Wednesday, May 29, 2019

Sesi Iftar bersama Geng

Selamat berpuasa. Sudah masuk 10 malam terakhir. Cepat sahaja berlalu. Allah. Semoga Allah menerima amal kita di Bulan ini.

Tahun ni, tak banyak makan luar. Masih meneruskan aktiviti buka puasa di masjid sebab masjid adalah sekangkang kera dari rumah sewa. Senang dan jimat.

Cuma, tahun ni, saya merancang untuk berbuka puasa bersama Geng Sri Comel dan Geng Luncheon. Memandangkan masing-masing dah ada anak, saya tidak rasa berbuka di luar merupakan sesuatu yang mudah. Nak kejar maghrib, nak kena cari yang ada playground, nak gossip lagi. Haha. Lepas tu, rasa macam buat kat rumah lagi menarik. Tanya Ebah dan Juare. Boleh tak nak buat kat rumah diorang? Diorang setuju. 

Maka, pada hari Ahad di rumah Ebah dan hari Rabu (sempena cuti nuzul Al-Quran) di rumah Ju'are. 

Potluck konon-kononnya. Apa yang saya bawa? Tembikai. Haha. Ebah masak nasi ayam. Ju'are masak, Ya Allah banyak sangat, laksa, nasi lauk dengan bubur lambuk. Rumah masing-masing pun cantik. Saya agak dah ada rumah nanti pandai tak deko-deko ni? Huuu.

Masa dekat rumah Ebah, ajak Kak Morni. Tapi, dia tak dapat join sebab anak dia pun nak datang buka kat rumah dia. Tapi, comel gila dia datang rumah Ebah bawa kuih yang dia buat. Saya tak sempat jumpa dia sebab baru gerak dari Klang. Haha.

Adli tak dapat join. So, kami-kami je ar. Ebah, Ili, Am, Faezah dan aku. Alhamdulillah. Saya bawa minum an. Cadang nak buat air Bandung KhairulAming. Haram tak lepas. Rasa ada, cuma pecah susu dia. Tengok instagram dia buat, senang je. Sambil boleh bayangkan tak ayat dia 'Ok, what's up guys. Hari ni kita nak buat air Bandung. Jom kita start.'




Hari Sabtu sebelum ni, pergi buka puasa Ypu pula. Sebab En. Anuar dah menang, tak payah potluck bagai. Kita datang makan je. Biasa Cik Leha, Cik Jamaliah dengan Mekna akan bertungkus-lumus di dapur. Kali ni, kita enjoy-enjoy je jadi tetamu.




Hari Rabunya 22hb May 2019, pergi rumah Ju'are. Kerul tak join sebab tak sihat. Saya masih lagi bawa tembikai. Haha. Kena tukar anggur lepas ni. Kau tengok tu makanan. Nina bawa masak lemak. Sity bawa badak berendam. Faezah bawa ayam goreng Bob. Buat Bob Mat Lutfhi yer. Mohd bawa lasagna. Begitu sekali jadual makanan.





Sebelum balik sebab masing-masing esok nak kerja kecuali tuan rumah, kita bergambar dulu.



Dan ada kek surprise untuk saya. Hehe. Sayang korang semua gila-gila. Kek aiskrim Durian. Kenyang sangat makan malam tu. Alhamdulillah untuk persahabatan ini. Sahabat yang boleh terima buruk baik kau.


Konon-konon pikat anak tiri ar ni. Lol

Tapi, Pia ni serius comel. 

I'm turning 34 years old this year. Time flies. Moga lebih bermanfaat Nadiah.

Love..

No comments: