Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, kami telah mempraktikan solat berimamkan imam-imam muda di rumah. Semalam, Akmal menjadi imam solat Maghrib. Selepas di'negotiate' kerana dia membaca surah panjang ketika solat Isyak sehari sebelumnya. Maka, dia bertukar bersama Afiq menjadi imam untuk Maghrib sebab tiga rakaat. Kenapakah kami bernegotiate begitu? Manusia.
Di dalam solatnya sebelum ini, dia membaca surah Al-A'la. Walaupun panjang, tetapi bacaannya lancar sekali. Saya sungguh kagum. Kali ini, dia membaca surah Al-Balad. Masih lancar, tetapi hampir di hujung surah, dia terlupa. Ayah membantu menyambung sedikit ayat itu. Kemudian, dia berjaya menghabiskan ayat dan menghabiskan solat itu. Selepas solat, dia bertanya kepada ayah, 'Atok, macam tu yer kalau atok sambung ayat?' Ayah mengiyakan.
Sayang, membesarlah |
Baca doa juga |
Love..
No comments:
Post a Comment