Thursday, December 24, 2020

Tiga Hari Dua Malam

Hujung Ahad yang lepas, Daus telefon. Seperti biasa, bila tiba-tiba telefon, maka pasti nak minta tolong. Kitorang sangatlah jarang telefon untuk bertanya khabar sahaja. Lagi-lagi masa pelik seperti jam 10.30 malam. Biasa nak tengok Anaqi, dalam pukul 8 malam dah call dah. 

Daus nak outstation ke Johor hari Khamis dan Jumaat. Dia minta tolong teman Aida. Aku, okay je. Lebih 10 minit je dari Putrajaya ke ofis aku. Minggu tu pulak, aku work from home. So, lagi bolehlah duduk situ. 

Hari Rabu, lepas kerja aku drive pergi sana terus. Ada Mina yang dah sampai dulu. Saja je memeriahkan majlis. Aida dah siap-siap beli nasi. Orang kerja ni, takyah susah-susah nak masak. Beli je. Malam tu, aku dok borak dengan Mina sampai tertidur. Sampai dia cakap sorang-sorang. Haha. Penangan senang tidur. 

Esoknya, aku jagalah budak comel ni. Sejenis memang tidur panctual setengah jam je. Tak lebih. Batuk sikit, terus jaga mata bulat. Minum susu okay banyak. Makan nasi instant je. Hari pertama okay lagi. Bila nak tidur, dia nak kena dukung. Nak tidur kat bahu kita. Bila dah lelap, aku letak bawah, dan tepuk-tepuk dia, dia sambung tidur. Hari kedua, agaknya hidung lagi tak selesa, memang nak tidur je kat bahu. Tiga kali juga cuba letak bawah, memang jaga terus taknak tidur. 

Hari pertama, okay lagi letak bawah 

Memang sepah

Makan nasi atas ni baru tak gerak banyak

Alang boleh buat kerja

Hari kedua, tukar tempat makan sebab nangis je


Dah nak kat bahu je

Masa mandi

Dah mandi petang. Yeay.. Tunggu mama balik 

Hari Khamis tu, kira okaylah boleh buat kerja juga sikit-sikit. Masuk hari kedua, takleh. Dia nak dukung dan attention je. Tak sihatkan? Ai Tee pula ada nak barang, dari pagi aku tak send out email sebab takleh nak pisah dengan Anaqi. Masuk pukul 12, Aida balik sebab lunch dia lama sampai pukul 2.30pm. Aku pun masuk bilik dan buat kerja. Aku tekan je send, tak keluar pula dari outbox. Aku kena delete email dalam inbox, baru boleh keluar. Tengah-tengah delete, Ai Tee telefon. Memang ngam-ngam ar.. Lepas Aida pergi kerja tu, kerja takde yang urgent. So, aku layan Anaqi je ar. Memang masa budak tengah tak sihat ni, nak berkepit je. 

Dapatlah pengalaman dua hari jaga anak. Mandikan pukul 8 pagi dan 6 petang, bagi makan pukul 10 pagi dengan 5 petang, tidurkan selalu kalau boleh supaya ko boleh buat kerja, tapi peratusan dia tipis yer (serius tak boleh buat apa-apa), bagi susu dan selalu borak-borak dan pasang zikir bagi tenang sikit. Acik Oya ada sekali datang rumah aku, lipatkan baju kitorang. Aku ingat nak tolong lipat baju gak ar. Ada sebakul tak lipat. Tapi, serius wei tak sempat. Memang menghadap Anaqi je. Jadi, aku faham je kalau baju-baju tak lipat dan rumah tu ada baby. Tak sempat. 

Bila Allah bagi peluang jadi mak instant dua hari ni, syukur sangat. Oleh sebab belum ada rezeki lagi anak sendiri, kita jagalah anak adik-beradik ni macam anak sendiri. Yang salah, tegur dan yang betul bagitau. Aku doakan semoga Kak Mina, Kak Cik, Kak Fisha, Fikri dan aku diberikan rezeki anak sendiri di masa hadapan. InsyaAllah. Sayang semua anak buah kesayangan Alang kerana Allah. 

Love..

Saturday, December 19, 2020

Harta Alang

Hujung minggu lepas, balik Klang. Seperti biasa. Kampung dekat, camtu ar jadinya. Malam Sabtu, aku lipat baju. Biasa Kak Cik yang lipat. Ni dia dah pindah, pastu minggu ni balik Melaka pula. So, takdelah orang nak lipat. Dalam pada aku melipat tu, Asyraf tengah tengok kartun kat TV. Sebab Afifah keluar, jadi takde kawan. Kalau tak, dia dengan Afifah berlawan-lawan tengok telefon. Aku layan ar citer kartun tu dengan dia. Dalam cerita tu, satu watak dia tengah pegang peta nak cari harta karun. Aku layan borak dengan Asyraf. Harta karun tu mesti duit banyak-banyak. Dia iakan je. Sampai dah habis cerita, jumpalah harta karunnya. Tapi, bukan duit atau emas. Harta karun dia merupakan kekasih hati dia seorang manusia. Kami gelak sahaja. Ingatkan duit. Aku pun buat ayat dengan Asyraf, 'Adiklah harta karun Alang.' Dia balas, 'Bukan, adik harta ibu.' Cis ko kan? Ibu aje. Takpelah, at least ko ingat ibu. Alang bagi can. Aku pun saja nyakat Afiq yang ada kat tepi tu tengah tengok telefon, 'Abang Afiqlah harta Alang.' Afiq dengan poyonya menjawab, 'Abang harta Allah.'

Walaupun poyo, aku terima je. Nak kena banyak menyembang dengan diorang ni. Aku sekarang follow Putri Afzan Maria dengan lama dah follow Adli Rajiah macammana nak handle budak-budak ni. Kena banyak tanya perasaan diorang dan banyak main dengan diorang. Sebab takde rezeki anak, aku cubalah aplikasi dekat anak buah. Kalau anak-anak buah aku ni, diorang salam memang aku akan cium dahi diorang. Benda yang ayah aku buat dekat aku, aku apply je dekat diorang. Kadang-kadang petang, aku halau Afiq dan Akmal pergi sepak bola. Kerja main telefon dari pagi sampai malam. Tak tau bilanya berpeluh.


Dah besar dah anak buah pertama ni. Banyak dah tanggungjawab buat. 

Yang ni pun dah jadi abang. 


Kalau Afifah dengan Asyraf pula aku nak involvekan diri dengan teman diorang naik basikal sambil aku jogging. Aku nak sihat, jogginglah. Sekarang macam dah malas sikit nak jogging lepas tu Maghrib dah cepat, aku pun tukar mode of transportation teman diorang. Naik motor sambil teman diorang naik basikal. Haha. At least, diorang keluar ar petang-petang mengadap dunia. 

Waktu ni jogging, so jauhlah kena tinggal. Hehe

Oleh sebab cerita pasal harta, cerita jugalah aku ni harta makkan? Masa value time dengan mak pula, haruslah sembang masa masak. Sekarang, Kak Cik dengan Kak Mi takde. So, memang kalau balik, aku kena masuk dapur untuk makan tengahari. Sarapan, samada makan luar atau mak beli je. Masa dengan ayah pula adalah masa makan. Kalau untuk benda-benda rahsia yang tak boleh bagitau mak (biasanya cerita pasal Syam. Mak dah tak bagi keluar lagi dengan dia sebab pernah kata, dia taknak kawen. Mak kata, orang dah taknak, takyahlah), adalah masa ayah tengah berkebun.  Sampai episod berapalah cerita pasal pakcik ni kan, kata dah habis, ada je sambungan. Syukur sebab boleh cerita dengan ayah lagi. At least ada guidance aku keluar dengan orang ni. Tak tau mana hujung dia. Baru-baru ni, aku minta putus (lagi). Rasanya dah habis. Finale ar ni. Sebab aku memang tanya dia, consider marriage tak? Dia kata, taknak buat aku rasa serba-salah sebab dulu aku pernah kata, okay je sebab masa tu aku tak ambil hak orang dan aku pun takde siapa-siapa. Haha. Aku pun kata dengan dia, aku ingat aku okay, tapi tak. Dia kata, okaylah kalau you dah rasa lain, kita tak perlu jumpa lagi. Yup, aku kata. Itulah yang terbaik. Kita stop jumpa. Bila balik, biasa aku tengok dia naik motor dan balik, tapi hari tu, aku pergi je tak tunggu dia. Aku ingat aku akan nangis, tapi tak. Aku pun tak sangka Allah bagi kekuatan tu. Serius tenang. Aku andaikan, kalau kau nak berpisah, ko kena ngadap depan-depan. Text ni, tipu. Nanti ada je sambungan dia. Haha. Lain giler perasaan dia bila aku pergi tak tengok dia. Macam-macam rasa aku explore dengan pakcik ni. Banyak betul rasa Allah nak bagi aku rasa. SubhanAllah. Aku cerita kat ayah, kenapa dia masih nak ajak orang keluar, kalau kitorang dah takde apa-apa? Ayah kata, lelaki. Haha. Betul ayah. Ayahkan lelaki. 

Masa berkasih-sayang

Nikmat kasih sayang sesama manusia lagi-lagi untuk saudara-mara ni memang saya syukuri. Semoga Allah menjadikan saya sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat kecil dan menadi insan yang memberi kasih sayang kepada orang sekeliling. Terima kasih untuk Ami dan Along bagi pinjam kasih sayang anak-anak, terima kasih kepada mak ayah sebab bagi aku cukup kasih sayang sampai aku tak cari kat luar. Semoga anak-anak buah aku pun rasa apa yang aku rasa. Dunia ni, kalau ko tau banyak sangat benda, memang mengerikan. Rasa takut nak keluar. Macam-macam dengar. Tapi, sebab Allah tak jadikan kau sia-sia, maka kena keluar dan mengimarahkan dunia. Semoga pengakhiran yang baik untuk kita semua. Syurgalah harta karun yang kita semua nak cari. Moga Allah makbulkan. 

Love..

Sunday, December 13, 2020

Tayar keretaku

Bawa kereta mahal-mahal tapi stereng gegar bila bawa lebih 120km/jam ni memang mencabar kesabaran. Aku dah bayar mahal, ko gegar pula. Pastu, bila aku hantar servis minta align balik, orang tu kata tayar aku rosak. Tayar tu memang dah tukar sekali kat depan tu. Tayar belakang pula, dah pernah tukar sekali. Yang lawaknya, dia tukar sebelah je. Boleh pula tu. Aku pun agree je ar. Jimat duit aku. Mana tahu tak sampai dua tahun, tayar dah tak okay. Nak buat alignment pun tak boleh. Sebab memang dah rosak. 

Aku rasa sebab power stereng sangat, dia rosak sikit pun dah terasa rosaknya. Aku ingat lagi masa bawa van ayah bila nak pusing tayar. Ayah minta gerakkan van sikit, baru senang nak pusing. Kalau tak gerak van, boleh putus urat kentut nak pusing stereng. Berat. Tapi, kereta Honda ni, senang gila. Takyah gerak pun memang senang pusing stereng. Tu guna bayar harga mahal-mahal, urat tu tenang-tenang je. 

Dah beberapa kali rasa, bawa laju je goyang. Last masa tu servis, mintalah orang Honda betulkan alignment. Lepas tu dia kata, tayar dah tak elok. Tiga tayar dah tak okay. Kalau nak tukar, haruslah tukar empat-empat. Sabar jap. Survey harga tayar. Existing tayar aku Goodyear. Memang okay. Mahal sikit dari Bridgestone. Tapi, susah nak dapat. Aku ingat nak pergi tukar tayar kat kedai papan kat Klang. Kawan aku bagitau, kat situ murah sikit dalam RM20 satu tayar. Lepas tu, PKP pula dekat Klang. Tak dapatlah pergi. 

Oleh sebab aku nak bagi Daus pinjam kereta bawa balik Kedah dan bila aku bawa lebih 120km/jam gegar, maka aku tekad nak tukar. Ingat nak tukar dua depan je. Tayar yang depan nak bawa belakang. Sekali sampai kat kedai tayar, semua dah tak elok. Tukar semualah orang kedai tu bagitau. Dia bagi RM200 sebiji. Bridgestone. Tahun lepas punya bulan August. Fikir punya fikir, aku okay je ar. Swipelah, apa lagi. 

Untuk nikmat boleh swipe bila nak guna duit ni, marilah berkongsi harta dunia ni dengan orang lain. Aku kata dengan Daus, nak balik Kedah, bawa je kereta ni. Selesa sikit dan bagi aku pahala sikit. 

Sayang sangat baby bagak ni



Semua pun tukar


Alang geram.. 


Love..

Saturday, December 5, 2020

Marah

Semasa sedang berbincang dengan Ai Tee dan Nina pasal kerja, kami tersangkut dekat item 8% on cost charges kepada subcontractor untuk material purchase on behalf. Oleh sebab subcon tu ada problem, kena handle with extra care. Ai Tee nak semua benda dengan dia kena ada black and white. Kami belikan blockwall untuk mereka, tetapi mereka tak official nak dibackcharge 8%. Aku tanya kat procurement, mereka kata dah backcharge. Tapi, dalam debit note to subcon, takde state pun. Bila explain kat Ai Tee, dia kata, 'Pergi marah procurement, nape dia tak tambah 8%?' Aku pun balas, 'Nanti I tanya dia. Takyah marah kot.' Ai Tee geleng kepala je. 

Satu lagi kes, pasal blockwall juga. Nak masukkan subcon lain. Tapi, ada miss communication, aku ingatkan 1200m2, rupanya operation nak 83m2 je. Aku bgtau kat Ai Tee. Ai Tee bengang juga, ingat ni pasar ke nak award sikit-sikit. Macammana nak buat contract? Again, dia kata, marah operation. Aku reply, okay nanti I bagitau. Pastu aku senyum je. Ai Tee macam dah lebih menerima yang anak buah dia tak reti nak marah orang, dia reply je, U ni.. 

Aku tak nafikan orang boleh marah orang lain. Ai Tee marah orang mesti ada sebab dari sudut pandang dia. Aku tak salahkan dia. Kalau dia marah, kerja dia jalan. Kadang-kadangkan ada orang, kena ketuk dan marah baru nak jalan kerja. Tapi, aku memang tak pandai marah orang. Aku nak marah Nga masa tu pun tak lama. Marah ke? Lebih kepada merajuk. Entah. Haha. 

Bukan akulah marah orang ni. Tak pandai sangat. Walaupun tak pandai, aku pernah marah orang juga. Masa tu, siap Achik Iza call aku untuk tanya aku kenapa? Haha. Pastilah aku marah Alin, Along aku dan Mamat masa tu. Aku tak sure ada tulis dalam blog ke tak citer pasal ni. Tapi, memang waktu tu aku marah.. Aku bukan malaikat yer. Aku marah orang juga. Cuma, dalam keadaan normal, aku jarang rasa nak marah. Faezah pernah kena marah dengan aku. Bukan marah in term of naik suara. Aku marah dia sebab penat naik Gunung Kinabalu, tapi dia masih nak bergambar. Aku bagi muka tak suka je ke dia. Bila turun bawah, aku terima kasih kat dia sebab tangkap gambar. Ada juga kenangan kat atas tu. Hehe. 

Tapi, keadaan aku macam tak menjadikan aku perlu marah beria-ria. Sebab takde tanggungjawab lagi. Janganlah bila aku dah jadi orang besar nanti, aku tukar pula selalu marah orang. Aku harap, masih tenang-tenang seperti sekarang. 

Aku dapat sifat ni dari ayah rasanya. Dia sejenis tenang je. Banyak je trait ayah yang aku ikut. Malas mandi, suka tahan wudhu, tak ingat birthday orang, tak berkira bab duit dan takde simpanan. Haha. 

Sebelum balik kampung, ayah tanya nenek ada kerja tak? 

Bilalah boleh balik sebelum 7 malam ni?


Surah Al-Imran ayat 134


Love..

Wednesday, December 2, 2020

Hectic Life - Feel Blessed

Lately busy entah apa-apa. Kerja banyak tu juga. Settle satu kerja, datang lagi satu kerja, settlekan kerja tu, datang lagi kerja lain. Despite of it, syukur masih kerja, gaji tak kena potong, allowance pun boleh claim, sihat, cukup makan, ada keluarga, kawan-kawan, rumah ada, kereta okay dan terlalu banyak lagi nikmat yang Allah bagi yang aku kena syukuri.

Berita baru, officially break-up dengan Syam. Selagi aku rasa something bila aku cerita pasal dia, aku masih tak move-on. Aku terbaca benda ni dekat twitter. And yup, aku masih belum move-on. Dah lama tak contact dia selepas aku minta dia confirmation status of our relationship October lepas. First time aku tanya dia pasal relationship ni May lepas, dia kata, dia enjoy hidup sorang-sorang. Takde fikir komitmen kat orang lain. Ada kerja ke tak, takyah fikir bini. Masa tu dia risau kontrak dia tak sambung hujung June nanti. Orang kerja gigih-gigih macam dia pun takut kontrak tak sambung. Gedik sangat. Haha. Aku pula kata okay. Memandangkan aku takde siapa-siapa lagi dan aku tak ambik hak siapa-siapa, no harm aku nak go on with this relationship yang tak bernama ni. Pernah kata dengan Khairul, nak keluar dengan kawan dia sebab nak kenal, bagi aku keluar lima kali dengan budak tu, aku boleh decide nak teruskan atau tak hubungan tu. Dengan Syam, dah lebih lima kali kot keluar. So, kata-kata tu tak valid sebab aku masih proceed je. Aku bahagia je keluar dengan dia dan text dia every week walaupun hujung minggu kitorang tak text (mutual agreement mana entah, weekend memang masing-masing buat hal sendiri). 

Aku ingat aku kuat untuk teruskan hubungan ni dan dalam hati sedikit berharap, mungkin aku boleh jadi alasan untuk dia fikir kawen nanti. Mengharap dari orang tukan sakit? Walhal dia ada banyak sebab dia bukan a good father to my future kids but ada juga banyak sebab dia akan jadi a good father to my future kids. *Please kill me* Lol. Ada sekali aku borak dengan Deekay pasal relationship, dia kata keluar berdua nikan haram. Masa tu kitorang borak pasal aku keluar dengan Emir. Bila aku cerita dengan Alin pasal aku keluar dengan Syam, dia kata this is not me. Aku okay je. Akukan boleh je ikut siapa-siapa walaupun it's not me. As long as orang tu happy dan dalam kes ni, lebih kepada aku yang happy. Alhamdulillah, biasanya Allah masih jaga aku berkat doa mak ayah dan orang keliling. Pada masa keluar sekali, aku doa juga ditunjukkan jalan kepada hubungan ini. Kalau baik, tunjukkan, kalau tak baik pun tunjukkan. Jawapan kepada doa aku ni adalah, Allah hadirkan rasa yang aku macam tak boleh pergi dengan hubungan tak bernama ni. Aku bahagia, tapi sampai bila? Dan aku minta putus. Good thing about it, aku minta putus gais. Aku yang minta. Kira adalah history aku minta putus dengan orang. Haha. Aku harap sangat dia hantar kad kawen supaya aku boleh move-on cepat sikit. Senang aku nak lupa kalau tau dia dah ada orang. Laju je aku tegur dia nanti kat site. Ye ar, aku kan biasanya boleh je beramah-mesra dengan laki orang ni (within batas yer). Ni dia single-mingle je sorang-sorang kat site tu, membazir betul. Faezah pernah kata dia dah ada lain tu. Biasanya aku dengar je kata orang ni. Tapi, bila sampai bab Syam, susah pula. Lebih dengar kata hati sendiri. Kata hati ni pula, kadang-kadang tak ikut akal. Pelik sungguh. Bukan lama pun kenal dia ni. Macammanalah yang cerai dah kahwin tu nak lupa? Mesti susah juga. Aku ni pun dah cukup susah nak lupakan pakcik tu. Semoga tenang-tenanglah semua. Marilah maju ke hadapan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Gitu.

Aku minta gais.. 


Berbalik cerita kerja. Ada sekali tu aku datang pejabat, Alice panggil. Sepatutnya turn group kami Work From Home (wfh), tapi aku ni lama sikit kat rumah tu, jadi lemau. So, minggu aku wfh tu, hari Selasa dengan Khamis aku masuk juga pejabat. Nak printing, run signature dan buat kerja guna monitor yang besar selain bertukar angin dan malas nak masak since kalau kat rumah, aku kena masak sendiri. Berbalik kepada cerita Alice, dia panggil aku nak ajak jumpa Eric. Director kat C&C. Aku ikut je, pastu aku tanyalah kenapa? 

Alice : We want to promote you, but Eric don't know you. 
Aku : (Gelak je)
Alice : Gelak pula dia. Boss don't know you, its your fault. 

Ya ya. Memang salah aku. Aku mana pandai nak say hi ke bos kalau jumpa dalam lif, nak pergi kenal-kenalkan diri ke bos, nak tunjuk kat bos aku buat kerja, balik lewat malam ke. Aku lebih rela masuk toilet bila balik lewat tu terserempak sama dengan bos dia pun nak balik. Malas nak borak dalam lif sekali. Memang bukan aku ar nak kipas-kipas tu. Buat kerja sendiri pun tak cukup waktu, ni kan nak buat PR dengan bos-bos. Memang taklah. 

Sampai dekat tempat Eric, kami tunggu sekejap sebab ada Ng Chian Nan kat dalam tu. Lepas dia keluar, kami pun masuk.

Alice : Eric, this is Nadiah
Eric : Ooo (Dia turunkan mask dia, aku pun turunkanlah mask aku). I heard that you take care of Chan Sow Lin while Ai Tee on maternity leave, so nak belanja you makan. 
Aku : (Senyum je ar. Sebab dah tau reason kena bawa jumpa tu. Lepas tu Alice keluar, aku pun ikut.)
Alice : We try firstlah. Don't know berjaya atau tidak. 
Aku : Okay. I thought you nak promote I pergi project Australia.
Alice : (Dia gelak je)
Cuba nasib gais.

Finally, Alice yang belanja

Aku taknak sebenarnya jadi Assistant Manager (AM) ni. Walaupun kerja dah macam AM juga. Aku tak berapa pandai lead, nak ajar orang, nak buat keputusan lagi (nak lead diri sendiri pun ke laut). Entahlah. Bila fikir-fikir balik, sampai bila nak jadi senior je? Orang batch aku ada dah jadi Manager dah. Tapi, aku bukan achiever macam tu. Aku nak hidup tenang-tenang je. Tapi, kerja sekarang pun tak tenang juga. Balik masih lewat lagi. Aku nak balik sharp pukul 6 atau paling lewat pun sebelum pukul 7 dah dalam kereta. Nak buat kerja dan siap. Sekarang kerja banyak, tapi banyak juga tak siap. Yang aku boleh nampak sebab dekat Ai Tee je banyak kali kena re-do. Dulu masa Ai Tee maternity, dengan Alice memang cepat je kerja tu jalan. Kerja banyak, tapi aku rileks je buat dan boleh balik awal. Masa tulah tengah galak jumpa Syam. Aku balik awal kot. Sebab dia nak balik Banting lepas kitorang keluar makan. Mula-mula keluar makan time dia tidur kat KL je. Pastu, ada juga time dia tak tidur KL pun kami keluar. Argh, bila nak habis citer pasal kau ni? Sabar Nadiah. Time will heal.

Sekarang Ai Tee dah linient sikit. Kau kena pandai explain dan dia boleh terima. Walaupun selalu buat ayat "Jangan manja-manja dengan I ya." bila aku buat salah dan senyum je. Ye ar, kau buat salah je. Bukan apa-apa pun. Kan boleh betulkan? Tapi, teringat ayat Cik Jamaliah masa arwah Abang Shahrul training dengan dia dulu lepas cakap salah je, Cik Jamaliah balas, "Kalau tak buat salahkan lebih elok." Nak jadi hebat ni memang susah. Aku nak jadi competent je. Sebelum ni, aku tak boleh compare  leader ship Ai Tee dengan orang lain. Pooi Lai pun sama tak trust sangat subordinate. Dua je bos aku. Cuma lepas masa Ai Tee maternity, dapat Alice. Tu yang dah boleh compare. Ai Tee sekarang dah let go banyak sikit sebenarnya. Masih kurang trust tu, tapi dia lagi banyak nak fikir pasal anak dari kerja. Which is good sebenarnya. Kerja je. Aku ni dah start fikir-fikir kerja time cuti ni. Dulu, enjoy-enjoy je time cuti tak fikir apa pun. Jangan sampai melarat Nadiah. 

Bila dah under Alice sekejap, aku rasa aku boleh buat kerja. Aku kena dapat trust Ai Tee, buat decision dan bertanggungjawab dengan decision tu. Banyak dah cerita kau tengok pasal orang competent ni buat kerja macam cerita Doctor Romantic Kim dan sekarang kau tengah tengok Start-Up. Bila kau competent, kau boleh tolong ramai orang dan mudahkan kerja orang lain. Doa itqan ni dah lama dah. Kena belajar organise. Sekarang aku dah gunakan Pomodoro Technique. Alin pernah suggest dulu. Tapi, tak buat masa tu. Lately, dengar Aiman Azlan cadangkan baru buat. Kau buat kerja 25 minit kena siapkan, pastu tukar kerja. Aku masih gagal nak siapkan within time. Kena practise selalu. Tapi, boleh jaga masa aku. Sikit je kerja rupanya boleh siap. Sebab 25 minit tu ada berapa kali je waktu pagi yang empat (4) jam dari pukul 8 pagi ke pukul 12. Ada kurang 10 kali. Masuk benda-benda yang lain juga buat. Pergi toilet, pergi pantry, belum kira tengok telefon lagi. Tu semua pencuri masa tu. Hehe. Kena monitor selalu ni.

Takpe-takpe Nadiah. Jangan hard sangat dengan diri sendiri. Kau nak jadi lagi baik je dari hari ke sehari. Doa. Apa-apa pun, minta Allah tolong. Kau ni insan lemah. Hamba. Allah je yang boleh tolong. Pada masa yang sama, upgrade diri tu juga. Untuk semua pengalaman, pengajaran dan kesedihan yang kau lalui, aku ucapkan terima kasih kerana masih bertahan menjadi baik dan I love you so much. You are precious. Moga syurga untuk kita kelak atas bersusah-susah dekat dunia ni. 


Masak sardin dan sayur semua sekali. 

Suun dan kentang serta sambal ikan bilis

Sambal ikan bilis jadi rencah nasi goreng

Hujung minggu masak breakfast kat kedai. So Nadiah

Setelah dua tahun, tukar bateri remote kereta

Balik kampung bawa mak ayah tengok Busu

Sayang sangat

Ahadnya makan sarapan kat kedai Mok Teh

Nenek-nenek dan makcik yang saya sayang

Love..