Friday, September 20, 2024

Datang dan Pergi

Hari Jumaat biasanya kalau takde meeting kat Unwin, adalah hari aku bermalas-malasan kat Station Street. Boleh masuk pukul 9 pagi. Gitu aku punya malas. Haha.

Tengah-tengah buat kerja, Mira text aku. Dia macam down lately, sebab  senior engineer dia nak resign. Dia rapat dengan George tu. Penyejuk mata dia kat pejabatlah. George dengan Adam. Kalau Layla, sparky dia, Peter Gunn dengan Walshy. Aku? Evan je ar. Haha. Bos sendiri Ian pun macam ada takde je. 

Mira text aku kata dia rasa sakit dada sangat. Dia sedih George nak pergi. Semalam dia terjaga dan menangis meraung-raung. Dia pun tak tahu kenapa. Dia kata sampai fikir nak datang rumah aku juga. Dia borak bagitau kawan dia, kawan dia kata ada benda lain yang tak settle ni. Sebab masa dia cerai masa tu pun dia tak nangis. Ni sebab George dia nangis beria-ia. George tu dah kawen kot. Dia pun tak tahu kenapa. Aku memang nampak dia sugul bila dia keluar makan malam dengan aku dengan Layla Selasa lepas. Dia cuba menjadi ceria, tapi masih nampak kesugulan tu. Aku bagitau dia, pastu dia kata, ada budak pun tegur dia juga. 

Sedih aku tengok dia sedih. Oh, macam ni perasaan sedih  tengok orang sedih dan kau takleh buat apa. Sebab Mira ni baik. Dia versi Sity, tapi mulut tak laju sangat. Jenis lurus. Macammana aku boleh cakap dengan Sity jujurnya apa je aku rasa, aku boleh cakap dengan Mira juga. Dan diorang sama rupanya, bercerai. Sebab tu rasa dekat kot. 

Aku text dia, nak talk over coffee tak balik kerja ni? Dia tak reply. Balik kerja tu, aku belikan dia coffee dan nak bagi dia. Dia tak reply juga message tanya kat mana. Aku call dia tak angkat. Aku pergi rumah dia, selang dua blok je dari ofis. Dia takde kat rumah. Aku pun takpelah. Takde rezeki nak bagi dia. 

Masa aku terfikir nak bagi dia kopi tu, aku betulkan niat. Aku dengar Ustaz Wadi kata, nak buat apa-apa kena ikhlas kerana Allah. Aku kadang-kadang terpesong juga, dalam hati nak orang tengok aku baik. Aku pun tak tahu bila lahir perasaan tu? Sebab aku pernah rasa tak puas hati dengan Chin sebab kerja ofis. Aku jarang nak rebut kuasa dan nama ni, sebab bukan nak naik mana pun. Tapi, lately macam sikit-sikit dah terasa. Dah lain hati ni. So, sekarang kena niat betul-betul nak tolong sebab Allah. 

Masa aku beli kopi tu, dia tak reply. Pergi rumah dia pun dia takde. So, aku pun takpelah balik je ar. Niat ko buat memang sebab Allah, so outcome dia Allahlah yang bagi. Takde rezeki Mira nak dapat kopi dan aku doa je kat Allah masa jalan tu, moga Allah sembuhkan dia dan beri dia jalan keluar. Dah nak sampai kat traffic light, aku nampak Mira tengah tunggu lampu hijau nak cross dari seberang jalan. SubhanAllah. Kau memang doa je. Allahlah yang bagi pengakhirannya. Aku jumpa dan bagi dia kopi. Peluk dia sikit, kitorang borak sikit dan dia sahkan dia okay je, aku pun balik. Dan masih lagi berdoa dia akan okay. 

Aku pernah menangis teresak-esak dan rasa sakit dada sangat. Masa aku dengan Syam dulu. Pengalaman yang Allah bagi aku rasa perasaan suka, cinta, sakit, rindu dan melepaskan sesuatu yang bukan untuk aku. Alhamdulillah untuk semua kenangan itu. Ya, manusia datang dan pergi dalam kehidupan kau. Nikmati saja perjalanan sekarang. 

Dua minggu ni je tiga solat sunat ghaib aku buat. Untuk Suhaila, Mak Sal dan abang ipar pakcik. Kematian selalu mengingatkan kita untuk menghargai orang sekeliling.

Ada cerita gempar pasal GISB. Kena buka entry baru pasal tu. Tengah nak konsisten menulis seminggu sekali. Doakan. 

Alhamdulillah. 

Love..

No comments: