Wednesday, October 25, 2017

Kejar

Masa mencemburui kita semua
Terlalu pantas
Tidak sempat bernafas
Sungguh-sungguh kita menyelesaikan kerja
Mengejar yang kita sangka berjaya
Rupanya cuma keinginan manusia
Yang tidak pernah puas
Untuk semua lepas

Hari, minggu, bulan dan tahun berganti
Adakah kita masih di sini
Di tempat semalam
Melihat cahaya suram dan kelam
Atau cahaya terang yang datang
Bersama harapan dan impian
Mengisi hati-hati kecil
Dengan titik-titik putih suci
Merambak penuh ke ruangan hati
Mungkin?
Doa ia ya
Juga untuk semua
Semoga bersama
Di syurga

Southgate
251017
Me

Me, the not spoiler

Kegembiraan

Muncung menjuih

#nadiahketawa

p/s : 
Tolong rajin tulis blog tentang :-
a) Tunang Daus
b) Cameron Highlands
c) Opening dan closing ParaAsean Games
d) Bisik Pada Langit
e) Ai Tee
f) Trip ke Bromo


Love..

Wednesday, October 11, 2017

Slanga

Di satu petang di pejabat, saya sedang berdiskusi bersama General Manager dari Australia Steve bersama seorang lagi rakan pejabat, Gaek Ting.

 Steve : Nadiah, how about Chan Sow Lin cost for Architecture works?
Aku : We have come out with the figure amount about 16 million.
* Sambil aku menghulurkan breakdown kepada Steve untuk dilihat
Steve : You make it 20 million. Put in relocation for utilities 2 million and provision for working under live rail environment 3 million.
* Dengan penuh keyakinan aku pun tulis :- a) Relocation of Utilities RM2 million b) Provision of Life Rail Environment RM3 million
Steve : It is not life, it is live, like living
Aku : Ha. Ha. Okay. Okay
* Sambil betulkan life jadi live, aku gelakkan je diri sendiri. Banyak nak kena buat kalau nak kerja dekat Australia ni. 

Mat Saleh tu Steve

Love..

Monday, October 9, 2017

Kegembiraan kecil

Saya sepatutnya menghadiri perasmian buku En. Anuar yang terbaru pada semalam 8hb Oktober 2017 di YPU. Tetapi, selepas mengisi minyak di Shell Shah Alam kereta saya kehabisan bateri dan tidak boleh dihidupkan.

Mujur Shell mempunyai TeaLive dan tempat makan untuk saya bergant, jadi sementara menunggu tukang bateri datang, saya berehat di situ. Hampir tiga jam barulah kereta saya sbuh sepenuhnya. Terima kasih kepada Adrian tukang bawa bateri dengan bayaran RM280 dan seorang pekerja di situ yang berusaha menjump kereta saya tetapi masih tidak berhasil.



Sesampai di YPU, program telah selesai. Saya terlepas mendengar ulasan dari Pak Busu, En. Jamal dan Afif mengenai buku Tekal Berjuang karya Haji Anuar Tahir. Tetapi, Alhamdulillah, dapat juga berkumpul bersama.

Saya agak sedih hujung minggu ini. Mendapat panggilan dari bos pada malam Jumaat mengenai kerja saya memang menyemakkan fikiran. Oleh kerana Sabtu saya menyertai Perkampungan Buku Jejak Tarbiah di Bangi dan Ahad program di PJ, saya tidak sempat ke pejabat. Selepas program di YPU, saya ke pejabat sebentar. Sebentar ke benda. Sampai pukul 10 malam. Untuk kesusahan itu, Alhamdulillah masih diberi kesempatan bekerja. Deekay sekarang sedang sakit dan tidak mampu bekerja lagi untuk sementara waktu. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada dia kelak. Amin. 

Ada sesuatu yang menggembirakan saya semalam di YPU. Seorang kenalan En. Anuar, En. Jamal, menegur saya setelah saya sampai di YPU dan sedang makan. Baru dia terperasan saya agaknya sudah datang. "Ha, si comel ni." Tegurnya. Haha. Nasib tidak terbang di situ. Kepenatan tadi menunggu pomen, terbang seketika masa itu.

Ketika di pejabat membuat kerja petang itu, saya asyik tersenyum beberapa kali mengingatkan peristiwa itu. Haha. Saya comel yer. Mendapat pengiktirafan sebegitu dari orang yang tidak rapat dengan saya (jarang saya bercakap dengannya) memang mengujakan. Lagi-lagi sahabat En. Anuar ini memang hebat-hebat belaka.

Walaupun sejak dua-menjak ini, saya perasan dan ada beberapa orang telah mengatakan kepada saya bahawa, ada beberapa sifat saya berubah. Faktor usia dan faktor sekeliling mungkin. Namun, sifat saya yang mudah dipuaskan dengan benda-benda kecil ini, Alhamdulillah masih ada. Teruja bagaiman benda kecil itu mampu memberikan kegembiraan kepada orang lain. Jadi, buatlah benda baik sekecil mana pun. Kita tidak tahu dia mungkin memberi impak yang besar kepada orang lain.

Another to read list
Love..