Setelah beberapa kali tertangguh dari tahun lepas mahu berkumpul, maka Sabtu lepas bersamaan 22hb April, kami dapat bersama. Hasil carian Paie di Google untuk mencari tempat makanan yang disertakan taman permainan di Benbino Publika adalah pilihan yang sangat tepat. Walaupun tempat terbuka, tetapi bertentangan tempat makan kami adalah taman permainan kanak-kanak.
Kami berborak dengan seronoknya. Sudah lama tidak berjumpa. Menghapdate perihal masing-masing. Ebah yang sudah berhenti di Gamuda dan akan bekerja bersama En. Nadzri dan Am. Paie yang akan terbang melebarkan sayap ke Australia, Dolah yang sekarang bekerja di IJM untuk projek lebuhraya Taiping-Banting, Kamal yang bekerja di housing developer, Ili, Faezah dan saya masih di Gamuda. Sekian. Haha.
Tanpa kehadiran Arsyaf dan Adli, majlis masih berjalan lancar. Memang susah mahu mengumpulkan semua watak dalam Geng Sri Comel ini. Tetapi, Alhamdulillah untuk pertemuan ini. Terima kasih Ebah, Ili dan Paie yang sibuk merancang membeli kek dan mengatur tempat makan. Kami datang memeriahkan majlis. Semoga semua berjaya dunia akhirat.
Balik dari berjumpa mereka, saya dan Lyza pulang ke Shah Alam. Ada sesi melayan Aaron part 3. Haha. Kali ini dia ada sentimental value tinggi sikit. Lari-lari dalam UiTM Shah Alam. Secara kasarnya, kami berjalan sahaja. Bersama seorang budak pejabat Lyza Ravin.
Berjalan sambil menunjukkan tempat-tempat study dulu dekat library engineering. Nak mengorat student engineering, sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Haha. Hostel, fakulti dan tempat makan. Nostalgia betul malam-malam tu.
Berjalan sambil menunjukkan tempat-tempat study dulu dekat library engineering. Nak mengorat student engineering, sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Haha. Hostel, fakulti dan tempat makan. Nostalgia betul malam-malam tu.
Love..
No comments:
Post a Comment