Friday, November 13, 2026

Melawat Mak Ngah Pahang

Ayah ni antara banyak benda boleh belajar dari dia adalah dia akan pergi rumah Mak Ngah Pahang setiap kali balik raya. Kitorang singgah makan ikan patin. Aktiviti sekali setahun. Ayah buat lepas arwah Pak Ngah meninggal sebab time arwah Pak Ngah ada, kitorang jumpa kat kampung je. Pak Ngah dulu balik kampung siap kena sewa teksi. Takde lesen lagi waktu tu. Pastu rajinlah balik bawa game kat tv tu. Apa entah nama dia. Semoga Pak Ngah dan Pak Busu dan Atok semua dipermudahkan urusan kat sana. Nanti jumpa semua kat syurga. So, benda singgah rumah walaupun sekali setahun ni memang benda yang aku appreciate sangat. Kitorang tak rapat sangat, sebab masing-masing pun sibuk dengan keluarga sendiri. Bila jumpa tu, akan update perihal sendiri dan keluarga. 

Ada sekali hari, Kak Cik message Kak Fisha tanya nak apa-apa tak sebab dia kat Temerloh. Aku pun tanya, buat apa kat sana? Kak Cik kata, Mak Ngah masuk hospotal, baru keluar semalamnya. Kak Cik cuti, dia pun bawa mak dengan ayah pergi sana. Aku bayangkan bawa mak ayah guna kereta Honda tu, memang seronok je jalan jauh. Dia tak penat. Jadi, pergi balik hari tu, okay je. Harga yang perlu dibayar untuk keselesaan. Nanti balik Malaysia, nak kena ada allocation untuk beli Honda juga. Haha. Terima kasih Kak Cik bawa mak dengan ayah. InsyaAllah murah rezeki tu.

Fatimah dah duduk dengan Mak Ngah sekarang. At least adalah orang nak tengok. Rumah dia, dah sewa. Besar pahala duduk dengan mak ni. Dia tak akan mudah, sebab mestilah ada gaduh2 sikit. Aku duduk dengan mak aku hujung minggu pun kerja nak bertekak, apatah lagi mengadap hari2. Haha. Semoga Timah dan keluarga, Mak Ngah dan Rahman dipermudahkan urusan. Dan moga mudah-mudah je urusan keluarga kitorang. Sekarang ni, adik ada kat rumah pun macam takde. Haha. Tak banyak boleh tolong. Sabor je. Kau pergi belajar bawa kereta sana. Bawa mak ayah balik kampung. Rengsa dengan adik aku tu sebab dia takleh bawa kereta je.  


Rindu rumah ni.

Hadis Nabi

Love..

No comments: