Sunday, August 11, 2019

Selamat Hari Raya dari Steve

Bos aku dari Australia, Stephen Reeves ni antara bos yang susah juga nak handle. Satu sebab slanga dia yang kami tak faham. Dulu, aku selalu juga ada urusan dengan dia. So, dah boleh tangkap slanga dia. Sekarang, lari-lari kalau jumpa dia dekat pantri. Sanggup lah tak masuk pantri kalau dia ada. Sebab nanti dia akan ajak borak, aku dah tak dapat tangkap apa dia cakap. 

Jumaat lepas, aku tengah basuh cawan, dia masuk. Aku sorang-sorang. Selamatlah aku. Dia ajak borak. Aku balaslah mana yang aku rasa itulah soalan dia. Last sekali, dia cakap pasal flight dia kalau tak silap aku. Aku gelak, then kata good luck. Entah betul ke salah tekaan aku tu, lantaklah. Aku habis basuh cawan, cepat-cepat aku pergi tempat aku dan bagitau Leha. 

Sebab dengan dia pun, aku selalu kongsi cerita dan tanya Steve dah masuk ke belum. Mengadu dekat dia, takde orang pun masuk nak selamatkan aku kat pantri. Leha kata, kau pun selalu ngelak kalau dia ada dalam pantri. Orang buat macam tu jugalah. So, lepas ni kalau ada orang dalam pantri dok bercakap dengan Steve, aku kena masuk juga pantri. Dan tolong apa yang patut. Haha. Aku gelak je dengan Leha. 

Petang tu, masa Steve nak balik, dia wish kat aku, 'Selamat Hari Raya whatever it is after that Nadiah.' Sebelum tu, aku dengar dia belajar dengan Syam, cara nak sebut Hari Raya AidilAdha. Agaknya susah sangat, dia pun terus wish macam kat atas. Aku pun cerita dekat Syam. Penangan orang suka bercerita. Pastu Fairos pun ada sekali. Dia katalah, masa dalam bilik Steve, ddah tanya dia dah raya apa, Fairos ajar Raya Korban. Lepas tu Steve tanya Syam, Syam jawab Raya Aidil Adha pula. Haha. 

Aku gelak je ar. Sambil kata, 'Banyak nau mazhab korang ni. Nanti kalau dia tanya orang lain pula, ada yang jawab Raya Haji pula. Peninglah pakcik tu.' Itu yang keluar, whatever it is after that. Haha. 

Knowledge sharing by Steve. 

Aku raya kat Klang kali ni. Nenek Sa'abah, Acik Oya dan Moksu turun Klang. Sebab Busu operate dekat HKL hari Khamis masa tu. Selamat Hari Raya semua. Semoga Allah menerima amalan kamu semua. 

Buss post operation 

Love..

No comments: