Hari ni lepas kelas berenang, seperti biasalah makan dekat Lemak Manis Cafe. Layla kata dia ajak Mervin. Engineer dari Sustainability Team. Umur lebih kurang Layla juga rasanya. Dia last day kat Sydney Jumaat masa tu. Kira farewell dialah ni.
Sebab diorang semua engineer, diorang borak benda teknikal. Aku dengar je ar. Mervin akan pergi Tasmania, buat power plant kat sana. So, kerja tanah pinning and blasting camtulah. Dia pergi sana sebab Kobi yang bawa. Mira cerita masa dia jaga Conlay dulu, Kobi punya nama ni memang terkenallah. Tak cakap CM Conlay tak bagus, tapi Kobi lagi performlah. Aku setujukan je. Pastu Mira cerita rock slip kat Chan Sow Lin, even dah delay, tapi Kobi boleh catch-up balik progress.
Dia ceritalah technical kenapa boleh jadi rock-slip tu. Aku dulu pun takdelah sibuk2 hal tu sebab nina yang jaga. Mira cerita sebab design. Diorang design dekat slab dia macam masuk sikit ke dalam tanah. Aku pun katalah, shear key. Sebab aku jaga slab mula2 tu. Mira ya kan dan terus guna perkataan tu. Menarik juga bijak ni. Kau boleh tolong orang. Hehe.
Bercakap pasal bijak ni, aku teringat forecast meeting dengan Mechanical Team aku. Bulan ni forecast meeting dengan team mechanical pecah rekod. 4 jam 20 minit. Allocation time dua jam je. Pening kepala aku tengok engineer ni. Banyak sangat alasan untuk kerja dia ni. Ada je jawapan dia bagi, kata banyak kerjalah. Tak sempat buatlah. Everytime meeting dia je overrun. Ada sekali meeting Evan marah, tapi dia buat rileks dia je. Pastu Evan dah tak marah-marah dah. Tau je, kalau marah pun tak jadi menda. Tak makan saman punya orang. Sebab kau tak perform, kau amik masa orang berlama2 nak tengok cost code kau je. Pastu tak rasa bersalah. Minta jauh dari perangai camni. ðŸ˜ðŸ˜
Aku kalau tengok orang2 tak perform dan menyusahkan orang lain ni, selalu reflect diri sendiri. Aku ni tak berapa perform sangat juga sebab selalu tak fikir panjang, tapi aku harap aku tak susahkan orang lain. Walaupun ada banyak kali tanya orang keliling, harap2 diorang tak rasa aku menyusahkan. Dan setakat kerja ni, takde pula aku dengar, aku teruk. Aku takdelah perform sangat yang boleh bagi impak, tapi takdelah sampai menyusahkan orang keliling. Tak meet expectation yes. Hehe. 😂😂
Aku selalu doa aku akan buat kerja dengan itqan. Tapi tulah. Kalau dah jadual hidup kau sama je takde perubahan. Tidur, bangun, pergi kerja, tengok telefon, tidur, bangun, pergi kerja ulang semua je. Kau ingat kau akan improve? Masukkan elemen-elemen membaca, bersenam dan muhasabah diri dalam kehidupan juga.
No comments:
Post a Comment