Kematian yang menghidupkan. Saya dikejutkan dengan pemergian mengejut pengasas Dnars dan chef selebriti Adam minggu ini. Mengetahui pemergian Faziani yang merupakan pengasas Dnars semasa di dalam perjalanan untuk memberikan zakat kepada rumah tahfiz di Pattani akibat kemalangan jalan raya. Kematiannya turut dirasai oleh pelakon Indonesia menyebabkan saya mencari serba-sedikit mengenai arwah.
Melihat video untuk Nona ketika melawat ke rumah arwah, kagum saya dengan semangatnya. Sorang yang bercita-cita besar dan mampu mencapai cita-citanya. Apabila kaya, tidak lupa menderma kepada yang memerlukan. Zakat dan sedekah memang dilakukan dengan banyaknya. Allah. Mati yang baik. Memang orang yang baik. Moga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Seorang lagi chef selebriti Adam yang terkenal kerana merupakan bapa saudara kepada Fatimah gadis kecil yang bijak di UK yang dikenali di laman Instagram mereka di sini juga telah menghembuskan nafasnya. Agak mengejutkan kerana saya merupakan antara followersnya. Muda lagi. Baru berusia 29 tahun. Dahulu, dia rajin mengupdate masakannya di insta. Kebelakangan ini, sudah jarang. Saya terfikir kenapa. Mungkin sudah sibuk. Rupanya beliau sudah sakit semenjak Feb lagi. Allah. Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang beriman. Bagaimanalah Instagram saya apabila saya sudah tiada nanti? Adakah bermanfaat?
Saya kongsikan nukilan yang saya simpan dari twitter untuk peringatan kepada diri sendiri dan kita semua. Kredit untuk @noorinora untuk peringatan ini. Semoga pengakhiran yang baik untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment