini. Dulu dia nak pindah sini, Alice kena ikut walaupun position Alice kat Malaysia memang dah tinggi. Untuk family, dia follow Hau Wei. Sekarang aku tak sure. Pandailah diorang. Cuma kadang-kadang kau akan terkena dekat bos yang tak appreciate kau. Kau akan demotivated. Aku pernah rasa tu. Nasib2 jelah benda ni. 

Apa-apa pun semua benda kat tangan kau. Kau nak jadi lebih baik ke lebih buruk, semua pilihan kau. Kalau selalu kagum kat orang pun susah juga tak buat apa-apa. Kau pun kenalah jadi sebahagian dari entiti yang orang akan kagum dengan kau. Sebenarnya, bukan orang je. Untuk diri kau sendiri. Sekarang kau kagum tak dengan diri kau sendiri? Jujur aku kata, aku tak. Dah banyak kali aku kata, baik je tak boleh. Kau kena jadi competent dan kalau ada kuasa, lagi bagus. Boleh tolong orang lain.

Aku baru tengok cerita 'Teach You a Lesson' dekat Netflix. Baru episod 4. Dah nangis waktu episod 1. Aku tak bolehlah tengok orang yang keadaan dia tak boleh buat apa. Orang yang kena buli tu. Nak pergi sekolah pun takut. Nak bangun tidur pun takut. Family sibuk bekerja sampai tak hirau langsung anak tu. Cukup bagi makan je. Sampailah hero tu yang selamatkan. Mujur ada hero tu, dapatlah dia terlepas dari masalah itu. Walaupun dah ada kematian. Perihal pembuli pula, macammana kau boleh sangat jahat sampai menyebabkan orang boleh bunuh diri sebab kau, dan kau takde perasaan apa-apa? 

Dalam pada tu, aku dengar juga ceramah Ustaz Azlan pasal perkembangan pesat Korea yang kita boleh ikut. Tapi, ada sisi lain yang negatif. Aku nak cari juga dan baca, tak tau nak start dari mana. Macam-macam benda sebenarnya kau boleh fikir dan jadi kalau kau nak fikir semua. Dan buat masa ni, aku tak fikir mana-mana lagi. Dengar, dan buat kegiatan aku sendiri. Apa je yang aku buat untuk orang lain? Bermanfaat ke aku untuk umat?  



Benda yang sesak kepala bermula dari sejam sembilan minit. Beruntung kita jadi Islam. Alhamdulillah.  


Lauk seminggu

Geng Parramatta


Love..

Friday, July 17, 2026

Berehat yang panjang

Dah lama tak menulis. Banyak benda jadi, Alhamdulillah. Tetapi tu lah, tak banyak rasa bertambah kebaikan lagi. Sekarang pula tengah sejuk, lagilah tak jadi benda kat Sydney ni. #alasan

Tengah nak start balik aktif menulis kat blog, aktif kat ig sebab nak ingat balik benda2 yang jadi kat diri sendiri. Semoga Nadiah semakin rajin. 

Sebagai update diri sendiri, dah jadi hajjah, dah start kerja kat North Sydney under Alice, masih duduk dekat Parra, sekarang berulang je. Dalam sejam total perjalananan, dua jam pergi balik. Setakat ni, pergi kerja dapat duduk lagi. Sebelum naik train tu, dah start baca doa makan. Masa 40 minit tu setakat seminggu ni, Alhamdulillah boleh baca Al-Mathurat, baca Al-Kahf 1-10, 101-110, transfer untuk derma. Bila balik tu, ingat nak baca Al-Mathurat, tapi dah lepas maghrib. Haha. 

Maghrib 5.00pm, Isyak 6.30pm. So kena solat kat office. Kalau tak, sampai Parra memang terkejar. Tu belum lagi, kalau singgah beli sayurlah, air kelapalah kat woolies tu. Lagi rajin membeli-belah skang. Sebab memang lalu tepi woolies tu. Haha. Additional cost tranport dengan shopping balik kerja. Sabor je. Alhamdulillah je. 

Kerja sekarang memang baru. Buat Renewable Energy. Tapi, berdasarkan skillset aku, InsyaAllah boleh buat. Lagilah aku amik dari Pei Wen. Mudah lagi ar. Ada sekali je aku terperanjat Pei Wen tegur aku sebab aku lupa benda dia dah explain sebelum tu. Pastu aku terasa. Kelakar je aku rasa. Dah lama tak kerja dan tak kena marah. Bahaya juga perasaan tu. Geng2 kerja sekarang semua bestfriend. Janganlah kau terasa2 ni Nadiah. Susah nak kerja nanti. 

Aku kerja under team Alice. Mula2 meeting dia dah cakap English. Dia marah aku nape tak belajar mandarin sebab dah lama kerja dengan diorang. Haha. Aku gelak je ar. Ye kan? Nape aku tak belajar yer? Dah 18 tahun kerja dengan Chinese. Lelaki idaman dah lah chinese juga. Patutkah aku start sekarang? Haha. 

Faizah dah masuk Gamuda balik. Mr Ting panggil dia. Senior Contract Admin. So, ada geng makan tengahari kalau dia tak wfh. Dia minta pindah city, tapi aku tak start cari lagi. Hujung2 minggu dok bawah selimut. Haha. Setakat ni elok je berulang. 

Itu je life update sekarang. Semoga rajin lagi menulis lepas ni. Ni pun sebab wfh ada fire inspection. 


Makan-makan kat rumah Ain

Midwinter dengan Amelia dan Layla

Officemate

Love..