Monday, December 23, 2019

Cerita dalam kereta dengan Nafisah

Sudah hampir menginjak ke tahun baru. Banyak cerita belum sempat saya tulis. Cerita ini sudah bersarang di draft tanpa saya post. Tidak pasti kenapa. Saya post kan juga hari ni. Kisah perjalanan dalam kereta bersama Nafisah.

----------------------------------

Balik dari majlis perkahwinan Fahmi, saya pulang ke Klang bersama Nafisah. Kami membawa Fikri dan akan menghantar Baim ke Batu Caves. Kami bergerak dari kampung selepas Zuhur. Selepas makan dekat rumah Acik. 

Sepanjang perjalanan, Nafisah berborak dengan saya dengan dahsyatnya. Saya biasa membebel dalam kereta dahulu. Tetapi sekarang, rasanya dah penat kot. Lantaklah korang. Dah besar panjang. Lebih kepada berborak sahaja. Sampai satu waktu di dalam kereta, Nafisah bertanya kepada saya, apa yang kau rasa kelebihan kau. Nyatakan lima. Haha. Kitorang mengambil giliran untuk berborak sesama kami. Puas jugalah fikir kelebihan-kelebihan saya.

So, saya nyatakan kelebihan saya di sini. 

  1. Saya seorang yang memudahkan orang. Kebanyakan benda, saya lebih suka mengambil pendekatan tak kisah. Biar senang orang. Mungkin kerana saya juga tiada apa-apa yang mahu di dalam diri. Jadi, perkara memudahkan orang ini merupakan perkara yang saya sangat sukai. Bila saya sudah ada yang saya sukai, saya akan cuba menegakkan apa yang saya mahu. Kadang-kadang saya merasa, lebih mudah memudahkan berbanding mahu bergaduh untuk apa yang saya mahu. 
  2. Antara sifat yang saya ambil dari ayah, adalah tidak cepat marah. Tetapi, jika marah. Siaplah masing-masing. Sampai sekarang tak baik-baik. Ayah dulu garang juga masa kami kecil. Tapi, jarang marah. 
  3. Saya seorang yang affectionate. Saya boleh sahaja peluk adik-adik saya dan mencium mereka. Saya tidak pasti saya ambil dari siapa habit ini. Tapi, saya suka. Terutamanya anak buah saya. The most huggable person pastilah Acap. Rasa macam boleh release stress je bila peluk orang. Lagi satu yang saya perasan dulu, masa adik saya kecik, bila tengok TV, mesti tangan saya ke, kaki ke nak attached dengan dia. Pegang rambut ke, kaki saya letak atas kaki dia ke. Tak kiralah apa anggota pun janji sentuh. Haha. I'm affectionate like that guys.. 
  4. Saya ada kemahiran membantu di dapur. Pernah saya kenal dengan orang, dia tanya saya boleh masak ke? Saya kata tak pandai. Tapi, saya ada kemahiran membantu di dapur. Jika dia tak mahu saya sebab itu, dia yang rugi. Haha. Bagi saya, memasak adalah tempat yang best untuk berborak dan mingle around tanpa gangguan. Kerana masing-masing kena pegang pisau dan bukan phone. Kena buat kerja. 
  5. Lagi kelebihan saya adalaah dikelilingi oleh orang yang baik. Saya bersyukur dengan ini. Bak kata Faezah, 'Nadiah ni takde kawan pelik-pelik. Semuanya baik-baik.' Haha. Jujur, saya pun perasan. Saya tak kuat. Saya mungkin cepat terpengaruh dengan orang jahat dan jadi jahat juga. Jadi, Allah selamatkan saya. 
Untuk Kak Fisha, kelebihan atau benda yang dia suka adalah :- 

  1. Suka tengok youtube. 
  2. Suka memasak. Saya sangaat setuju. Dia memang akan masak dengan gembira untuk ayah, emak dan anak buah kami bila cuti sekolah.
Maaf, lain dah lupa. Haha. Sayang, akak sayang awak tau. Terlalu banyak kebaikan awak yang akak suka. Seperti :-
  1. Pandai mengemas - siap lah rumah kami kat Klang dia deko. 
  2. Pandai jaga anak buah - dengan Uda memang kena ngaji lepas maghrib, kena buat kerja, kena solat kat surau. 
  3. Kelakar-walaupun hambar
  4. Pandai masak-balik cuti je rajin layan kami nak makan apa
  5. Rajin fikirkan orang lain-terutamanya aku. 

Kami sambung  kekurangan diri pula. Saya punya adalah :-
  1. Time management
  2. Tidak kisah
  3. Budget. 
Saya akan cuba improve tiga benda yang crucial ni pada tahun 2020. Selamat semua..

Sayang sangat!!

Love..

No comments: