Saya sedang mencari budget asal
untuk cost code untuk Rosehill (UGS04). Saya telah bertanya kepada Chin, tetapi dia tiada katanya. Tiada pilihan, saya terus bertanya kepada Project Manager, Evan. The good things
about Evan adalah dia very cooperative dan bijak (macam Ai Tee) always have the
visions, how to go about it, tak takut buat keputusan, be responsible on the decision,
jaga dia punya budak dan ada beberapa lagi trade2 yang bagus as a good leader.
Alhamdulillah dapat dia.
Selepas bertanya kepada Evan, dia
cuba mencari maklumat tersebut melalui e-mail, dan saya ternampak goodbye e-mail
dari cost controller sebelum ini, Lorna. Lorna menulis kata2 tinggalan di hari
terakhir dengan mengatakan dia gembira bekerja dengan team Rosehill. Ya, saya
boleh mengakuinya kerana saya juga gembira bekerja untuk Rosehill (UGS04) - Evan seorang je pun.
Di dalam hati saya terfikir, adakah
saya telah meninggalkan kesan seperti Evan dan Ai Tee apabila orang lain
meninggalkan saya atau saat saya meninggalkan mereka? Adakah kerja saya meninggalkan
impak kepada orang sekeliling saya? Di Sydney, kadang-kadang saya merasa kecil sahaja.
Kerja saya tidak perlu kepakaran yang tinggi. Saya belum berjumpa jalan untuk
menjadikan impak besar untuk apa yang saya buat. Lebih kepada mendengar arahan dan meneruskan kerja orang sebelum ini. English pun tak berapa nak bagus
kerana bergaul dengan Malaysian je. Pernah sekali, saya tidak berjumpa
perkataan di dalam kepala untuk memanaskan lauk apabila Evan bertanya saya di
pantry dan membalasnya “I’m hot.” Kerana
ayat panas yang teringat waktu itu adalah hot. Selepas 5 saat dia pergi, baru dapat
perkataan heat-up. Haha. Lantak situ. Evan rileks je faham saya. Biasanya perasaan merasa kecil itu, saya biarkan sahaja
tanpa mengentertain, menganalisa atau membuat apa-apa.
Allah mendengar suara kecil saya.
Jumaat itu, seorang Malaysian yang rajin melayan saya Sashi, datang ke tempat
kami berborak dengan isu-isu cuaca dan keluarga di Malaysia. Saya berjumpa
dengannya semasa training Tunnel Boring Machine lalu. Sashi selalu ke Melbourne
untuk tender project di sana. Sashi memberitahu, dia baru pulang dari Melbourne
dan berjumpa dengan bos saya di sana, Steve. Sashi memberitahu perihal saya
kepadanya. Dan, Steve menyatakan betapa baiknya saya dan give a good review on
me kepada Sashi sehingga dia kagum. Haha.
Dulu masa kat Malaysia, Warda pun
pernah bagitau yang Steve suka dekat saya sebab katanya saya polite gitu. Saya
gelak je ar. Mana saya melawan sangat Steve tu bila dia minta apa-apa. Saya buat je. Biasanya level ketakutan mengadap
dia tak seteruk Ai Tee sangat kena dengan Steve. Dia tak berapa expect kita
bagus sangat sebab junior level berbanding senior level. Walaupun bukan sebab
kerja saya bagus (which saya harap dapat give that impression to others), a
good attitude pun a good reason untuk tinggalkan impression orang lain terhadap
saya. You just doing good Nadiah. Keep it up and be better. Adalah sebab kenapa
Allah letak kau dekat bumi kangaroo ni. Cari.
|
Ni je ar set keluar rumah skang. Puffer |
|
Yang ada glove tu ar Evan |
|
Jumpa Kak Anne jaga kucing dekat sini |
|
Aktiviti baru. Best sebab dapat cahaya matahari. Tak best sbb tak pandai |
|
Vivid 2024 |
|
Mak. Minta cili, tisu, lauk bekal etc |
|
Raya haji masa tu pergi rumah Hamzah |
|
Nilah Sashi. Dia yang jumpa Steve |
Love..
No comments:
Post a Comment