Friday, November 20, 2015

Shah Alam Trees for Life 2015

Pejabat saya menganjurkan satu program menanam pokok di Kota Kemuning, Shah Alam Trees for Life 2015. Maka saya yang memang seorang yang penyayang kepada bumi (letak tangan ke bahu sambil mata pandang atas ;p) mengajak Faezah dan Kerul untuk menyertainya. Mereka bersetuju. Yeay. Gembira. Kegembiraan bertambah lagi apabila penganjur membolehkan kami membawa ahli keluarga bersama. Dalam fikiran sudah membayangkan mahu membawa semua anak buah saya. Mari mengajar mereka berkenalan dengan alam sekitar. 

Kita merancang, Allah juga merancang. Faezah tidak dapat menyertai program tersebut. Begitu juga anak buah saya yang lain. Kak Long dan Afifah sahaja mengikuti program ini. Tidak mengapa, mari kita teruskan dengan siapa sahaja yang ada.Yang penting bergerak.

Belajar cara menanam dulu.

Lakonan bersama props. ;p

Di sana, saya berjumpa dengan Kak Morni, Kenny dan Arsyaf. Gembiranya dapat bertukar cerita.  Saya berjaya menanam dalam empat batang pokok. Semoga membesar dengan sihat. Selepas makan tengahari, kami sudah boleh bersurai. Afifah bermain di taman permainan yang terletak di sebelah tasik di Kota Kemuning itu. 


Selesai makan, kita main.

Terima kasih Along dan Afifah. :)

Pekerja Gamuda yang gembira

Sedang menunggu Afifah bermain, datang sebuah keluarga mat saleh dan dua orang anaknya bermain di situ juga. Kemudian isterinya bertanya kepada saya adakah tasik ini merupakan Lake Garden Shah Alam? Bukan balas saya. Mereka perlu menaiki kereta untuk ke Seksyen 2 di mana terletaknya tasik itu. Selepas menggunakan google maps, estimate masa adalah 20 minit. Selepas membenarkan anaknya bermain untuk 5 minit lagi sebelum ke taman yang lain, kami berborak. Terima kasih kepada novel english yang saya baru habis baca semasa deepavali, yakin sedikit saya berborak dengan minah ni. Katanya, mereka bekerja di sini dan anak-anaknya bersekolah di Mont Kiara. 

Maka, hujung minggu adalah masa untuk keluar melawat tempat-tempat yang menarik di luar KL. (Tasik Shah Alam menarik? Kalau orang Malaysia mestilah tidakkan. Tetapi kalau orang luar, haruslah menarik. Sama juga saya melawat muzium di Korea dan orang Korea tidak melawat muzium mereka. Hehe. Faham. Mereka baru sahaja datang ke Malaysia dalam bulan Ogos yang lalu semasa jerebu sedang melanda. Katanya lagi sementara dapat melihat awan biru dan menghirup udara segar, dia membawa anak-anaknya berjalan dan sebelum hujan tengahari nanti. Yeah, membuat kita lebih menghargai apa yang kita dapat sambil lewa. Udara yang bersih. Sesuai dengan program kami hari ini. Alhamdulillah. Segala puji dan syukur hanya untukMu. 

Tasik Kota Kemuning

Antara pokok yang ditanam

Gambar : google image

Love..

No comments: