Friday, April 21, 2017

Geng Luncheon

Saya memang memerlukan external forces untuk berubah. Nak berubah sendiri memang susah. Sebab itu saya suka berkawan-kawan. Dan selalu je doa yang dapat kawan baik-baik dan dapat jadikan saya lebih baik. Faezah selalu kata, saya ni memang selalu je bernasib baik. Tiada benda-benda susah yang jadi. Saya bersyukur untuk itu. Saya pula berpendapat sebaliknya dan memberitahu Faezah. Saya ni lalang sikit. Mudah je terikut orang lain. Kalau dapat kawan yang pelik-pelik, nanti senang je terikut diorang. Awak kuat. Bagilah apa sahaja kawan yang pelik-pelik. Awak sihat, tenang dan iman steady je. Allah kan Adil.

Baru-baru ini, Ai Tee menegur saya supaya datang awal ke pejabat, Kerana katanya, bos kami sudah melihat attendance stafnya.

Ai Tee : You selalu sampai ofis pukul berapa?
Aku : Dalam pukul 8.15 biasanya.
Ai Tee : Esok datang pukul 8. Bos dah tengok-tengok. He requested his secretary to check. Come early tomorrow.
Aku : Ok.


Akukan senang je orangnya. Mana banyak bunyi. Hehe.

Keesokan harinya, saya keluar jam 7.20 pagi. Biasanya saya keluar 7.40 pagi. Satu pencapaian yang saya kira agak membanggakan. Tetapi masih sampai ofis lambat. Ngam-ngam 5 minit sebelum pukul 8 pagi kerana ada kesesakan di sekolah yang saya lalu di dalam perjalanan ke pajabat. Oh, dan saya dapat melihat anak-anak masuk ke sekolah. Pemandangan yang tidak akan saya lihat jika keluar jam 7.40 pagi.

Kami akan bersarapan dengan seronoknya, sebelum masuk pejabat jam 8.15 pagi. Sama seperti biasa saya datang, tetapi masuk kali ini, perut sudah kenyang. Saya boleh terus memulakan pekerjaan. Memang menarik. Sekarang, untuk minggu kedua juga saya keluar jam 7.20 pagi. Tenang sahaja saya memandu ke pejabat. Harap dapat kekalkannya!

Sekarang #gengluncheon dah jadi #gengbreakfast. Hehe.


Sity dan Faezah datang dulu


Diikuti Nina


Kerul dan saya


Ju~are


Last sekali, pakcik Khairul


#gengluncheon

Antara penyebab tenang di pejabat walaupun kerja berlambak adalah sahabat-sahabat ini. Sama keadaannya di Gamuda HQ yang dulu. Penyebab bertahan mereput di Gamuda adalah mereka-mereka ini. Dikurniakan rakan yang membimbing kita (tidak kurang juga mengutuk) untuk tenang-tenang sahaja melalui alam pekerjaan adalah nikmat Allah yang tidak saya dustakan. Alhamdulillah. Terima kasih sahabat kerana menerima dan memberi seadanya. Semoga sehingga ke syurga. InsyaAllah. :)

Love.

No comments: