Jumaat lepas, ketika di pejabat di KL. Lagu I don't care nyanyian 2ne1 menjerit meminta untuk diberhentikan. Saya melihat skrin telefon untuk melihat pemanggil. 'Ayah'
Ayah : Assalamualaikum.
Saya: Waalaikumussalam.
Ayah: Ayah baru balik dari Jabatan Insolvensi ni. Hari Isnin nanti boleh datang tandatangan nak jadi penjamin tak?
Saya: Ok. Nak bawa apa-apa ke? (Dalam fikiran, penyata gaji ke)
Ayah: Tak ada apa-apa. Bawa duit je.
Saya: Haha. Yang itu pun orang tiada.
Ayah: Hai. Kerja eksekutif, ingatkan kaya.
Saya: Haha. Mak yang tak kerja lagi kaya dari orang tau. Kaya hutang je orang ni.
Ayah: Haha. Oklah. Nanti Isnin kita pergi.
Saya: Ok ayah. Assalamualaikum.
Ayah: Waalaikumussalam.
................................
Ahad malam, saya menghantar pesanan ringkas kepada Ai Tee memberitahu yang saya terpaksa cuti pada hari Isnin, dan bos saya yang comel itu membenarkan. Maaf, tidak sempat memberitahu hari Jumaat lepas.
.................................
Pagi-pagi Isnin ayah dan saya telah keluar untuk menguruskan hal-hal di pejabat insolvensi. Sebelum itu singgah di bank Islam dan Maybank untuk membuat bank deraf. Kemudian kami ke Jabatan Insolvensi di Menara MRCB Shah Alam. Setelah semua urusan selesai dan penerangan dari kerani yang bertugas sangat membantu kami. Kerani itu juga mengucapkan selamat pergi dan balik untuk ayah saya. Baik sungguh.
Selesai di Jabatan Insolvensi dalam jam 11 lebih. Kami pulang ke rumah untuk makan tengahari dan seterusnya ke Putrajaya untuk membuat passport. Mak mengikut kami kali ini. Awal lagi ayah kata mak dah meminta izin dengannya mahu mengikut ke Putrajaya. Saya mendengar tersenyum. Ayah, zaman bujangnya memang sudah puas berjalan. Emak, selepas habis sekolah, bekerja sekejap dan kemudian terus berkahwin. Selepas itu, melayan kami yang berlapan ini. Di mana mahu berjalannya? Azam saya mahu membawa emak berjalan selepas ini. Tinggalkan sahaja ayah mak, kata saya. Ayah tiada passport. Kita pergi Istanbul dengan Pak Busu dan Mak Ngah. Ayah mengangguk membenarkan sahaja. Emak yang sedikit ralat. Sayang benar nak tinggalkan ayah. Hehe.
Bila kali terakhir naik motor dengan ayah? Diploma masa ayah nak hantar orang naik bas balik Perak rasanya. |
Kami ke Putrajaya selepas solat Zuhur. Hujan mengiringi perjalanan kami. Doa semoga semua urusan kami dipermudahkan. Sesampai di sana jam 2.30 petang, nombor untuk membuat passport telah habis. Esok perlu datang semula, kata saya kepada ayah. Terlupa pula nak melihat jalan tadi balas ayah. Ada orang bawa. Kita semak dahulu ayah punya statuslah. Kata kerani di Jabatan Insolvensi tadi, selepas dua jam nama ayah sudah dibuka kebenaran membuat passport. Maka, kami mengambil nombor untuk membuat semakan. Sementara menunggu, ayah berborak dengan seorang budak lelaki di sebelahnya. Allah. Perkiraan yang cantik. Budak itu mempunyai dua nombor kerana mengambil untuk ayahnya juga. Malangnya, ayahnya kehilangan passport yang lama dan puas mencari di rumah, tetapi tidak berjumpa. Maka, budak itu membuat seorang diri. Entah siapa namanya, ayah tidak bertanya. Siapapun kamu, saya mendoakan dipermudahkan hidup kamu dan ayah serta keluarga kamu. Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t. Terima kasih kerana memberi nombor itu.
Budak itu datang dari jam 11.43 pagi. |
Peramah pula yang jaga kaunter ni. Siap tanya kenapa bankrap, datang Malaysia dengan siapa bagai. |
Love..
No comments:
Post a Comment