Thursday, October 24, 2024

GISB dan nikmat memilih

Bulan lepas negara Malaysia digemparkan dengan berita penangkapan orang atasan Global Ikhwan dalam Ops Global. Banyak benda-benda yang tak sedap didengar dan dibaca keluar. Global Ikhwan ni taklah benda baru untuk keluarga kitorang. Pak Amjah merupakan salah satu Ahli Lembaga Pengarah juga. Dah lama join dari zaman Al-Arqam.

Alin dan aku dah lama dah perati benda pelik pasal GISB ni masa kitorang nak plan bawa jalan-jalan Ija dengan Atin aku baru-baru kerja. Kitorang amik diorang kat Rawang. Memang shoplot diorang kat situ tempat diorang je ar. Kedai makan, kedai runcit, bakeri, klinik semua kat situ. Aku masa naik atas nak jemput diorang, tengok asrama diorang, sedih kot. Entahlah, kitorang pun tak boleh buat apa masa tu. Bawa diorang jalan gembira kejap je ar. 

Aku kalau tengok diorang duduk dalam jemaah tu, syukur sangat jadi diri sendiri. Diorang takleh buat apa-apa pun sendiri. Takleh nak jadi apa yang diorang nak, takleh kerja sendiri, pegang duit sendiri, beli barang sendiri, makan sedap-sedap. Semua kena ikut jemaah. Sampai nama anak pun, kena dapatkan "restu" orang atasan. Masa tu Alin dah buat research pasal persatuan diorang ni. Memang teruklah, budak2 ni kerja tak dibayar gaji pun. Semua untuk pemimpin. Diorang pula dimomokkan dengan inilah perjuangan yang akan dibayar dengan syurga. Aku malas betul dengan benda2 yang gunakan nama Islam, tetapi belakang buat benda salah. Lagi-lagi berita luar negara yang siarkan. Malu Islam dan Malaysia semua. 

Aku ingat lagi ada sekali kitorang buat program KAMY buka puasa dengan anak-anak yatim, sekali rumah tu pun rumah Global Ikhwan ni punya. Diorang bukan anak yatim pun. Mak ayah diorang kat tempat lain, diorang kena duduk kat situ. Pastu Cik Zah tanya cita-cita nak jadi apa? Budak-budak perempuan tu kata, "Nak jadi bini no. dua." Itu je ar pilihan yang diorang ada. Kesian dekat budak-budak ni. 

Sekarang, dah kena siasat, walaupun banyak benda tak elok keluar, aku harap ada jalan keluar untuk budak-budak yang jadi mangsa mak ayah taksub dengan benda salah sampai rosakkan masa depan anak-anak diorang. Semoga dapat diperbetulkan akidah mereka dan mereka dapat hidup tanpa dinafikan hak memilih dalam kehidupan diorang. 

Ayah aku pernah kata, "Jangan taksub. Dapat ilmu yang betul juga nikmat Allah. Kena syukur. Kita pun tak tahu, apa yang kita tau atau ikut tu betul ke tak? Doa je Allah selalu beri petunjuk ke jalan yang betul." Terima kasih ayah dan mak kerana selalu je bagi peluang kat anak-anak buat keputusan sendiri. Diorang tak pernah paksa kitorang buat apa-apa. Semua benda, bila anak-anak dia buat memang diorang redha je. Alhamdulillah masing-masing jadi manusia, takde jadi beruang. Kitorang ni semua jadi orang memang doa mak ayah je. Lagi-lagi rezeki aku melimpah-ruah ni memang sebab doa tu je. Nak kata aku baik sangat, takdelah. Solat pun lewat-lewat lagi. Nadiah, tahun depan nak 40 dah. Allah kata, kalau tak berubah waktu tu dah susah nak berubah lepas tu. Kau ada berapa bulan lagi ni? Haha.

Semoga mak ayah aku diberikan kesihatan dan umur yang panjang untuk beramal soleh dan sentiasa doakan anak-anak diorang. Semoga aku dan adik-beradik aku pun terjaga iman kitorang sampai kitorang tutup mata. Paling penting jadi asbab pahala yang berterusan untuk mak ayah bila diorang dah takde nanti, anak yang soleh dan solehah. Amin.


Saya




Walaupun nampak cam pregnant

Keluarga

Gembira





Kena peluk sebab taknak cakap Alang

Dah mandi

Nak kena mandi


Love..

No comments: