Friday, April 24, 2026

Agamawan Yang Korup

Beberapa hari sebelum menghabiskan hari terakhir di WTP. Tak tahu nak rasa apa.  

Kegembiraan
Kegembiraan 2

Kegembiraan 3


Last event sebelum aku pulang ke Malaysia dan cuti panjang, lunch dengan whole site team. Waktu ni, semua PM kena nominate Get Together Award kepada diorang punya team member. Tom nominate Tom Freeburn dengan John Carty - Superintendent kitorang. Memang deserved sebab memang rajin masing-masing. Pastu John Gadallah, - Deputy Project Director kitorang nominate Hamzah, Snr Quality Coordinator. 

Sehari sebelum event ni, Mira dah bagitau aku John nominate Hamzah, aku dah bangga dah. Sebab dia Muslim, Melayu dan Malaysian. Maksudnya memang dia buat kerja. Aku jarang jumpa lelaki yang jaga agama dia dan rajin bekerja. Ada beberapa kawan aku, rajin bekerja tetapi kurang menjaga agamanya dan menjaga agamanya kurang rajin bekerja. Jadi, aku sedikit skeptikal kepada lelaki-lelaki Melayu ni. Aku percaya je ada yang bagus cuma bukan di ruang lingkup aku. Aku lebih ramai jumpa Cina yang rajin-rajin. Haha. 

Jadi, bila nama Hamzah naik ni, macam satu kebanggaan dalam diri sendiri. Aku kadang-kadang question juga kapasiti aku kat sini. Bagus ke aku as Muslim kat sini? Akan orang ingat aku sebagai orang yang pandai buat kerja ke? Sebab aku suka bila orang appreciate kita sebagai baik dan boleh buat kerja. Aku rasa aku boleh push lebih untuk jadi lagi baik. Banyak masa habis dengan buat benda lagha kat sini. Ataupun tak buat apa-apa yang bermanfaat untuk diri kau, apatah lagi ummah. Dah tau, tanya lagi. Haha. Aku harap aku do justice untuk role aku sebagai Muslim walau kat mana aku berada. Masa dinner dengan team aku malam tu. pelayan restoran tanya 'Any meals restriction?' Pastu one of kawan aku jawabkan, 'No Pork.'. Comel je. Diorang pun selalu kalau nak ajak aku join makan dengan diorang akan cari yang halal meat. Lagi satu benda yang kau boleh buat adalah study kenapa kau tak boleh makan ni atau apa yang kau boleh makan. Biasa kat Malaysia mudah-mudah je. Kat sini, orang akan tanya. Biasa aku cakap aku buat sebab biasa buat je. Boleh upgrade jawapan kot lepas ni. 


Dalam minggu ini, Malaysia digemparkan dengan dua kes melibatkan agamawan menyeleweng  dana zakat dan menyeleweng dana yang melibatkan jutaan riggit dan beberapa lagi barang mewah. Jutaan ringgit. Semenjak bekerja di Australia, aku merasa betapa besarnya nilai duit ribuan ringgit itu dan masih boleh dimiliki. Aku bersyukur dengan nikmat rezeki yang ada sekarang. Banyak benda yang boleh dikira mudah untuk aku buat hanya dengan menggunakan duit. 

Peluang pulang ke Malaysia dan membelanjai emak ayah dan keluarga adalah benda yang paling seronok untuk Aku. Nikmat membawa emak ke Mydin tanpa perlu memikirkan berapa jumlah harga barang sangat aku syukuri. Selain itu, rezeki itu dapat aku kongsikan dengan kawan yang memerlukan. Kadang-kadang Faezah memerlukan wang dahulu untuk membayar pekerja sebelum dia mendapat payment, dia akan bertanya kepada saya. Peluang menghulurkan ribuan ringgit tanpa memikir lama itu juga nikmat. Walaupun kadang-kadang kena meminjam adik dahulu sebelum duit clear dari Tabung Haji. Diorang link ke Tabung Haji, transfer terus boleh dapat. Aku macam susah sikit, tapi takpe. Biar susah nak keluar. 

Selain itu, nikmat pergi Haji tahun ini dengan emak, ayah dan Nafisah dengan pakej. Aku percaya je, kalau tak kerja sini, mungkin tak dapat lagi pergi dengan pakej. RM60k x 4 = RM240k. Boleh beli tanah wei. Walaupun bukan semua duit aku. Haha. Tapi, kau jangan kira macam tu. Peluang Allah panggil ni bukan selalu. Walaupun kena cuti tanpa gaji nanti, aku percaya je rezeki Allah tu ada. Setakat ni, aku pun tak percaya boleh survive kat sini. Gaji aku baru-baru ni naik, tak cukup pun cover duit sewa rumah aku yang naik. Mujur sejenis, tak naikkan lifestyle. Baju aku, selagi boleh guna, itu jelah yang aku guna. Semoga tak berubah Nadiah. Cuma, mungkin nak jadi lagi kemas je dan rajin sikit. Lepas ni dah kerja kat city. Kau jangan pergi kerja tak iron tudung juga. Haha.   

Nikmat ada duit banyak dan boleh buat banyak benda ni memang nikmat. Aku yang rasa ribu-ribu tu biasa, agaknya macammanalah orang yang ada juta-juta ni. Rambang mata agaknya. Mesti rasa tak cukup sebab tu nak lagi. Dapat beli kereta mewah, rumah besar, apa je keinginan kau boleh diperolehi dengan duit tu. Mungkin. Aku ni keinginan tak banyak, jadi duit yang ada tu rasa cukup je. Alhamdulillah. Entah. Ujian masing-masing. Harap-harap masing-masing berubah dan dapat hukuman setimpal. Dan semoga aku, ahli-keluarga aku, sahabat-sahabat aku dan semua dijauhkan dari benda-benda seperti ini. Sedihlah baca pasal agamawan macamni. 

Love..

No comments: