Punyalah sibuk sehingga tidak sempat meneroka di mana letaknya Royal Belum ni. Yang tahu hanya di Perak. Di dalam kepala mungkin exit Ipoh dan masuk ke pedalaman sedikit. Sehingga apabila membaca tentatif program yang kami akan bertolak jam 12 tengah malam Sabtu masih juga tidak berfikir kejauhannya. Dalam bas berborak dengan Faezah, baru dapat tahu yang Royal Belum terletak di Grik Perak. Dalam perjalanan ke Kelantan. Bersempadan dengan Thailand. Okay, jauhnya. Semoga tidak penat di dalam bas.
Sepanjang percutian berdoa supaya diberikan kesihatan selepas pulang kerana Ai Tee sudah awal-awal melarang bercuti pada Isninnya. Sekarang kerja memang super banyak. Dalam pada saya membuat kerja untuk diselesaikan sebelum Nic masuk ke Southgate, satu lagi berita yang membimbangkan saya sedikit. Engineer saya pula mahu resign. Sudah menghantar surat dan akan tamat dalam pertengahan Jun nanti. Semua orang mencari tempat yang lebih baik supaya menjadi lebih baik. Saya mendoakan kejayaan mereka semua. Pada masa yang sama, saya meminta doa dari semua supaya saya dapat mempersiapkan dengan cemerlang kerja yang saya sedang lakukan ini sebelum semuanya membawa diri masing-masing.
Saya cuba mencari masa untuk menulis mengenai Royal Belum. Saya merasakan dapat mengurangkan sedikit tekanan dengan menulis blog. Saya suka bercerita, tetapi suka untuk menulis panjang-panjang. Mungkin selepas ini perlu entri pendek-pendek untuk mendivert tekanan kerja sebentar ke entri ini. Sebelum itu, mari kita melihat gambar dahulu. Tempatnya memang menarik untuk melarikan diri dari hiruk-pikuk kota.
|
Sarapan sebelum sampai di Jeti |
|
Menaiki bot untuk tracking pendek |
|
Melawat rumah orang Asli |
|
Mencari bunga Pakma |
|
Sudah sampai di tempat bunga Pakma, tetapi masih baby lagi |
|
On the way pulang. Di atas houseboat. |
Love..
No comments:
Post a Comment