Sunday, October 13, 2024

Nikmat Sihat Yang Patut Disyukuri

Aku punya target adalah menulis blog setiap minggu. Bercakap apa saja topik. Penting dan tidak. Untuk aku tengok balik perjalanan hidup yang sementara ni. Tetapi, minggu lepas terlepas. So, hutang kepada diri sendiri dua post minggu ini. Mari. 

Ada banyak rezeki yang Allah bagi dekat aku yang aku syukuri. Nikmat sihat antara salah satu. Berdepan dengan orang keliling yang tidak sihat seperti Deekay, Paie, Pak Busu dan beberapa orang lain, nikmat sihat memang aku syukuri. Ayah selalu doa, minta sentiasa sihat supaya tidak perlu susahkan orang lain. Ye, aku doa tu. Alhamdulillah, sepanjang sembilan bulan kat sini, kesihatan aku terjaga. Walaupun berhadapan dengan penukaran musim dan biasanya Nicole akan demam akibat debu bertukar musim, aku masih sihat. 

Dua minggu lepas, kesihatan aku terganggu. Bermula dengan kesakitan badan, demam dan selsema sehingga aku meminta pulang awal dari pejabat. Nasib menjadi kurang baik kerana minggu itu merupakan minggu membuat forecast. Aku tidak mampu untuk bercuti. Selepas pulang awal pada isnin, membuat covid test dan negative, tidur sepanjang malam dan makan ubat, aku ke pejabat esoknya. Aku siap bertanya kepada kak cik, bagaimana cara mahu tidur ketika demam. Al-maklum, tak biasa demam dan nak sembuh cepat. Masih dalam keadaan dedar, selsema dan sakit tekak. Aku bersyukur merasai pengalaman sakit itu. Dapatlah guna ubat dari KL yang diambil semasa mahu datang ke sini dulu.

Semasa menceritakan kepada Deekay, dia menasihati aku untuk mengurangkan aktiviti akibat faktor umur. Aku akui, sekarang masa aku banyak terisi dengan badminton, kelas berenang dan pilates. Terlalu banyak mungkin. Aku telah mengurangkannya setakat ini.  

Ketika aku menyatakan pengalaman merasa kesakitan itu kerana sudah lama tidak sakit, Deekay berkata yang dia sudah lama tidak merasa nikmat sihat. Allah. Selepas pembedahan lapan tahun lepas, aku melihat jatuh bangun seorang Nurul Hafizah menjalani kesakitannya seorang diri. Semangatnya memang kuat dan masih meneruskan kehidupan. Kadang-kadang dia sudah tidak larat mahu bekerja, tetapi memikirkan tidak dapat memberi duit bulanan kepada maknya, menyebabkan dia membatalkan niat untuk berhenti. Jika sekadar meneruskan kehidupannya sendiri, dia masih boleh kerana tidak mempunyai hutang. Cuma, mahu memberi kepada maknya sahaja yang menjadi keberatan.

Allah. Aku pun tak mampu buat begitu aku rasa. Untuk semua kesusahan dan pentingkan mak ko Kay, semoga dipermudahkan urusan, diberi kekuatan dan ketabahan, dirahmati Allah dan dimasukkan ke dalam syurga Firdaus yang tertinggi. 

Candlelight Concert - Tribute to Taylor Swift

Earting lepas balik kerja. Setengah jam pijak rumput

Test  covid. Negative


Love..

No comments: