Tak ramai orang yang aku ingat masa sekolah rendah dan menengah. Kadang-kadang jumpa budak sekolah, aku siap tanya Kak Ila (kalau sekolah rendah) dan Bibah (kalau sekolah menengah) siapa budak ni. Shamini antara orang yang rapat dengan aku masa aku sekolah menengah. Itupun masa Tingkatan Empat sebab kawan baik dia Shikin dapat masuk MRSM ke SBP aku pun dah lupa. Rapat lagi sebab aku dengan dia sama-sama pengawas dan sama kelas. Pergi meeting pengawas sama, buat spotcheck sekali. Lepas tu tuisyen Fizik sama masa Tingkatan Lima, bajet nak pandai SPM tapi masing-masing tunggu soalan spot dari cikgu tuisyen.
Geng sekali dengan kami masa tu mestilah Bibah, Khariani, Apis dan Mawi. Pernah setahun pergi raya sama-sama dekat rumah Cikgu Norlina, datang raya rumah aku naik bas, lepas tu pergi raya rumah Bibah dengan Khariani naik bas. Memang pengalaman sungguh. Mana ada kereta nak hantar, jadi tunggulah kami bas datang.
Lepas SPM aku dapat pergi Sri Iskandar, Shamini dapat pergi MMU. Mula-mula aku masuk sana, aku takde telefon. Kadang-kadang telefon nenek guna public phone, tinggalkan Sham missed call je guna nombor Perak. Lepas tu aku dengar dari Acik Oya yang dia ada problem dengan mak ayah dia. Pasal boyfriend dia, mak ayah tak restu macam tulah. Aku sedih juga. Beberapa kali nak telefon dia, tapi nombor dia dah tukar. Tanya juga Bibah dengan Khariani kalau ada jumpa dia. Masing-masing jawab tiada.
Tahun lepas aku jumpa facebook dia. Terus aku add dan minta no telefon dia. Lama baru dia reply dan bagi. Dapat je nombor, aku call dia. Cakap dengan dia, nanti bila-bila aku balik Melaka, jomlah jumpa. Dia tak janji. Sibuk katanya. Aku tak tanya lebih sebab dah tak rapat. Aku tak tahu mana satu soalan sensitif atau tak untuk dia. Kadang-kadang aku balik, aku hantar pesanan ringkas nak jumpa. Biasa dia tak free. Sebab dia tinggal bersama keluarga mertua dia yang menjalankan perniagaan katering dan wedding planner. Biasa hujung minggu kena bantu jika ada function. Kadang-kadang aku hantar text pun, lama baru dia reply.
Hujung minggu lepas aku tak sengaja balik kampung, sebab cadang nak pergi kerja. Tapi, ayah call pagi Sabtu kata nak balik kampung dan aku pun malas nak kerja sebab insentif sikit. Haha. Jadi, aku pun balik jelah ikut ayah. Sampai kat kampung, borak-borak dengan nenek, lepas tu Kak Cik dah pergi rumah Pikah sebab Pikah tunang, aku dah bosan sorang-sorang. Saja mesej Sham tanya dia free tak sebab semalamnya (10 Nov) birthday dia (thanks to facebook). Aku katalah nak belanja kek. Memang tak menaruh harapan sebab dia busy. Tapi, dia reply. Haha. Gembira. Pun masih tak menaruh harapan. Malam tu dia kata, anak dia ada konsert dekat MITC. So, bolehlah aku datanglah jumpa dia kat sana. Kat McD dia kata. Aku ni dahlah tak makan McD. Elak-elak nak pergi tempat lain, so, jumpalah kat Subaidah MITC.
Aku janji nak jumpa jam 9 malam. Aku gerak dari rumah lepas solat maghrib dan makan malam dengan nenek dan Pak Busu. Sampai sana, aku text Sham kata dah sampai. Dia kata, tunggu jap. Dia datang dengan tiga orang anak dia. Nampak berisi sikit. Anak dia yang sulung dah 11 tahun dah. Vikran nama dia. Pandai bawa diri. Anak perempuan dia, Tanishka dengan anak bongsu dia, Niranian yang ada konsert tadi. Perasaannya, memang lain. Lama gila tak jumpa. Kawan yang aku kira baik sangat masa aku dekat Sekolah Menengah Dato Bendahara dulu.
Kami berborak. Sudah lama tidak berborak, terasa ada kurangnya perbualan kami. Aku tak tahu macammana nak gambarkan. Dia seperti menyimpan sesuatu. Menahan dari mengeluarkan semua. Aku membataskan pertanyaan kepada soalan yang tidak menghiris perasaan dia. Aku masih tidak dapat membaca dia lagi. Dia masih ceria seperti dulu, dan lebih matang. Kemudian, emak dan ayahnya datang kerana tadi melihat kedai kain batik di MITC. Kami berborak sebentar dan makan. Tidak lama selepas itu, emak dan ayahnya mahu pulang ke Jasin bersama anak-anak Sham. Katanya malam Ahad, dia akan ambil. Dah okay hubungan diorang aku kira. Aku gembira. Sham pula akan pulang ke rumahnya di Batu Berendam dan aku pun harus pulang ke Kesang. Sebentar sahaja kerana aku sampai di rumah jam 10.30 malam dan Kak Cik masih belum pulang. Hehe. Lain jika kau keluar dengan orang yang sudah berkahwin berbanding belum berkahwin.
Walaupun tidak lama, rindu aku terlepas. Shamini nampak tenang. Dah ada empat orang anak kau. Walhal dulu aku rasa kau ni paling sengal dan paling tak nampak nak jadi mak awal. Dah potong aku rupanya. Pergi cakap dengan Mawi suruh dia tarik sumpahan dia. Haha. Walaupun apa yang kau rasa dan tengah hadapi Sham, aku harap kau baik-baik sahaja. Semoga semua urusan kau dipermudahkan. Aku sayang kau sangat! Terima kasih untuk semua kenangan kita. Raya nanti aku booking kau siap-siap. Nak belanja kau kek.
|
Besar dah anak kau |
|
Tak banyak berubah |
|
Mak Sham |
|
Ayah drive balik kampung |
Love..