Sunday, August 4, 2019

Kerja dan doa

Jumaat lepas, 2hb Aug 2019, hari jadi Sity, kakak dia belanja makan tengahari. Kerul pula pergi breakthrough TU2. Maka, tinggal saya, Nina dan Faezah sahaja makan tengahari itu. Kami makan di Janda Baik.

Bertiga

Happy Birthday sayang!! 

Topik kami adalah keputusan kakak faezah (Assistant Manager) yang baru masuk ke pejabat kami pada 15hb July yang lepas sudah mula tertekan dan mahu berhenti kerana bekerja di bawah Gua. Ramai dah yang di bawah Gua ni berhenti sebab tak tahan dengan kecerewetan yang entah apa-apa tu. 

Yang sebelum ini haruslah kawan kami, Mohd Khairul. Budak pandai tu. Tapi, bila under Gua, terus rasa macam sebodoh-bodoh orang. Sama juga macam kakak Faezah ni. Kami memberikannya setahun untuk bertahan. Tetapi, melihatnya yang masih juga tidak boleh berlawan dengan Gua, kami turunkan ke enam (6) bulan. Rupanya tak sampai juga. Dahlah budak ni pandai. Kawan sama belajar dengan Toak Ping. Pun masih tak tahan. Dia akan resign, bila sorang staf HQ balik HQ dalam 15hb ni. Kesian Faezah, seorang diri nanti. 

Ramai je yang offer tolong dia. Mr. Teoh pernah bagitau dia, kalau dah tak larat bagitau dia, nanti dia tarik Faezah masuk team lain. Tapi, Faezah kata tak sedap pula. Duduk sama kat Southgate dengan Gua. Tengok, baiknya Faezah. Masih fikiran Gua tu. Ms. Loon pula, dia minta Faezah request pergi Penang projek. Dengan alasan nak mengandung. Bawah Gua stress, takleh mengandung. Faezah gelak je. 

Tapi, Faezah ada projek lain. Dia nak berhenti bila bisnes Rizal dah okay. Aku selalu doa bisnes Rizal okay dan Faezah akan berhenti. Walaupun kau akan hilang kawan kau yang baik. Kegembiraan dia adalah keutamaan aku. Larilah dari Gua ni. Mental dan kurang kasih sayang. Semoga aku tak macam tu walaupun tak kahwin lagi. 

Semua orang pun kagum dengan Faezah. Dia je yang berjaya melayan Gua ni. Kami tanyalah tips dari Faezah, macammana dia boleh bertahan. Satu, dia kata dia malas layan. Dia dengar sahaja cakap Gua. Orang lain, kalau rasa Gua salah, memang nak lawan. Faezah takde. Dia dengar je. Ikut lah 10 kali, Gua nak tukar format ke. Nak kritik tulisan dia ke, nak berdecit atas sebab dia tak garis table je sampai sejam, Faezah senyap je. Dengar je. 

Lagi satu adalah yang buat dia tenang (sebenarnya tak tenang juga) tapi boleh lepas semua ujian ni adalah dia kata, dia amalan baca ayat Kursi sebelum pergi kerja pagi-pagi setiap hari. Kalau pagi tu, dia solat subuh dengan Rizal, dia akan minta maaf dengan Rizal dan minta Rizal doakan kerja dia mudah hari tu. Dia amalkan benda tu, sampai semua nampak dia boleh tahan dengan Gua. Tapi, kekuatan tu memang Allah yang bagi. Dia pun tak sangka boleh lepas semua ni. 

Aku setuju. Masa aku ada isu dengan Syam dulu, aku selalu bangun malam minta Allah bagi petunjuk aku dengan dia. Urusan aku dengan Syam sebenarnya dah stop, Allah dah bagi petunjuk dia bukan untuk aku. Tapi, aku nampak sebelum tu, selain urusan hati, urusan kerja aku pun dipermudahkan. Banyak kerja aku settle bila aku bangun malam. Walaupun serabut otak, tapi selesai. Satu-satu kerja aku boleh tick-off. Masa tu tengah meng gila tender micropile dengan caisson. Aku siap gaduh dengan Nga. Tapi, tengok balik, tak sangka lepas dah semua tu. Allah bagi selesai. Walaupun tak mudah, tapi selesai. Allah. Sekarang bila aku rasa dah takde apa-apa nak minta, aku malas bangun. Manusia. Lupa. 

Sebenarnya, banyak benda kau boleh minta waktu tahajud tu. Minta mudah urusan dunia. Banyak kot. Minta sihat, mudah kerja terutamanya Thales tu, makbulkan permintaan, rezeki, ilmu pengetahuan, ikhlas, tak gaduh adik-beradik, jadi anak solehah, kereta tak rosak, anak buah selalu Allah lindung, rajin solat, rajin ngaji, rajin sedekah, pasal rumah, hidup dalam iman, mati dalam iman, jerawat kat muka hilang, pandai masak, pandai bau, dan macam-macam lagilah nak minta yang dunia. 

Pastu, nak minta mudah urusan akhirat. Waktu padang mahsyar dapat lindungan, minum air dari telaga, dapat buku amal melalui tangan kanan, lalu titian sirat sepantas kilat, berat timbang amal kanan, masuk dalam syurga dengan orang yang kita sayang, jumpa Rasulullah s.a.w dan jumpa Allah untuk kata terima kasih atas semua nikmat yang Dia berikan. Banyaklah kalau kau nak bangun malam dan minta. 

Ini tak, bila susah baru beria-ia cari Allah. Bila dah senang, lupa. Peringatan kepada diri sendiri. Moga kembali rajin bangun walaupun takde spesifik benda aku nak. Moga Allah sentiasa bantu kita untuk jadi hamba Dia yang bertaqwa. Percaya semua ujian adalah kasih sayang Allah yang tiada taranya. Dia sayang kita lebih dari segala-galanya. Lebih dari mak kita sayang kita. 

Untuk semua nikmat ini, Alhamdulillah. Segala puji Hanya untuk Pencipta langit dan bumi dan semua isinya. 

Love..

No comments: