Sunday, May 12, 2019

Kisah Roti di Bulan Ramadan

Masa bersembang dengan keluarga semua adalah semasa waktu sahur, berbuka puasa dan masak untuk sediakan berbuka puasa. 

Hari Jumaat lepas, tersilap percaturan aku. Sebab Ai Tee cuti Khamis dan Jumaat, aku bajet mesti boleh balik awal Jumaat tu. Takdelah sediakan kurma untuk makan dalam kereta. Mana tau, kerja banyak tak siap, kena stay lama sikit kat opis. Dalam pukul 6 aku gerak dari opis. Berhenti isi minyak, aku dah bayangkan kena buka puasa dalam kereta. Ada air masak dan roti yang baru expired semalam je dalam kereta. Nak bawa balik bagi makan kat ayam. Oklah, roti Gardenia ni bila tarikh expired dia boleh makan tiga hari lagi lepas tu. Pernah dengar orang cakap macam tu. 

Memang confirm, aku terpaksa buka puasa dalam kereta masa azan Maghrib. Masa tu dah sampai Shah Alam. Tengok kereta sebelah pun pemandu dia tengah makan roti. Aku ni, sekali sekali makan dalam kereta, kalau orang yang memang berulang tu macammanalah agaknya. Moga diberi ketabahan semua. 

Hantar gambar ni kat family

Aku sampai-sampai rumah, yang lelaki dah pergi solat Maghrib dekat surau. Tinggal perempuan. Mak tanya dah buka belum? Aku pun cakaplah dah buka roti expired tadi. Haha. Okay je. Aku pun makan. Lepas tu ayah balik. Kami tengah kemas-kemas makanan tadi. Ayah tanya, 'Buka apa tadi?' Aku pun jawablah. Roti dah expired. Haha. 

Kak Mi dari dapur, 'Kerja executive, gaji banyak, buka pun roti expired.' Nilah kakak aku, pantang dapat peluang kutuk adik. Sama je masing-masing. Kurang hasam punya kakak. Aku gelak je ar. Sebab tau dia nak gurau. Siapa suruh tak fikir panjang?  Nak buka apa dan kau pergi bagitau roti dah expired kenapa? Tapi, takpe je. Dengan adik-beradiklah kau nak jadi pelik-pelik dan diri sendiri. 

Aku ingat dah selesai. Alih-alih ayah sambung. 'Entah, nak buka kereta kena macam ni,' (Sambil menggayakan tangan untuk buka kereta aku sebab keyless). Haha. Cis, ayah dah join kelab. Siaplah, semua sambung mengutuk. Pantang dapat peluangkan masing-masing? Nasib aku puasa, aku bagi can. 

Untuk nikmat keluarga yang boleh bergurau tanpa terasa ni, Alhamdulillah. Tak marah sebab tahu, sayang melebihi segalanya. 



Balik terawih malam tu sempat tertengok Analisis di TV Al-Hijrah. Ustaz Wan Ji jadi panelis dia. Atas tajuk, Adakah Islam Terancam di Bawah PH? Rupanya ada isu untuk tayangan episode tu sebab dah pre-record. Dengar malam tu, memang Ustaz Wan Ji hebatlah. Islam ni, memang Rahmat seluruh alam. Tak kira Islam ataupun bukan Islam. Kesimpulan yang saya kira penting dari Ustaz Wan Ji adalah pesanan Bin Bayyah (tak pernah dengar nama ni) Benda yang Islam tu kena ada empat elemen :-
  1. Adil - kalau sesuatu itu zalim, bukan Islam
  2. Rahmah - Perlulah dengan kasih sayang.
  3. Maslahah - sesuatu itu perlu beri kebaikan dan bukan kerosakan. 
  4. Hikmah - Kebijaksanaan. Kalau ada elemen kobodahan, nak membodohkan, tu bukan Islam
Macammana boleh quote balik yang atas tu? Sebab aku ulang balik video tu. Boleh dilihat di sini

Tapi, semasa membaca status Ustaz Wan Ji di Facebook, kronologi cerita apa bila timbul isu untuk ditangguhkan penyiarannya dan mungkin tidak disiarkan langsung, tulisan Ustaz Wan Ji seperti apa yang direkodkan. Sebijik. SubhanAllah. Hebatnya ingatan Ustaz ni. Dia datang bawa phone je. Macam Mr. Lim. #eh.



Benda yang aku nak improve diri adalah ingatan. Asyik lupa saja. Satu cara adalah menulis blog. Dan mungkin kena venture cara-cara lain juga. InsyaAllah. 


Love..

No comments: