Dah lama tak menulis. Banyak benda jadi, Alhamdulillah. Tetapi tu lah, tak banyak rasa bertambah kebaikan lagi. Sekarang pula tengah sejuk, lagilah tak jadi benda kat Sydney ni. #alasan
Tengah nak start balik aktif menulis kat blog, aktif kat ig sebab nak ingat balik benda2 yang jadi kat diri sendiri. Semoga Nadiah semakin rajin.
Sebagai update diri sendiri, dah jadi hajjah, dah start kerja kat North Sydney under Alice, masih duduk dekat Parra, sekarang berulang je. Dalam sejam total perjalananan, dua jam pergi balik. Setakat ni, pergi kerja dapat duduk lagi. Sebelum naik train tu, dah start baca doa makan. Masa 40 minit tu setakat seminggu ni, Alhamdulillah boleh baca Al-Mathurat, baca Al-Kahf 1-10, 101-110, transfer untuk derma. Bila balik tu, ingat nak baca Al-Mathurat, tapi dah lepas maghrib. Haha.
Maghrib 5.00pm, Isyak 6.30pm. So kena solat kat office. Kalau tak, sampai Parra memang terkejar. Tu belum lagi, kalau singgah beli sayurlah, air kelapalah kat woolies tu. Lagi rajin membeli-belah skang. Sebab memang lalu tepi woolies tu. Haha. Additional cost tranport dengan shopping balik kerja. Sabor je. Alhamdulillah je.
Kerja sekarang memang baru. Buat Renewable Energy. Tapi, berdasarkan skillset aku, InsyaAllah boleh buat. Lagilah aku amik dari Pei Wen. Mudah lagi ar. Ada sekali je aku terperanjat Pei Wen tegur aku sebab aku lupa benda dia dah explain sebelum tu. Pastu aku terasa. Kelakar je aku rasa. Dah lama tak kerja dan tak kena marah. Bahaya juga perasaan tu. Geng2 kerja sekarang semua bestfriend. Janganlah kau terasa2 ni Nadiah. Susah nak kerja nanti.
Aku kerja under team Alice. Mula2 meeting dia dah cakap English. Dia marah aku nape tak belajar mandarin sebab dah lama kerja dengan diorang. Haha. Aku gelak je ar. Ye kan? Nape aku tak belajar yer? Dah 18 tahun kerja dengan Chinese. Lelaki idaman dah lah chinese juga. Patutkah aku start sekarang? Haha.
Faizah dah masuk Gamuda balik. Mr Ting panggil dia. Senior Contract Admin. So, ada geng makan tengahari kalau dia tak wfh. Dia minta pindah city, tapi aku tak start cari lagi. Hujung2 minggu dok bawah selimut. Haha. Setakat ni elok je berulang.
Itu je life update sekarang. Semoga rajin lagi menulis lepas ni. Ni pun sebab wfh ada fire inspection.
![]() |
| Makan-makan kat rumah Ain |
![]() |
| Midwinter dengan Amelia dan Layla |
![]() |
| Officemate |
Love..



No comments:
Post a Comment